KEBAJIKAN PELAJAR
Pelajar-pelajar adalah merupakan amanah yang mesti diberi perhatian. Pelajar-pelajar yang terbiar tanpa perhatian ibu bapa dan guru serta masyarakat akan menjadikan pelajar itu tidak stabil dari segi emosi, minda, dan jasmani. Pelajar-pelajar seperti ini akan menimbulkan masalah kepada sekolah, masyarakat, dan negara.
Pelajar-pelajar yang diberi kasih sayang dan kebajikannya dijaga,
jiwanya akan subur dan ini akan menjadi perangsang untuk menghidupkan jiwa
dan minda pelajar seterusnya membuat anjakan ke arah kecemerlangan.
RASIONAL
Dalam usaha untuk membentuk masyarakat penyayang dan prihatin,
sebuah jawatankuasa dan tabung kebajikan pelajar dirasakan amat perlu ditubuhkan
bagi mengurus dan menyalurkan bantuan dan kebajikan untuk pelajar. Jawatankuasa
ini juga memegang amanah kepada kumpulan kewangan yang dipungut.
MATLAMAT
Selaras dengan matlamat sekolah untuk mewujudkan persekitaran
sekolah yang harmoni, badan kebajikan berperanan meyakinkan pelajar-pelajar
bahawa sekolah adalah tempat pergantungan sewaktu kesusahan sama ada dari
segi kewangan mahupun sokongan moral. Ini sekaligus mewujudkan masyarakat
sekolah yang saling menyayangi dan memupuk nilai cintakan sekolah untuk
mencapat misi sekolah.
OBJEKTIF
1) Untuk memupuk sikap prihatin warga sekolah terhadap murid-murid
yang dikenal pasti.
2) Pelajar-pelajar bermasalah dapat dikurangkan peratusnya kerana
kebanyakan pelajar bermasalah adalah daripada pelajar yang kebajikannya
terabai.
3) Pelajar-pelajar merasai diri mereka dihargai oleh pihak sekolah
dan mampu membalas jasa baik guru dan pihak sekolah dengan menunjukkan
sahsiah dan pencapaian cemerlang.
4) Membantu pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kemampuan dari
segi kewangan untuk menjelaskan yuran sekolah, yuran peperiksaan, dan lain-lain
bayaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
5) Mewujudkan ukhwah yang erat antara guru dan murid supaya institusi
sekolah lahir sebagai keluarga kedua bagi pelajar.
STRATEGI
1. Merancang dan melaksanakan program pungutan derma sama ada daripada
guru, pelajar, dan pertubuhan sukarela.
2. Mengumpul, mendapatkan maklumat dan menyenaraikan pelajar-pelajar
miskin yang memerlukan bantuan kewangan.
3) Mewujudkan komunikasi yang berkesan dan sensitif di kalangan
AJK,
Guru Tingkatan, dan pelajar untuk mengesan musibbah yang menimpa
mana-mana pelajar.
4) Mengurangkan dan seterusnya menghapuskan kes-kes pelajar yang
tercicir dari sekolah akibat masalah kewangan.
5) Menziarahi pelajar yang sakit atau kemalangan sambil menyampaikan
sumbangan.
6) Membantu membiayai pakaian seragam sekolah pelajar-pelajar
miskin.
7) Memberi sumbangan makanan percuma kepada pelajar-pelajar miskin.
8) Memberi wang poket kepada pelajar-pelajar miskin.
SASARAN
Pelajar-pelajar miskin, anak-anak yatim, pelajar berpenyakit
serta pelajar-pelajar yang mengalami kesusahan akibat kemalangan
atau musibah lain.
SENARAI JAWATANKUASA INDUK
1. Tn. Hj. Abu Hassan Shaari b. Abdul Rahman
2. Tn. Hj. Mohd. Fadzli b. Mohd. Noor
3. Pn. Hjh. Arifah bt. Hassan
4. Tn. Hj. Mohd. Noor b. Yusoff
5. Tn. Hj. A’lawi b. Mahmood
SENARAI JAWATANKUASA KECIL
1. Pn. Aishah bt. Abd. Wahab
2. Pn. Faridah bt. Mohamad
3. Pn. Alina bt. Ibrahim
4. Pn. Marsitah bt. Nordin
KERTAS KONSEP BINA INSAN (PENYANYANG) 2001 - 2005
PENGENALAN
Umumnya masyarakat yakin dan percaya sekolah adalah institusi yang
paling selamat kepada perkembangan dan pembangunan Insan. Gandingan tenaga
Kaunselor dan Pendidikan Islam dalam usaha membangun sahsiah pelajar boleh
membantu pihak sekolah melaksanakan program akademik serta berupaya meningkatkan
pencapaian prestasi akademik yang berkualiti.
Untuk mencapai matlamat itu, pembangunan sahsiah yang lebih positif
perlu dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan dan mantap. Justeru itu,
unit pembangunan Insan merancang program dan aktiviti ke arah pengurusan
yang lebih berkesan.
RASIONAL
Sejak akhir-akhir ini banyak kes yang melibatkan salah laku pelajar
di peringkat sekolah. Perbuatan ini berpanjangan sehingga menjadi isu gejala
sosial yang semakin meningkat dan membimbangkan di kalangan remaja. Contohnya,
perbuatan merosakkan harta benda sekolah, tidak menghormati guru, orang
tua, serta sikap melupakan tugas terhadap pencipta-Nya (Allah), akhirnya
mereka tidak lagi berminat terhadap pembelajaran.
Permasalahan ini memerlukan pemerhatian dan tindakan serius di samping
melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan ke arah melahirkan pelajar
berkualiti, mempunyai ketahanan diri dan daya juang yang mantap. Sehubungan
itu, dirasakan bahawa program-program pengukuhan kepada sistem pendidikan
amat diperlukan bagi menangani cabaran ini. Atas kesedaran inilah maka
sekolah melaksanakan program pembangunan Insan bagi melengkapkan diri sebagai
pelajar yang berkualiti, seperti mempunyai jati diri, ceria, berketerampilan,
dapat melaksanakan tugas terhadap Allah dan tugas terhadap sesama manusia.
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang cemerlang dan produktif dalam pelbagai bidang,
berdisiplin, harmoni, dan beriman yang mampu memenuhi tanggungjawab amar
makruf dan nahi mungkar.
OBJEKTIF
1. Melahirkan pelajar yang beriman.
2. Melahirkan pelajar yang mampu menghayati sunnah Rasul.
3. Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berakhlak.
4. Meningkatkan kualiti keceriaan bilik darjah, sekolah dan sekitarnya.
5. Meningkatkan kemesraan di kalangan pelajar, guru, dan kakitangan
sekolah.
6. Menjaga dan menjamin nama baik sekolah.
7. Mengurangkan kes salah laku samada di sekolah atau di luar kawasan
sekolah.
STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN 2001 - 2005
Pengerusi : Tn Hj Abu Hassan Shaari b Abd Rahman (Pengetua)
T. Pengerusi : Pn Hjh Aripah @ Salehan Bt Hassan
( PK Pentadbiran)
N. Pengerusi 1 : Tn Hj Mohd Fadzli b Mohd Noor (PK Hal Ehwal Murid)
N. Pengerusi II: Tn Hj Mohd Noor b Yusoff ( Penyelia Petang)
Penyelaras : Datin Hajah Fauziah Bt. Awang
Setiausaha : Tuan Haji Mat Daud Bin Omar
Ahli Jawatankuasa:
Tuan Haji Ahmad Termizi Bin Haji Musa – Bimbingan & Kaunseling
Tuan Haji Mat Daud Bin Omar – Dakwah & Imarah Musalla
En. Ismail Bin Yusuff – Disiplin
SASARAN
Semua Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian I
1.0 BIMBINGAN & KAUNSELING
(Program Pembinaan Insan)
1.1 Pendahuluan
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKK I merupakan satu unit yang diberi tanggungjawab bagi merangka program ke arah pembinaan insan warga SMKKK I. Program pembinaan insan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani, dan intelektual selaras dengan dasar dan falsafah pendidikan negara. Ini akan memberikan peluang kepada insan tersebut untuk menyesuaikan diri dengan keperluan persekitaran dan bertindak waras dan matang dalam segala hal yang diperluakan.
Program pembinaan insan adalah menekankan aspek pembinaan diri daripada segi sikap, disiplin, ketatanegaraan, jati diri, pembentukan sahsiah terpuji dan mulia, kepemimpinan , budaya dan nilai-nilai hidup yang murni lagi mulia serta diadunkan bersama penghayatan terhadap tanggungjawab beragama, beriman, dan bertakwa, tingkahlaku bermoral, kerohanian dan keinsanan yang stabil dan mulia.
Bagi menyempurnakan tanggungjawab yang amat berat dan mencabar ini, maka Unit Bimbingan & Kaunseling telah diagihkan kepada beberapa jawatankuasa kecil sebagaimana di bawah.
1.2 Struktur Organisasi
Pengerusi : Tn. Hj. Abu Hassan Shaari Ab. Rahman - Pengetua
N/Pengerusi: Tn. Hj. Ahmad Termizi b. Hj. Musa - Kaunselor
Penyelaras : Pn. Hjh. Arifah Hj. Hassan - PK. Pentadbiran
: Tn. Hj. Mohd. Fadzli Hj. Mohd. Noor - PK. HEM
: Tn. Hj. Mohd. Nor Yusoff - P. Petang
Setiausaha 1 : Mohd. Zulkifli Ismail - Pemb. Kaunselor
Setiausaha 2 : Pn. Maheran Yusoff - Pemb. Kaunselor
Setiausaha 3 : Pn. Mahani Ibrahim - Pemb. Kaunselor
AJK :
: Pn. Azmani Daud - Kepimp. MPP
: Pn. Norini Mustafa - A.Waw/PRS
: Pn. Noreha Muhamad - Pertinam
: Cik Syamuraihan Mohd. Din - A.Waw Ptg
: Tn. Hj. Mohd. Ezani Awang - Keibubapaan
: En. Alias Yahya - Sukan
: En. Mohd. Razali Talib - Teknikal
: En. Ab. Aziz Salleh - Logistik
: En. Mohd. Kamil Ariffin - SLAD
: En. Mohd. Zakhori Ab. Rahman - Kelab Kerjaya
1.3 Tugasan Jawatankuasa Kecil
1. Jawatankuasa kecil kaunseling & psikologi
Setiausaha : Pn. Siti Maheran Yusoff
Ahli : En. Mohd. Zulkifli Ismail
: Pn. Norini Mustapha
: Pn. Siti Marsila Mohd. Khairi
: Pn. Mahani Ibrahim
Bidang Tugas :
1. Kumpul maklumat keperluan klien untuk sesi kaunseling
2. Berhubung SU Disiplin bagi kes rujukan badan disiplin
3. Sediakan borang temujanji klien
4. Adakan sesi keunseling / pertemuan klien
5. Sesi bersama kaunselor di bilik darjah
6. Mengurus perjalanan perbarisan dan motivasi pagi
7. Kemaskini rekod pelajar
8. Kekemasan bilik Bimbingan & Kaunseling
9. Lain-lain tugas yang berkaitan
2. Jawatankuasa Kecil Anak Wawasan (PRS)
Setiausaha : Pn. Norini Mustapha
Ahli : Pn. Maheran Yusoff
: Pn. Wan Rozana Ismail
: Pn. Azmani Daud
: Pn. Siti Marsila Ahmad Khairi (sesi petang)
: Cik Syamuraihan Mohd. Din (sesi petang)
Bidang Tugas
1. Kemaskini biodata ahli Anak Wawasan
2. Memilih dan melantik ahli baru
3. Perlantikan AJK Anak Wawasan baru
4. Merangka program kursus dan kejurulatihan anak wawasan
5. Menjalankan program mingguan
6. Menyelaras program ‘adik angkat / peer group’
7. Mengatur program ‘anakku sayang’
8. Jadual tugas pengurusan bilik kaunseling
9. Carta organisasi anak wawasan
10. Lain-lain tugas berkaitan.
3. Jawatankuasa Perkembangan Staf Dan Keibubapaan
Setiausaha : Tn. Hj. Mohd. Ezani Hj. Awang
Ahli : Tn. Hj. Mohd. Daud Omar
: En. Abdul Aziz Salleh
Bidang Tugas:
1. Mengatur program perkembangan staf
2. Mengatur program keibubapaan
3. Mengadakan konsultansi ibubapa
4. Lawatan ke rumah pelajar
5. Bekerjasama dengan PIBG dalam hal kebajikan pelajar
6. Mengatur program “Hari Graduasi”
7. Bekerjasama dengan Kelab Guru & Staf
8. Lain-lain tugas berkaitan
4. Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (SLAD)
Setiausaha : En. Mohd Kamil Ariffin
Ahli : En. Razali Talib
: En. Mohd. Zulkifli Ismail
Bidang Tugas:
1. Mendaftar ahli baru SLAD
2 Kemaskini perlantikan AJK batu
3. Kemaskini carta organisasi SLAD
4. Merancang program tahunan SLAD
5. Menghantar laporan bulanan kepada SLAD
6. Berhubung dengan Unit Antidadah (Jika perlu)
7. Merancang minggu anti dadah kebangsaan
8. Pameran anti dadah
9. Menganjur pertandingan menulis essei, poster, kuiz, dikir
barat anti
dadah
10. Menyedia buku skrap dari fail mahkamah (kes dadah)
11. Tugas-tugas lain berkaitan
5. Jawatankuasa Perkembangan & Pendidikan Kerjaya
Setiausaha : En. Mohd. Zakhori Ab. Rahman
Ahli : Cik Syamuraihan Mohd. Din
Bidang Tugas:
1. Mendaftar ahli Kelab Kerjaya
2. Mengurus perlantikan AJK Kelab Kerjaya
3. Merangka program tahunan Kelab Kerjaya
4. Mengatur lawatan kerjaya
5. Menyediakan buku skrap kerjaya
6. Mengadakan program ceramah kerjaya / Pendidikan
7. Mewujudkan hubungan dan komunikasi dengan agensi luar
8. Lain-lain tugas berkaitan.
6. Jawatankuasa Kursus, Latihan, Kepimpinan, dan Motivasi Pelajar
Setiausaha : En. Mohd. Zulkifli Ismail
Ahli : Semua AJK Unit Bimbingan & Kaunseling
Bidang Tugas:
1. Mengatur dan melaksanakan program kursus dan latihan
kepemimpinan
2. Kursus pengurusan ketua tingkatan, pengerusi kelab dan persatuan
3. Kursus Motivasi PMR, SPM, dan STPM
4. Kursus Jatidiri Ting. 1,2, dan 4
5. Program suaikenal dan minggu orientasi pelajar baru
6. Program motivasi setia/jati diri
7. Mengisi program perbarisan dan motivasi pagi
8. Lain-lain program berkaitan.
1.4 Rasional
Program Pembinaan Insan dirangka bersandarkan rasional berikut:
1. Satu sistem sokongan yang berkesan ke arah pembinaan insan
pelajar dan seluruh warga SMKKK1.
2. Membantu pelajar dan warga SMKKK 1 dalam usaha menyesuaikan
diri berdasarkan keperluan sosial.
3. Dalam perkembangan masyarakat yang maju dan progresif wujud
pelbagai cabaran dan halangan serta krisis prikologi yang perlu diberikan
perhatian dan usaha membantu keseimbangan mental.
1.5 Matlamat
Program Pembinaan Insan bermatlamatkan bagi mewujudkan satu masyarakat
dan warga SMKKK I yang berilmu, beriman, berfikiran maju, berdaya maju,
dan mampu bersaing, matang,. Progresif, proaktif serta peka kepada keperluan
persekitaran yang stabil dari segi JERI, memiliki kecemerlangan diri serta
mengamalkan nilai-nilai murni dan selari dengan keperluan agama, masyarakat
dan negara.
1.6 Objektif
Objektif program Pembangunan Insan adalah:
1. Membantu mengatasi kelemahan pelajar daripada segi konsep kendiri yang rendah, kurang berpengetahuan, celik akal kerjaya, serta bermotivasi tinggi.
2. Membantu memberikan ruang pilihan ke arah penyelesaian masalah peribadi
3. Mewujudkan suatu iklim kekitaan, permuafakatan antara seluruh elemen sokongan terdiri dari pelajar, guru, dan ibu bapa serta masyarakat sekitar.
4. Membantu pengurusan sekolah dengan kesepaduan kerja dan semangat berpasukan dalam mencapai visi dan misi SMKKK I.
1.7 Sasaran
Sasaran Program Pembinaan Insan adalah tertumpu kepada saranan berikut:
Penumpuan diberikan kepada semua elemen yang mempunyai hubungan secara
langsung dengan warga SMKKK I iaitu semua pelajar, staf, guru dan kakitangan
sokongan,ibubapa/penjaga pelajar, masyarakat sekitar, dan agensi yang berkaitan
dengan pendidikan.
1.8 Proses perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
1. Pengumpulan maklumat
2. Pertemuan awal
3. Kaunseling individu/kelompok
4. Perundingan keibubapaan
5. Khidmat rundingan
6. Perkhidmatan penyelarasan sumber
7. Perkhidmatan penilaian
8. Perkhidmatan rujukan maklumat dan sumber
9. Kursus dan latihan
1.9 Aktiviti dan Pelan tindakan
Aktiviti utama Unit Bimbingan & Kaunseling yang menekankan aspek
pembinaan Insan warga SMKKK I adalah sebagaimana berikut:-
1. Perbarisan dan motivasi pagi pada setiap hari persekolahan
2. Amanat Kaunselor.
3. Sesi bersama kaunselor di bilik darjah
4. Suaikenal pelajar baru tingkatan 1, 4, dan 6 Rendah
5. Doa dan restu ibu PMR, SPM, dan STPM
6. Kursus Motivasi Persediaan PMR, SPM, dan STPM
7. Kursus Kepemimpinan MPP dan Majlis Ketua Tingkatan
8. Latihan Anak Wawasan (PRS)
9. Solat Hajat dan majlis izin ilmu
10. Seminar Keibubapaan
11. Kursus Jati Diri tingkatan 1,2, dan 4
12. Lain-lain aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan sebagaimana
carta gantt yang dilampirkan.
(Rujuk carta Gantt dilampirkan)
1.10 Program Utama Pembinaan Insan
1. Program : Program Perbarisan Dan Motivasi Pagi
Jangkamasa : 30 minit pada setiap hari persekolahan (kecuali
Ahad)
Sasaran : Semua Pelajar sesi pagi
Rasional : Pelajar adalah insan yang perlu diberi bimbingan
dan peringatan yang berterusan agar sentiasa subur dalam diri
ciri-ciri insan yang baik sempurna.
Objektif : Sebagai persediaan diri dan minda pelajar bagi
memulakan proses pendidikan dan pembelajaran dengan penuh minat dan tanggungjawab.
Pengisian : - Perbarisan dan kawad kaki
- Nyanyian lagu negaraku dan Selamat
Sultan
- Bacaan Al-Fatihah
- Ucapan motivasi berhubung tanggungjawab,
disiplin, ketatanegaraan, kemahiran belajar dan lain-lain.
- Doa pagi.
2. Program: Amanat Kaunselor
Jangkamasa : 10 hingga 15 minit di Perhimpunan Mingguan
sekolah (Ahad)
Sasaran : Semua guru dan pelajar SMKKK 1
Rasional : Perhimpunan rasmi mingguan dihadiri oleh semua warga sekolah. Amanat kaunselor adalah menyentuh aspek membudayakan seluruh warga SMKKK I dengan semangat kecintaan dan patriotisme kepada sekolah, agama, bangsa dan negara.
Objektif : Menyampaikan maklumat semasa yang berkaitan secara langsung dengan keperluan pelajar dan seluruh warga sekolah untuk pengetahuan dan tindakan semua pihak berkenaan.
Pengisian : Ucapan berbentuk maklumat/motivasi/renungan.
Rasional : Suasana pembelajaran di bilik darjah tidak hanya terhad kepada pembelajaran akademik sahaja. Pelajar perlu diberikan suntikan semangat, motivasi, dan peringatan serta cabaran minda secara langsung oleh kaunselor dalam menyokong pembelajaran mereka.
Objektif : Mewujudkan hubungan yang lebih erat dan mesra di kalangan pelajar dan kaunselor serta dapat memberikan perkhidmatan secara lebih dekat dan menyeluruh.
Pengisian : Sesi kaunseling di dalam bilik darjah dalam
bentuk suntikan motivasi, perbincangan, kumpulan, sumbangan-Saran
dan komunikasi dua hala secara lebih profesional.
Rasional : Pelajar yang baru masuk ke tahap pendidikan baru sama ada di tingkatan 1, 4, dan 6 Rendah perlu diberikan taklimat dan maklumat berhubung budaya sekolah, persekitaran dan kaedah belajar diperingkat masing-masing bagi memberi pendedahan dan maklumat serta persediaan yang sebaiknya.
Objektif : Menanam rasa kekeluargaan sebagai pelajar di SMKKKI, memahami keperluan diri dan persekitaran bagi menghadapi suasana pembelajaran yang selesa, memahami tanggungjawab dengan lebih berkesan dan dapat mengoptimumkan penglibatan dalam setiap aktiviti di sekolah.
Pengisian : Ucap utama Pengetua berhubung misi & visi
: - Taklimat dari unit-unit berkaitan
- Budaya belajar yang kondusif
- Pemilihan dan penglibatan dalam kokurikulum
- Motivasi dan tanggungjawab diri
- Semangat patriotisme kepada sekolah,
masyarakat
dan negara.
Objektif : Membangkitkan kesedaran anak terhadap harapan ibu dan membersihkan jiwa anak dari rasa bersalah dan berdosa terhadap ibu serta restu ibu sebelum menempuh ujian Besar iaitu peperiksaan PMR, SPM dan STPM
Pengisian : - Ucap utama Pengetua
- Motivasi Keibubapaan
- Pohon doa dan restu Ibu
- Perkongsian bersama guru tingkatan
- Jamuan mesra guru, ibu, dan pelajar
Pengisian : Taklimat kursus/tatacara kursus
: - Ceramah motivasi
- Latihan dalam kumpulan (LDK)
- Pembinaan matlamat
- Sessi Riadah dan rekreasi
- Solat berjemaah dan kuliah agama
- Muhasabah diri dan akurjanji
7. Program : Kursus Kepemimpinan MPP dan MKT(Majlis Perwakilan Pelajar
dan Majlis Ketua Tingkatan)
Jangkamasa : 3 hari 2 malam
Sasaran : Semua ahli MPP dan MKT
Rasional : Barisan pemimpin pelajar seharusnya dilatih
dan didedahkan dengan cara gaya kepemimpinan yang berkesan sebagai
persediaan masa hadapan
Objektif : - Mendedahkan cabaran kepemimpinan
- Membina ketahanan diri dan ketahanan
mental
pemimpin
-Latihan membuat keputusan dan penyelesaian
masalah
-Menanam semangat patriotisme di kalangan
pemimpin
Pengisian : - Taklimat peraturan patriotisme di kalangan
pemimpin
- Ceramah kepimpinan
- Latihan ketahanan mental dan fizikal
- Latihan penyelesaian masalah
- Menguji semangat bekerjasama dan berpasukan
- Merancang agenda tindak kepimpinan
berkesan
Objektif : - Melatih ahli PRS secara lebih profesional,
- berfungsi sebagai pembimbing rakan
sebaya yang
berkesan,
- Melengkapkan ahli PRS dengan kemahiran
asas
kaunseling,
- Berupaya menolong rakan sebaya dalam
mengatasi masalah seharian/semasa.
Pengisian : - Kemahiran asas kaunseling
- Kemahiran komunikasi
- Kemahiran menolong
- Kemahiran penyelesaian masalah
- Kemahiran merancang agenda tindak
Rasional : Sebagai manusia yang beragama, segala usaha dan kegigihan yang telah dilakukan adalah dikembalikan kepada Allah dalam menentukan segala hajat dan cita-cita. Doa dan tawakkal adalah dianjurkan oleh agama sebagai sokongan terhadap usaha dan ikhtiar.
Objektif : - Menanam rasa bertanggungjawab terhadap
agama,
- Menanam rasa yakin diri dengan usaha yang dilakukan,
- Menanam konsep redha atas takdir dan ketentuan,
Pengisian : - Solat Maghrib berjemaah
- Solat hajat berjemaah
- Ucapan / amanat Pengetua
- Majlis Izin Ilmu oleh guru yang mengajar.
Pengisian : - Ucapan Pengetua
- Ucapan Pengerusi PIBG
- Ceramah motivasi keibubapaan
oleh penceramah
jemputan
- Jamuan ramah mesra ibubapa/guru
Unit Bimbingan Kaunseling, Dan Pencegahan Dadah
Sekolah Mengengah Kebangsaan Kubang Kerian I
16150 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-7652046
JADUAL PROGRAM AKTIVITI UTAMA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(BULANAN) SESI 2001.
JANUARI
1. Amanat Kaunselor
2. Kempen ‘Absent Sifar’
3. Kursus Kepimpinan MPP Siri 1
4. Kursus Intensif Anak Wawasan
5. Majlis Solat Hajat Pelajar
6. Majlis Perlantikan MPP Dan Anak Wawasan Sesi 2001
7. Majlis Suaikenal Pelajar Ting. 1 dan 4
8. Mesyuarat AJK Unit BK Siri 1/2001
9. Program Kongsi Pintar PMR 2000
10. Program Jatidiri Setia
11. Taklimat pemilihan matapelajaran Ting. 4
12. Taklimat ibubapa pelajar Ting. 1
FEBRUARI
1. Amanat Kaunselor
2. Kempen ‘Absent Sifar’
3. Kursus Ketua & Pen. Ketua Tingkatan
4. Kursus Pengurusan Kokurikulum
5. Mesyuarat AJK Mencegah Gejala Sosial
6. Program Perkembangan Staf siri 1/2001
7. Program Jatidiri Setia
8. Sesi Bersama Kaunselor
MAC
1. Amanat Kaunselor
2. Kempen ‘Absent Sifar’
3. Kursus Motivasi PMR Siri 1
4. Kursus Motivasi SPM Siri 1
5. Majlis Solat Hajat Pelajar
6. Lawatan Kepimpinan MPP
7. Program ‘Kongsi Pintar SPM’
8. Program ‘Buatmu Ibu PMR’
9. Program ‘Buatmu Ibu SPM’
10. Program ‘Jatidiri Setia’
11. Program ‘Anakku Sayang’
12. Sesi Bersama Kaunselor
APRIL
1. Amanat Kaunselor
2. Kempen ‘Absent Sifar’
3. Kursus Motivasi STPM
4. Kursus Pelajar Gemilang Ting. 1 dan 2
5. Kursus Jatidiri Pelajar Ting. 2
6. Mesyuarat AJK. Unit BK Siri 2/2001
7. Lawatan Jatidiri SLAD
8. Program ‘Kongsi Pintar STPM’
9. Program ‘Buatmu Ibu STPM’
10. Program Jatidiri Setia
11. Seminar Keibubapaan
12. Sesi Bersama Kaunselor
MEI
1. Amanat Kaunselor
2. Kempen ‘Absent Sifar’
3. Kempen Antidadah & Rokok Kebangsaan
4. Kem Akademik PMR, SPM, dan STPM
5. Kursus Jatidiri Pelajar Ting. 4
6. Kursus Motivasi Solat
7. Majlis Graduasi sesi 2001
8. Majlis Solat Hajat Pelajar siri 3/2001
9. Program ‘Jatidiri Setia’
10. Program ‘Adikku Sayang’
11. Seminar Pendidikan IPT
12. Sesi Bersama Kaunselor
JUN
1. Amanat Kaunselor
2. Kempen ‘Absent Sifar’
3. Minggu Suaikenal Ting. 6 Rendah
4. Mesyuarat AJK Mencegah Gejala Sosial Siri 2/2001
5. Program ‘Jatidiri Setia’
6. Seminar Mencegah Gejala Sosial
7. Sesi Bersama Kaunselor
JULAI
1. Amanat Kaunselor
2. Kempen ‘Absent Sifar’
3. Kempen ‘Sayangi Warga Tua’
4. Kem Kepimpinan MPP siri 2/2001
5. Majlis Solat Hajat Pelajar siri 4/2001
6. Minggu Kerjaya
7. Mesyuarat AJK Unit BK siri 2/2001
8. Program Jatidiri Setia
9. Seminar Menjawab SPM dan STPM
10. Sesi Bersama Kaunselor
11. Hari Qualiti SMKKK I
12. Hari dan Pameran Kerjaya
OGOS
1. Amanat Kaunselor
2. Kempen ‘Absent Sifar’
3. Kempen Cinta Negara
4. Kem Akademik Siri 2
5. Majlis Rundingan Ibubapa Ting. 3, 5, dan 6 Atas
6. Program Perkembangan Staf siri 3/2001
7. Program Jatidiri Setia
8. Seminar Keibubapaan siri 2
9. Seminar Menjawab SPM, & STPM
10. Sesi Bersama Kaunselor
SEPTEMBER
1. Amanat Kaunselor
2. Kempen Absent Sifar
3. Kempen Cinta Negara
4. Kursus Jatidiri Ting. 6 Rendah
5. Majlis Solat Hajat Pelajar siri 5
6. Program Jatidiri Setia
7. Sesi Bersama Kaunselor
OKTOBER
1. Amanat Kaunselor
2. Kempen Absent Sifar
3. Majlis Izin Ilmu PMR
4. Majlis Solat Hajat Ibubapa PMR
5. Mesyuarat AJK Unit BK Siri 4/2001
6. Program Lambaian IPT
7. Program Persediaan Peperiksaan PMR, SPM, dan STPM
8. Seminar Pendidikan IPT
9. Sesi Bersama Kaunselor
NOVEMBER
1. Amanat Bersama Kaunselor
2. Aktiviti Selepas PMR
3. Majlis Izin Ilmu SPM & STPM
4. Majlis Solat Hajat Pelajar siri 5
5. Majlis Solat Hajat ibubapa SPM & STPM
6. Lawatan Kerjaya ke IPTA/IPTS
7. Lawatan selepas PMR
8. Lawatan Anak Wawasan
9. Sesi bersama Kaunselor
10. Taklimat Mengisi Borang Matrikulasi