SEJARAH & COGAN  KATA SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 ditubuhkan pada 10 Hb.Januari 1965 dengan jumlah pelajar seramai 156 orang.(94 pelajar lelaki dan 62 pelajar perempuan). Pada peringkat awal SMK Kubang Kerian (1) menumpang di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian kerana ketiadaan bangunan sendiri dan beroperasi di sebelah petang. Tuan Haji Salleh bin Mohd. Akib telah dilantik sebagai Pengetua Pertama.

 Pada peringkat awal sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Kubang Kerian. Bagaimana pun nama ini telah diubah kepada sekolah Menengah Kubang Kerian mulai tahun 1968 apabila tingkatan 4 mula dibuka.Pada tahun 1990 telah diubah nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1, apabila sebuah lagi sekolah Menengah dibuka di Pekan Kubang Kerian.
 
 

Saluran

Sekolah-sekolah rendah yang berhampiran dengan Kubang Kerian menjadi penyalur utama pelajar ke Tingkatan 1. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah:

i. Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian I dan II dan III.
ii. Sekolah Kebangsaan Pasir Hor
iii.Sekolah Kebangsaan Demit
iv. Sekolah Kebangsaan Banggu
v  Sekolah kebangsaan  Mentuan
vi. Sekolah Kebangsaan Lundang.
 

Apabila bertukar ke Peringkat Menengah Atas maka sekolah-sekolah menengah yang berhampiran pula menyalurkan pelajar mereka ke Tingkatan 4.  Sekolah-sekolah yang itu ialah:
i.Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar.
ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Saadong.
iii.Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti
iv. Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Kubor Besar
v.Sekolah Menengah Melor
vi. Sekolah Menengah Bachok.
 
 

Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Kubur Besar dan Sekolah Menengah Kebangsaan  Bachok sudah tidak menyalurkan pelajar-pelajar mereka lagi sejak tingkatan 4 di buka di sekolah  itu.

Apabila sekolah ini mula membuka kelas tingkatan 6 pada tahun 1984, Sekolah-sekolah berikut menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke sekolah ini:

i. Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar
ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti
iii. Sekolah Menengah Panji
iv. Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian II.
v. Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Saadong
 
 

INFRASTRUKTUR

 Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian Mula berpindah ke bangunan sendiri pada 6hb. September 1966. Ini bermakna era menumpang selama satu tahun 7 bulan 24 hari telah berakhir. Bangunan kekal ini terletak di Jalan Hospital Universiti Sains Malaysia di atas tapak seluas 6.5 ekar.
 Pada peringkat awal hanya mengandungi 2 buah bangunan sahaja dengan peruntukan 7 buah bilik, 1 makmal , 1 bilik masakan, 1 bilik jahitan, 1 bengkel SPU, 1 bilik Perpustakaan dan 1 bilik pejabat. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada waktu itu iaitu Y.B. En. Mohd. Khir Johari pada 3 Hb. Julai 1967.

 Akibat perkembangan yang agak pesat dari segi pertambahan pelajar maka ditambah beberapa bangunan baru seperti berikut:

Blok C
2 tingkat pada tahun 1970 dengan peruntukan 4 bilik darjah serta 1 pentas (Dewan C) 1 bilik makmal, 1 bilik pejabat dan 1 bilik guru.

Pada tahun 1972 berikutan dengan pembukaan aliran sains, satu lagi bangunan 3 tingkat (Blok D) dibina.  Bangunan ini mengandungi 3 bilik makmal (Kimia, Biologi dan Fizik) dan 12 bilik darjah termasuk 1 Dewan.

Pada tahun 1980 apabila diperkenalkan tingkatan 6, sebuah lagi bangunan  baru ditambah (Blok E) yang mengandungi 6 buah bilik darjah. Dua bilik darjah ditambah lagi pada bangunan ini pada tahun 1986.

Pada tahun 1989, sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi 4 bilik darjah dibina.bagaimana pun bangunan ini digunakan sebagai bilik guru lelaki dan perempuan, bilik APD dan Perpustakaan Tingkatan 6.
 

Bangunan tambahan seterusnya ialah blok F yang dibangunkan pada tahun 1990. Bangunan 3 tingkat ini mengandungi 15 buah bilik darjah di samping beberapa buah stor serbaguna.

Pada awal tahun 1994 sebuah lagi bangunan tambahan dibina (Blok G). Bangunan ini dibina khas untuk dijadikan bengkel Kemahiran hidup.Ia siap sepenuhnya pada tahun 1995.

Lain-lain kemudahan yang ada ialah Koperasi (tahun 1974) Bilik Audio (1987), Bilik Komputer (1987) dan masjid Al-Ihsan, yang siap sepenuhnya pada tahun 1990. Bilik-bilik lain ialah bilik SAL yang dibina pada tahun 2000, sebuah Pusat Sumber yang canggih dengan peralatan teknolgi maklumat yang digunakan dalam aspek pengurusan dan pinjaman.

Kantin sekolah yang mendapat taraf 4 bintang pada tahun 2000 merupakan suatu tempat yang selesa untuk pelajar-pelajar menjamu selera.

Di blok A juga terdapat bilik Majlis Perwakilan Pelajar dan  Galeri Seni. Sebuah tandas baru  dibina bersebelahan dengan Blok F dan dijangka boleh digunakan pada tahun 2001. Tandas ini dibina berasingan daripada bangunan-bangunan  lain untuk menampung kegunaan pelajar yang berjumlah 2212 orang.

Tenaga penggerak utama di sebalik penubuhan sekolah ini ialah Cikgu Salleh bin Mohd. Akib (Pengetua).  Beliau merupakan tokoh yang pertama dilantik sebagai Pengetua apabila sekolah ini ditubuhkan pada 6 September 1965.  Pada Peringkat permulaan sebagai sebuah sekolah Aneka Jurusan dengan dua bilik darjah.  Beliau dibantu oleh 2 orang guru iaitu;
i. Pn. Salmah binti Chik
ii. Pn. Aishah binti Mohd. Amin

Tokoh masyarakat tempatan yang banyak menyumbangkan jasa ke arah menubuhkan sekolah ini ialah:
i. Dato’ Hj. Mohd. Yusoff  bin Hassan D.P.M.K. (Dato’ Bentara Muda)
ii. Tuan Haji Muhammmad bin Hj. Yusoff
iii. Tuan Hj. Mohd. Yusoff bin Salleh
iv. Cikgu Hj. Abd. Hamid bin Hj. Salleh.

Gabungan tenaga pendidik dan tokoh-tokoh tempatan inilah yang membawa kepada wujudnya sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian  yang ada pada hari ini.
 
 
 
 

COGAN  KATA SEKOLAH

SMKKK memilih cogan kata sekolah yang berbunyi “PELAJARAN KUNCI KEIMANAN”. Cogan kata ini memberi paparan hasrat dan cita-cita sekolah, dalam memberi ilmu kepadan pelajar-pelajarnya. Diharapkan semua pelajar akan berjaya dalam kerjaya masing-masing sama ada untuk dirinya, bangsa, agama, dan negara apabila tamat pelajaran mereka di SMKKK 1.

Sebenarnya PELAJARAN yang terpapar pada cogan kata tersebut mempunyai pengertian yang luas, bukan setakat ilmu pengetahuan, tetapi mencakupi nilai-nilai akhlak, permainan, sukan, kegiatan berkumpulan dan apa sahaja yang diperlukan untuk mendidik para pelajar agar menjadi warganegara yang intelek dan bertanggungjawab.  Tegasnya ia akan memenuhi matlamat JERI dalam falsafah pendidikan Negara.

Perkataan KUNCI memberi pengertian sebagai suatu alat yang digunakan untuk mencapai sesuatu kejayaan dan keimanan.  Jadi jelasnya bahawa perkataan kunci memberi pengertian sesuatu alat, formula atau petua untuk mencapai kejayaan dan keimanan.

KEIMANAN pula membawa maksud kepatuhan kepada Allah. Iaitu kejayaan yang bakal dicapai oleh para pelajar yang akan menambah keimanan kepada tuhan. Tanpa ilmu segala aktiviti yang tidak akan sempurna.

Secara umumnya, cogan kata PELAJARAN KUNCI KEIMANAN  boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang dipelajari atau ilmu yang diperolehi akan menjadi suatu formula yang berguna untuk membantu para pelajar menempa kejayaan dan kepatuhan kepada Allah dalam kehidupan seharian apabila tamat persekolahan  nanti.
 
 

LENCANA SEKOLAH

Lencana sekolah berbentuk perisai, di dalamnya tedapat simbol-simbol seperti buku, obor,, peralatan SRT dan radas sains.Lencana SMKKK 1 juga berlatar belakang warna putih, biru,kuning dan merah.

Perisai:  Benteng mempertahankan anggota msyarakat SMKKK 1 dari ancaman pengaruh negatif

Obor:  Sekolah sebagai tempat mendapatkan ilmu atau cahaya pendidikan

Radas sains:  Mengutamakan pengetahuan sains dan teknologi

Peralatan SRT:   Kemahiran hidup

Warna:
Putih: Kesucian, kesempurnaan dan kedamaian
Kuning: Institusi Beraja
Merah; Keberanian, kegigihan dan keteguhan
Biru: Kerjasama, perpaduan dan muhibah
 

BENDERA SEKOLAH

Salah satu keistimewaan SMKKK 1 ialah mempunyai bnederanya yang tersendiri sebagai identitinya.  Ia dicipta sejak sekolah ini diasaskan.

Bendera SMKKK 1 berlatar belakang tanah warna Merah dengan di tengah-tengah terletak logo sekolah.  Ia direntangi oleh 3 jalur antara penjuru kanan sebelah atas dan penjuru kiri sebelah bawah, yang berwarna kuning, biru dan putih. Susunan jalurnya kuning di sebelah atas, biru di tengah dan putih di bawah. Jalur-jalur ini melambangkan tiga pihak yang menentukan kemajuan SMKKK 1 sendiri iaitu pihak pengurusan (guru dan kakitangan), pelajar-pelajar dan Ibu bapa.

Saiz bendera adalah seperti berikut:
  Panjang : 163 cm
  Lebar   : 89 cm
  Lebar jalur: 8cm
 Warna:
Putih: Kesucian,kesempurnaan dan kedamaian
Kuning: Institusi Beraja
Merah; Keberanian, kegigihan dan keteguhan
Biru: kerjasama, perpaduan dan muhibah
 
 

LAGU TEMA SEKOLAH:

AZAM  YANG SUCI

Tersedarku dari lamunan
Resah sejarah ku lupakan
Ku semaikan Benih-benih harapan
Bersama sebuah impian

Dengan azam dan keyakinan
Tempuh cabaran kehidupan
Terpujilah segala ketabahan
Berikanlah ku kekuatan
Dan keimanan

Ku mengharapkan kejayaan
Menanti di hadapan
Namun hakikat belum nyata
Harus berusaha

Suatu hari nanti
Pantikan berjaya
Aku akan buktikan
Padamu ayah Bonda

Disitu kita lihat
Kebenaran hakikat
Impian jadi nyata
Kata telah dikota

Bukan khayalan dan bukan lakonan
Tapi inilah kenyataan

Kerana cita
Diiringi doa
Pasti aku akan berjaya
 
 
 
 

LAGU SEKOLAH

Lagu sekolah ini telah dicipta semasa pentadbiran Tuan Hj. Salleh bin Mohd. Akib.  Lagu ini berjudul “Ibu Kandung”.  Seni katanya dicipta oleh Cikgu Wan Zaidi bin Hj. Wan Yaacob yang merupakan seorang tenaga pengajar SMKKK 1 pada waktu itu. Beliau menggunakan nama samaran Wan Nor Zaini. Lagu ini digubah nadanya oleh Allahyarham Abdullah Bukhari. Beliau merupakan penggubah lagu yang terkemuka di negeri Kelantan pada waktu itu.

IBU KANDUNG

Indah tersergam di pinggir kota
Masyhur namamu merata-rata
Mayatmu penuh bakti dan jasa
Membangun negara serta bangsa

Semenjak dari tempuh lahirmu
Sinar cahaya tak kunjung padam
Semangat dan azam takkan layu
Menabur bakti siang dan malam

Pelajaran kunci keimanan
Cogan itulah jadi pegangan
Sekolah Menenengah Kebangsaan Kubang Kerian 1
Mendidik putera puteri watan

Kami penuntut tua dan muda
Kini berikrar sumpah dan setia
Maruah ibu kandung dijaga
Jangan dicaci atau dicela

  1