STRUKTUR ORGANISASI
Pengerusi
Tuan Haji Abu Hassan Shaari Bin Abdul Rahman (Pengetua)
Naib Pengerusi
1)Puan Hajah Aripah Binti Hassan (Pkp)
2)Tuan Haji Mohd Fadzli Bin Mohd Nor (Pk Hem)
3)Tuan Haji Mohd Noor Bin Yusof (Penyelia Petang)
Penyelaras
Puan Salleha Binti Jais
Setiausaha
Encik Mohd Zakhori Bin Abdul Rahman (Penyelaras Unit)
Medan Segar
Y.M Tg.Noriza Binti Tg.Johan
Bilik Sal
Puan Marliza Binti Mansor
Taman / Pondok
En.Mohd Zakhori Bin Abdul Rahman
Bilik Darjah
Puan Azmani Binti Daud
Makmal Sains
Puan Hajah Wan Sepiah Binti Shikh Ibrahim
Bilik Matematik
Y.M Tg.Norsida Binti Tg. Mahmud
Bengkel Kemahiran Hidup
En.Mohd Noor Bin Idris
Bilik Ert
Puan Khazimah Binti Abdul Rahim
Bilik Wawasan
Puan Hajah Marsitah Binti Noordin
Pinggiran Damai
Puan Wan Rozanna Binti Wan Ismail
Kebersihan Kawasan
En.Mohd Nazri Bin Muhamad
Tuan Haji Fauzee Bin Ismail
Mural Dan Cogan Kata
Puan Haziah Binti Husin
PROJEK KECERIAAN PERSEKITARAN SEKOLAH.
Pengenalan
Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan
kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Keceriaan
dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan
kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya
Visi dan Misi sekolah.
Rasional
Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat
perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan
yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.
Matlamat
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,ceria,
cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar
iaitu selarasVisi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum
dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.
Objektif
1. Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis.
2. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pelbagai kemudahan
di kawasan sekolah.
3. Memupukkan sikap bertanggung jawab terhadap sekolah.
4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
5. Menjadikan kawasan sekolah selesa dan mendorongkan pembelajaran
dikalangan pelajar.
Perancangan Strategi Lima Tahun (2001 2005)
1. Mengenalpasti kawasan sekolah yang perlu diperindahkan dan diceriakan.
2. Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria
3. Membahagikan kawasan dan taman kepada persatuan dan badan beruniform.
4. Memceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokok
hiasan.
5. Menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar terutama pondok
ilmu.
6. Mewujudkan Tabung Ceria Sekolah daripada pelbagai pihak.
7. memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan
meningkat kemudahan untuk keselesaan pelajar.
8. meminta nasihat dan bantuan dari pihak luar bagi meningkatkan keceriaan
landskap kawasan sekolah.
9. memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap
Sekolah Ku Rumah Ku dikalangan warga sekolah.
10. membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah dengan lebih
baik.
11. menambahkan pokok bunga yang sesuai untuk memperindahkan kawasan
sekolah.
12. menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat
pelajar.
13. menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar.
14. mengadakan kempen dan nasihat kepada pelajar supaya tidak membuang
sampah di merata tempat
Aktiviti (2001 - 2005)
1. Mewujudkan kawasan taman baru dan meningkatkan keceriaan taman yang
sedia ada.
2. Menyediakan tiga pondok rehat pelajar.
3. Gotong royong membersih kawasan sekolah di kalangan warga sekolah.
4. Pertandingan Taman Cantik dan Ceria.
5. Kempen memberi sumbangan pokok bunga di kalangan warga sekolah.
6. Melabel nama taman dan pokok di kawasan taman
7. Membina papan kenyataan berinformasi di setiap taman.
8. mengecat pasu bunga, tiang larit dan sebagainya di kawasan sekolah.
9. membina arca di kawasan taman.
10. membina menara jam.
11. membina kolam dan air terjun.
12. namakan laluan utama di kawasan sekolah.
13. mendirikan pentas di kawasan tempat perhimpunan.
14. membina laluan berbumbung di kawasan Taman PIBG.
15. membina Taman Herba baru.
UNIT KECERIAAN BILIK DARJAH
1.RASIONAL:
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait
rapat dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai
kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa
di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik
darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa.
Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat
sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada
di dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan
baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada
kerjasama dan pertandingan yang sihat diantara pelajar tentunya akan menghasilkan
kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2.MATLAMAT:
Memastikan bilik darjah sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan
ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran supaya pelajar dapat mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Disamping itu juga
pertandingan bilik darjah bersih dan ceria akan melahirkan rasa tanggungjawab
dan kerjasama di antara pelajar di dalam sesebuah kelas.
3.OBJEKTIF:
1. Memastikan bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan
ceria
2. Menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu dimana setiap bilik darjah
dikehendaki menyediakan sudut bacaan masing-masing.
3. Membina rasa tanggung jawab dan kerjasama diantara pelajar di dalam
kelas
4. Membina semangat persaingan yang sihat diantara kelas-kelas
5. Memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bilik
darjah mengenai pengurusan dan kepimpinan.
6. Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat sepanjang pelajar
berada di sekolah.
ORGANISASI JAWATANKUASA KECERIAAN BILIK DARJAH
PENASIHAT
Tn. Hj. Abu Hassan Shaari Ab. Rahman (Pengetua)
PENGERUSI
Pn. Azmani Daud
NAIB PENGERUSI
En. Mohd Zulkiifli Ismail
SETIAUSAHA
Pn. Tg. Norsida Tg. Mahmud
PEN. SETIAUSAHA
En. Mohd Faizal Hj. Ismail
AHLI JAWATANKUASA
1. Pn. Norliza Mat Yunan 2. En. Kamiluddin
Kamil 3. En. Zakaria Yusoff
4. Pn. Rohaya Mahmood 5. Cik Aminah Ibrahim
6. Pn. Alina Ibrahim
7. Pn. Ramlah Abu Bakar 8. Pn.
Maheran Yusof 9.
Pn. Norhashimah Daud
10. Pn. Tn. Mah Tn. Salleh 11. Exco MPP
12. Ketua Tingkatan
JAWATANKUASA KECIL KECERIAAN BILIK DARJAH
PENGERUSI : PN. AZMANI DAUD
NAIB PENGERUSI : EN. MOHD ZULKIFLI ISMAIL
SETIAUSAHA : PN. TG. NORSIDA TG. MAHMUD
PEN. SETIAUSAHA : EN. MOHD FAIZAL ISMAIL
AHLI JAWATANKUASA :
1. PN. NORLIZA MAT YUNAN
2. EN. MOHD. KAMALUDDIN KAMIL MOHD NOOR
3. EN. ZAKARIA YUSOFF
4. PN. ROHAYA MAHMOOD
5. CIK AMINAH IBRAHIM
6. PN. ALINA IBRAHIM
7. PN. RAMLAH ABU BAKAR
8. PN. MAHERAN YUSOF
9. PN. NORHASHIMAH DAUD
10. PN. TUAN. MAH TUAN SALLEH
11. EXCO MPP
12. KETUA-KETUA TINGKATAN
ORGANISASI AJK MEDAN SEGAR
PENASIHAT :
TN HJ ABU HASSAN SHAARI ABDUL RAHMAN
TIMB. PENASIHAT :
PN HJH ARIPAH @ SALEHAN HASSAN
PENYELARAS PAGI:
TN HJ MOHD FADZLI HJ MOHD NOOR
PENYELARAS PETANG:
TN HJ MOHD NOR YUSOF(PENYELIA PETANG)
SETIAUSAHA :
PN TG NOORIZA TG JOHAN
PEN. SETIAUSAHA:
PN RADZIAH ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA
WAN HASSAN (DISIPLIN)
PN NORILAM RAMLI (DISIPLIN)
CIK AMINAH IBRAHIM (MPP)
MOHAMED ZAKHARI (KECERIAAN)
PN KHAZIMAH MOHD RANI(KESIHATAN)
PN NORIHA MOHAMAD(PSS)
EN KAMARUZZAMAN DERIS (PEKERJA)
PN AISHAH WAHAB (KEBAJIKAN)
KERTAS KONSEP MEDAN SEGAR
Pendahuluan :
Kertas ini adalah satu kertas cadangan untuk menjadikan unit
Medan Segar sebagai suatu lokasi / zon ilmu untuk melahirkan pelajar dan
warga yang bertanggungjawab, berdikari, berpengetahuan dan menguasai pelbagai
kemahiran sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara, kita perlu menanam
kesedaran terhadap kebersiahan dan keceriaan. Kantin Sekolah
Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 telah dianugerahkan bertaraf empat
bintang pada tahun 1999.
Program Juara kantin tahun 2000 merupakan pemurnian kepada program yang telah di jalankan pada tahun 1999. Ia merupakan satu usaha yang berterusan untuk meningkatkan keceriaan , kebersihan dan pengurusan kantin sekolah.
Dengan usaha gigih Datin Pengetua , pihak sekolah telah mendapat peruntukkan untuk membaik pulih kantin sekolah pada tahun 1998. Dari kantin yang sempit dengan meja dan bangku makan yang uzur dan tidak mencukupi , sekolah sekarang mempunyai kantin yang lebih luas , lantai bermozaik , bilangan meja dan bangku makan yanh mencukupi serta pengurusan kantin yang cekap.
Berbekalkan semangat kekitaan terhadap sekolah , sikap bertanggungjawap dan proaktif warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 , kita dapat memburu matlamat kantin gemilang seterusnya kantin juara Insyaalah.
Rasional
Menyedari bahawa adalah penting
1. Untuk mewujudkan hubungan dua hala di kalangan pentadbir sekolah
dan pengusaha kantin bagi membangunkan tahap pengurusan ketika menyadiakan
makanan, pengurusan jual beli dan penyediaan tempat makan selesa
2. Untuk melatih pelajar berdisiplin fab bekerjasama bagi melahirkan
pelajar yang sempurna dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek.
Objektif:
1. Untuk melahirkan generasi prihatin yang memiliki disiplin dan tahap
kesedaran yang tinggi terhadap kebersihan dan keceriaan
2. Untuk menanamsikap bertimbang rasa dan tolong menolong dalam
usaha untuk menjaga kebersihan dan keceriaan medan segar.
3. Untuk membina daya dorongan dan daya muafakat saling membantu di
kalangan warga SMK Kubang Kerian 1.
4. Untuk memastikan pengusaha menyediakan makanan bersih dab berkhasiat
kepada pelajar dan guru.
5. Untuk memastikan pengusaha dapat meningkatkan kualiti dalam pengurusan
dan perkhidmatan medan segar.
6. Untuk membantu membendung masalah keracunan makanan yang boleh memudaratkan
kesihatan guru dan pelajar
7. Untuk memberi penekanan supaya pengusaha tidak menganggap medan
segar sebagai tempat mengaut keuntungan sahaja tetapi lebih bertanggungjawap
sebagai warga pendidik yang mampu menunjukkan pengurusan kantin yang berkualiti
8. Untuk menanam sikap pertandingan yang sihat di kalangan kantin untuk
mendapat pengiktirafan yang bertaraf empat bintang dan lima bintang
9. Untuk memastikan pengusaha membuat lawatan sambil belajar ke kantin-
kantin sekolah lain yang bertaraf empat bintang untuk mempelajari pelbagai
aspek pengurusan.
Sasaran
1. Pengusaha medan segar
2. Semua guru
3. Semua pelajar
Senarai Ahli Jawatan Kuasa Medan Segar
Penasihat :Tn Hj Abu Hassan Shaari b Abdul Rahman ( Pengetua )
Timb. Penasihat : Pn Hjh Aripah @ Salehan Hassan ( PKP
)
Penyelaras Pagi : Tn Hj Mohd Fadzli Hj Mohd Noor (PK Hem)
Penyelaras Petang :Tn Hj Mohd Nor Yusof (Penyelia Petang )
Setiausaha :Pn Tg Nooriza Tg Johan
Penolong Setiausaha : Pn Radziah bt Abdullah
Ahli Jawatan Kuasa :
1. En Wan Hassan Wan Junos (pagi)
2. Pn Hjh Norilam Ramli (petang)
3. Cik Aminah Ibrahim (MPP)
4. Pn Khazimah Mohd Rani (kesihatan)
5. En Mohammed Zakhori Abd Rahman (keceriaan)
6. Pn Noriha Mohamad ( PSS )
7. Pn Ramlah Mohamad (Teachers Café)
8. Pn Mahani Ibrahim (Teachers Café)
9. Pn Hjh Hasnah Yajid ( santapan rohani)
10. Pn Norasyikin Wan Zain (santapan rohani)
11. Pn Roslinah Omar (santapan rohani)
12. En Kamaruzaman Mat Deris (pekerja)
Strategi Perlaksanaan:
A. Strategi Am:
1. Penyediaan dan penggunaan perpustakaan mini di Medan Segar
2. Peningkatan dan pembaikian kemudahan infrasturktur yang ada.
3. Pengunaan dinding-dinding dan tiang-tiang yang ada untuk menggantung
dan melekat poster berkaitan kesihatan, pemakanan dan mutiara kata.
4. Keceriaan tempat hidangan dan jualan
5. Pemantauan disiplin pelajar dan pengurusan kantin ( lampiran A )
6. Keceriaan taman PSS dan Medan Segar.
B Strategi Khas
Sila rujuk kepada Perancangan Sepanjang
Tahun dan Pelan Bertindak
Perlaksanaan Strategi
1. AJK Pusat Sumber telah menyediakan satu sudut perpustakaan mini
untuk kegunaan pelajar
2. Guru Persatuan Akademik bersama-sama ahli0ahli menyediakan meja
makan berinformasi. Setiap persatuan di berikan dua buah meja makan untuk
mereka lengkapkan dengan maklumat-makumat mengikut subjek
3. AJK Unit Agama bersama AJK Kantin sidang telah menyediakan santapan
rohani yang di letakkan di atas meja makan pelajar . Santapan rohani ini
mengandungi kata kata hikmah , doa-doa, tafsir Al Quran dan hadis
4. Ahli-ahli Persatuan Akademik telah menjadikan pagar di sebelah
kantin pagar berinfprmasi membentuk sebahagian daripada koridor multimedia
5. Pengusaha kantin cuba memenuhi kehendak pelanggan menyediakan makanan
dengan harga yang berpatutan dan menjaga kebersihan kantin seluruhannya
KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH KANTIN BERBINTANG
A. Makanan
-Segar, tidak rosak
-Bekas makanan dilabel dengan betul
B. Perlindungan makanan
-Makanan merbahaya diletakkan pada sudut sesuai semasa penyimpanan,
penyediaan, pameran, pengangkutan dan penghidangan.
-Makanan mudah tercemar dinyahbekukan dengan sempurna .
-Penggunaan penyepit,sudu, sarung tangan
-Peti sejuk: Cukup ruang, suhu sesuai, susunan makanan, bersih dan
defros
-Penyimpanan makanan : Bersih, sesuai, berasingan dengan makanan mudah
rosak dan bahan toksik.
C. Pengendali makanan
-Tiada tanda-tanda infeksi pada tangan dan kuku, hingus, sejarah cirit
birit
-Tabiat mencuci tangan, kebersihan diri, tidak menjilat jari, tidak
merokok
-Pakaian : Apro, dan menutup kepala adalah bersih
D. Peralatn dan perkakas makanan
-Permukaan premis: sesuai binaan dan reka bentuk, di jaga, permukan
mudah dicuci dan bersih
-Kemudahan mencuci peralatan, sesuai binaan rekabentuk dan tempat letak,
dijaga dan digunakan dengan sempurna
-Air basuh dan bilas: Selamat, bersih dan mencukupi
-Keadah mencuci: Guna sabun, sanitizer, air panas
-Kain lap: bersih dan penggunaan khusus
-Permukaan peralatan dan perkakas sentuh makanan : bersih dan tidak
rosak
( sumbing atau retak )
-Peralatan dan perkakas bersih di simpan dengan baik
-Bahan pakai buang : Tidak di gunakan semula
E. Air
-Bekalan air: sumber selamat, bersh dan mencukupi
F. Air Limpah
-Pembuangan air Limbah : pengaliran dan selanggaran dengan sempurna
G. Saluran paip
-Tiada sambungan silang
-Dipasang dan berfungsi dengan baik
H. Kemudahan tandas dan mencuci tangan
-Tandas: dijaga ,beersih dan tidak berbau
-kemudahan mencuci tangan : ppembersih tangan, pakai tuala buang atau
pengering tangan, sabut cecair
-Sesuai rekaaan, binaan dan rekaan
I. Pembungan sisa sampah dan sisa dapur
-Tong atau bekas sampah : cukup bilangan, tidak tembus, pembuangan
berjadual dan bersih
-Tempat buang atau sampah di luar premis binaan dan jagaan yang sempurna
dan bersih
J. Kawalan serangga , Rodensia dan Haiwan
-Ada kawalan serangga / rodensia , tiada burung , anjing , kucing dan haiwan lain
K. Bangunan
-Lantai: binaan , aliran dan berkeadaan baik , tidak kalis air dan bersih
- Dinding , syiling serta alatan : binaan dan selenggaraan dengan baik,
tidak tembus habuk , dicat dan bersih
- Pencahayaan: minimum ialah 215 lux
- Peredaran udara:mencukupi, bebas dari bau
L. Pembersihan Premis
- Pembersihan berjadual dan mencukupi
M. Lain lain operasi
-bahan toksik di label ,di simpan dan di gunakan dengan selamat
-Premis mengekalkan kebersihan persekitaran
-Papan-papan tanda / notis yang perlu, di sedia dan di pamerkan
-Ruangan premis mencukupi untuk keselessaan pekerja, tempat penyimpanan
dan pemprosesan
-Peralatan kebakaran dan lain alat keselamatan berfungsi
-Telah menjalani kursus/ latihan Pengendalian Makanan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 1
JALAN RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
16150 KOTA BHARU KELANTAN
BORANG PENYELIAAN KANTIN
TARIKH :
..
HARI :
..
MASA :
..
NAMA PENYELIA :
..
Sila tandakan untuk Ya/Tidak pada petakpetak yang berkaitan dengan perkara di bawah :-
A : PELAJAR (MASA REHAT )
1. Pelajar pelajar beratur dengan tertib
(Ya/Tidak )
2. Pelajar-pelajar duduk dan makan di meja dengan sopan (Ya/Tidak
)
3. Makanan dan Minuman tidak tumpah di atas meja (Ya/Tidak
)
4. Sisa makanan tidak berselerak ( Ya/Tidak
)
5. Pinggan, cawan, gelas dan sudu dimasukkan ke dalam bekas (
Ya/Tidak )
6. Tidak ada kertas-kerta, sampah-sarap dan tumpahan di atas lantai
( Ya/Tidak )
Jika tidak, nyatakan tindakan :
.
.
B : PENGURUSAN KANTIN (SEBELUM/SELEPAS REHAT)
1. Pekerja-pekerja memakai apron ( Ya/Tidak )
2. Makanan pelajar dan guru bertutup ( Ya/Tidak )
3. Penyepit digunakan untuk mengambil makanan ( Ya/Tidak )
4. Tempat memasak terurus dan bersih ( Ya/Tidak )
5. Meja makan guru bersih dan ceria ( Ya/Tidak )
6. Makanan yang dijual memenuhi kehendak pelanggan ( Ya/Tidak
)
7. Meja-meja makan pelajar telah dibersihkan ( Ya/Tidak
)
8. Kawasan tempat menjual makanan bersih dan terurus ( Ya/Tidak
)
9. Menggunakan plastik hitam untuk tong sampah ( Ya/Tidak )
10. Tempat membasuh pinggan mangkuk bersih ( Ya/Tidak )
11. Tandas pekerja-pekerja bersih ( Ya/Tidak )
Tindakan dan cadangan :
.
.
Tandatangan Penyelia
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 1
16150 KOTA BHARU KELANTAN
KANTIN / MEDAN SEGAR
RASIONAL
Perlaksanaan bahagian kantin ini adalah bertujuan untuk mewujudkan
suasana kantin yang ceria, bersih dan tenteram.Pelajar juga dikehendaki
sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa berada di kantin
sekolah.
OBJEKTIF
1. Mewujudkan keadaan kantin yang sentiasa bersih sebelum dan selepas
digunakan .
2. Melatih dan mendidik pelajar supaya lebih berdisiplin sewaktu makan
3. Mengambil tindakan ke atas pelajar yang tidak mengikut peraturan
semasa berada di kantin.
SASARAN
Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1
JAWATANKUASA PELAKSANA
Semua ahli Ahli Majlis Perwakilan Pelajar SMKKK 1
TEMPOH PELAKSANAAN
Januari hingga Disember
Sila lihat jadual di belakang
STRATEGI PROGRAM
1. Mengambil tindakan ke atas pelajar yang tidak mematuhi peraturan
semasa di kantin
2. Mengambil tindakan ke atas pelajar yang makan sebelum atau selepas
waktu rehat
3. Mengadakan kawalan di kantin semasa rehat
4. Memastikan pinggan dan gelas di letakkan di tempat yang disediakan
PENILAIAN
Dengan wujudnya bahagian kantin ini ,diharapkan agar keceriaan , ketenteraman
dan kebersihan kawasan kantin akan terpelihara sebagaimana yang diharapkan
oleh pihak sekolah.Sehubungan dengan itu juga, diharapkan disiplin pelajar
akan terbentuk semasa berada di kantin pada waktu rehat sekaligus dapat
mendidik pelajar-pelajar bertanggungjawab dan mengamalkan kebersihan pada
setiap masa.
PENDAHULUAN
Projek Juara Bengkel Cemerlang diperkenalkan untuk dijadikan contoh dan panduan kepada pelajar tentang pentingnya kecerian tempat belajar seperti suasana ruang kerja yang selesa, susun atur peralatan yang rapi kaedah penggunaan mesin dan peralatan yang betul.
Mendedahkan pelajar kepada persekitaran yang bersih dan tersusun dengan kaedah yang betil dan bersistemetik. Pelajar juga didedahkan kepada kemahiran bekerja (praktikal) yang cekap dan sistematik di samping tidak mengabaikan keselesaan dan keselamatan.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan motivasi tentang tanggungjawab, sikap dan budaya kerja yang cemerlang.
RASIONAL
Program ini diharapkan akan dapat mempamerkan bengkel yang ceria dan lengkap bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berwawasan dan celik teknologi dan memupuk nilai-nilai murni dari aspek kebersihan, keceriaan, keselamatan dan meningkatkan mutu kerja.
Program ini juga membentuk situasi bengkel kemas dan lengkap dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping memupuk minat pelajar terhadap pelajaran Kemahiran Hidup.
Projek ini juga diharapkan akan meningkatkan mutu pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui satu sistem pembelajaran yang terancang dan berobjektif.
OBJEKTIF
Mempertingkatkan mutu pengurusan bengkel (fail, stok, peralatan dan
alat-alat kelengkapan)
Mempertingkatkan mutu keceriaan sekolah dari segi fizikal dan budaya
sekeliling.
Menambahkan lagi minat dan kecenderungan pelajar dalam pembelajaran
mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam penguasaan amali dan teori.
Memperlengkapkan bengkel Kemahiran Hidup dengan alatan yang sesuai
supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
Melatih pelajar mematuhi peraturan bengkel dan mendisiplinkan meraka
ketika berada dibengkel.
Membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dari segi akademik
dan psikomoto. Sebagai model bilik-bilik lain di sekolah.
MATLAMAT
Meningkatkan kualiti pengurusan bengkel yang lebih berkesan dan ceria.
Menarik minat pelajar ke arah bidang teknik dan vokasional dan meningkatkan
prestasi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran dan efektif dan cemerlang. Memperkenalkan jenis
alatan dan kegunannya kepada guru dan pelajar. Menaikkan taraf bengkel
(up grade).
STRATEGI
Membentuk AJK bertindak bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Mengadakan perbincangan dengan AJK bagi merangka pelan bertindak untuk
perancangan setahun.
Menyelaras dan menentukan aktiviti yang diatur berfungsi dengan baik
dari semasa ke semasa.
Memastikan aktiviti yang dibuat selaras dengan program sekolah.
Pembahagian tugas kepada guru dan pelajar serta jadual pengurusan bengkel.
Mengadakan jadual penggunaan bengkel, peraturan bengkel dan penyediaan
bengkel dari semasa ke semasa.
KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tingkatan satu.
Semua pelajar tingkatan dua
Semua pelajar tingkatan tiga
PELAKSANAAN STRATEGI
Carta Organisasi
Senarai tugas guru
Pembahagian bilik dan bengkel
Menetapkan masa dan jadual penggunaan bengkel
Menampalkan peraturan bengkel
PENILAIAN
Pemantauan oleh AJK bertindak
Penggunaan borang-borang tertentu mengikut keperluan semasa
Menyediakan senarai semak.
ORGANISASI DAN PENGURUSAN PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
PENASIHAT
TN.HAJI ABU HASSAN SHAARI B. ABD RAHMAN
TIMBALAN PENASIHAT
PN.HAJJAH ARIFAH @SOLEHAN BT.HASSAN
KETUA BIDANG
PN.HJH MAZNAH BT.AB.RASHID
PENGERUSI
EN.MOHD NOR B.IDERIS
SETIAUSAHA
PN. RABIAH BT .AWANG
AHLI JAWATANKUASA
EN.RAWI B.MOHD ALI
EN.CHE YAZIZ B.CHE MUDA
EN.RAMLI B.ALIAS
PN.SALINA BT.TALIB
PN KHAZIMAH BT. MOHD RANI
PN.RAMLAH BT. MUHAMAD
PN.NORSIAH BT. AB RAHIM
PN. ROSLINAH BT.OMAR
CIK ROZMA BT. HASSAN
ORGANISASI PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
KETUA PANITIA
EN.MOHD NOR B. IDERIS
PENYELARAS M/PELAJARAN KMT
TINGKATAN 1
RAMLEE B. ALIAS
TINGKATAN 2
EN.YAZIZ B. CHE MUDA
TINGKATAN 3
EN. MOHD NOR B. IDERIS
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKMAL
JAHITAN
PN. KHAZIMAH BT. MOHD RANI
MASAKAN
CIK ROZMA BT. HASSAN
PENGURUSAN DIRI DAN PERPUSTAKAAN KH
PN.RAMLAH BT. MUHAMMAD
PENYELARAS M/PELAJARAN ERT
TINGKATAN 1
PN RAMLAH BT. MUHAMMAD
TINGKATAN 2
CIK ROZMA BT. HASSAN
TINGKATAN 3
PN. KHAZIMAH BT. MOHD RANI
KONSEP BILIK JAHITAN
Program Juara Kecemerlangan Jahitan untuk memberi contoh kepada pelajar kepentingan kebersiahn dan keceriaan di tempat belajar dari segi fizikal, mental, dan emosi di samping menggalakkan pelajar mencontohi apa yang dilihat dan diajar di sekolah (Bilik jahitan) dapat dipraktikkan di tempat kediaman mereka
Program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran dan motivasi tentang tanggungjawab pelajar serta mengubah sikap pelajar terhadap konsep keceriaan yang saling berkaitan dengan pembelajaran dan budaya belajar
RASIONAL
Mendedahkan kepada pelajar tentang bilik yang kemas dan teratur. Cara penyusunan, menghias dan menyimpan alatan dengan cara sistematik serta memperkembangkan potensi dan kreativiti mereka di m asa akan datang.
Projek ini diharapkan dapat meningkatkan mutu pengurusan makmal kemahiran
hidup melalui sistem pembelajaran terancang dan berobjektif.
OBJEKTIF
1) Memberi suasana pembelajaran yang selesa dan ceria
2) Supaya pelajar mempunyai sikap bertanggungjawab dan menghargai kebersihan
dari segi aspek dalaman dan luaran
3) Dapat membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dari
segi akedemik psikomotor
4) Menekankan kepada aspek-aspek kendiri yang positif seperti sikap
kerjasama , bertolak ansur, bertanggungjawab tentang penjagaan kebersiah
tempat belajar samaada di sekolah atau dirumah
5) Menjadi model kepada pelajar untuk menyediakan suasana yang ceria
dan harmonis dirumah
6) Mengamalkan kebersihan dan keceriaan sebagai tuntutan agama kerana
kebersihan itu separuh daripada iman
MATLAMAT
1) Meningkatkan kualiti pengurusan makmal ERT yang lebih efektif dan
ceria
2) Menarik minat pelajar pilihan ERT dan meningkatkan prestasi pelajaran
3) Menwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang efektif
dan cemerlang dengan menyediakan ABM , sistem perlabelan, peta minda serta
sudut pameran
4) Memeperkenalkan jenis alatan dan kegunaannya kepada pelajar
dan meningkatkan keceriaan makmal ERT
TARGET DAN PELUNJURAN MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP (ERT) JAHITAN TAHUN 2000
2005
STRATEGI:
1. Menyusun atur bahan-bahan rujukan dan hasil karya pelajar di tempat
yang sesuai untuk membantu proses pembelajaran pelajar
2. Memperbanyakkan kata-kata rangsangan, risalah dan peta minda bagi
mencelikkan minda pelajar dalam mencapai kejayaan
3. Mengadakan sudut bacaan (perpustakaan mini), sudut pameran dan sudut
infomasi di dalam makmal jahitan sebagai infiminda kepada pelajar.
4. Mengubahsuai bilik, lantai dan kedudukan kerusi meja supaya mencantikkan
lagi pandangan supaya dapat merangsangkan minat pelajar untuk pelajar.
5. Membekalkan kemudaha canggih dan minjimatkan masa sesuai dengan
zaman IT, sebagai contoh kepada warga sekolah SMKKK 1.
STRATEGI
1) Memupuk semangat kerjasama semua pihak yang terlibat iaitu
guru-guru dan pelajar yang menggunakan bilik ERT jahitan untuk menjaga
dan mengekalkan keceriaan bilik
2) Mengadakan perjumpaan mingguan
3) Membahagikan tugas kepada guru-guru dan pelajar untuk melaksanakan
4) Mengadakan gotong-royong menceriakan bilik
5) Penyeliaan sepanjang masa oleh guru
KUMPULAN SASARAN
Para pelajar merupakan sasaran kepada program ini yang terdiri daripada:
Semua pelajar ting. 1
Semua pelajar ting. 2
Semua pelajar ting. 3
RUMUSAN
Tujuan menceriakan bilik jahitan ini adalah untuk memberi contoh kepada pelajar tentang kepentingan kebersihan dan keceriaan dari semua aspek fizikal dan mental
Di samping itu ia juga menggalakkan pelajar mencontohi apa yang dilihat dibilik ERT dapat dipraktikkan di rumah mereka serta menjaga kebersihan tempat kediaman dengan kaedah-kaedah yang betul dan sistematik
Mendedahkan pelajar menghargai dan mencintai hasil kerja tugasan sendiri dan memperkembangkan potensi diri serta kreativiti mereka dimasa akan datang
Selain daripada itu, keceriaan bilik ini dapat menggalakkan pelajar
menggunakan pengamatan mereka dalam bidang kemahiran menghias, mengatur,
menyusun, menyimpan alatan dengan kemas dan sistematik