BERBURUK SANGKA

“Ya, Allah. Janganlah Engkau sesatkan hati kami, setelah engkau memberi petunjuk . Berikanlah kami Rahmat, Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi”

    ( SURAH Al IMRAN : 8 )

BERBAIK SANGKA salah adalah satu cabang iman yang patut di pegang oleh muslimin dan muslimat kita untuk pembentukan kehalusan iman yang hakiki.

Sekiranya kita terlalu mudah BERBURUK SANGKA , ia akan menjadi duri di dalam daging kita sendiri dan menjadi musuh di dalam selimut kita sendiri.

Andaian kita terlalu jauh di dalam hati seseorang ; malah sifat takabur dan bongkak akan lebih menjadi bertambah buruk bahananya kerana  BURUK SANGKA  adalah seperti  nanah dari kudis yang ada.

Berbaik sangka akan menjuruskan kepada keredhaan Allah, redha dengan segala ketentuan buruk yang Allah berikan kepada dia. Dan seorang yang berbaik sangka akan sentiasa berfikiran positif dan tidak takut dengan segala cabaran iman yang ada. Cekal dan tetap di dalam pendirian nya sendiri.

Berbaik sangka juga akan menjadikan kita mulia hati dan sentiasa bersifat lapang dada dan tidak takut itu dan tidak takut ini. Ia akan membuat kita BERANI.

Berbaik sangka dengan Islam jugalah akan memudahkan segala perjalanan di dalam urusan pentadbiran kerajaan, urusan perniagaan dan juga urusan di dalam rumahtangga baik untuk persahabatan secara rasmi mahupun urusan tidak rasmi.

Contoh sebagai orang mukmin mempunyai baik sangka terhadap keupayaan penjanaan corak Islam di dalam struktur pentadbiran undang -undang mahupun di dalam urusan kerja. Berbaik sangka dengan agama akan memberi keyakinan yang tinggi di dalam kelancaran perjalanan keupayaan Islam . Berburuk sangka akan memberi kepincangan di dalam perancangan dan seterusnya akan melemahkan kepercayaan iman dan hakiki di dalam pengucapan syahadah di dalam diri sendiri.

Dalam konteks hubungan anak dan orang tua, adik beradik dan sahabat-sahabatnya. Apabila di beri teguran yang membina, seorang yang mempunyai sifat baik sangka akan menerimanya sebagai satu ingatan bukan sebagai satu penghinaan malah akan berterima kasih di atas pemberi ingatan kerana hakikatnya manusia itu sentiasa lupa dan lalai.

Tetapi orang yang sentiasa berburuk sangka dan mempunyai sifat dangkal di dalam hati, akan hanya menambah dosa yang ada. BODOH SOMBONG di namakan di dalam islam. Dia menggelapkan jiwa yang bertambah gelap. Contoh yang nyata

“Aku tahu lah aku buat salah..tetapi tak payahlah nak tegur tegur. Jaga tepi kain sendiri lah. Tak payah nak berceramah panjang. Macam lah dia baik sangat. Baik sangat ke awak ni”

Dan kemudian terus mempersoalkan keburukan orang dan mencari kesalahan dalam diri orang lain.

Sifat buruk sangka dengan kebaikan yang orang hendak tunjulkan di dalam diri sendiri inilah yang di katakan Takabur. Maka dari sifat Takaburlah , sang Iblis di campak keluar dari syurga oleh Allah dengan penuh hina dan dina.

Orang yang berbaik sangka akan berkata

“Bagus juga lah awak beri nasihat kat saya. Sekurang-kurangnya memberi keringanan dalam diri saya dari terus rasa marah dan menambah dosa yang telah ada ni”

Orang yang berbaik sangka akan mewujudkan sifat Mahasabah dan sentiasa menerima tunjuk ajar dengan baik. Itulah kelembutan hati yang membenarkan pintu kebaikan menuju ke arahnya.

Begitu juga dengan hidup berumahtangga, si isteri yang sentiasa berbaik sangka hidup penuh dengan ketenangan dan tidak takut dengan keadilan sang suami. Dia memberi kepercayaan sepenuh-penuhnya kepada si suami dan dia tidak takut dengan segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Dia tidak takut dengan harta yang hilang, rezeki yang lari dari nya kerana sifat baik sangka dengan apa yang di tentukan oleh Allah.

Contoh yang nyata di mana si isteri tak takut hendak membubuh nama harta kepada si suami

“Abang letakkan lah nama rumah dan kereta kepada nama abang. Kalau abang tiada pun , saya pun bukan berkemampuan sangat dengan membiayai harta bersama ini. Saya letakkan kepercayaan kepada abang untuk bertanggungjawab diatas anak anak kita kelak kalau sudah masanya saya pergi lebih awal dari abang. Dan saya percaya abang boleh cari isteri yang lebih baik dari saya sebagai penggantinya kelak”

dan begitu lah si suami yang akan sentiasa bersangka baik dengan isterinya

“Mah, andaikata di takdirkan Allah  abang pergi dulu, Mah kahwinlah. Bukan salah utk berkawin lagi supaya ada orang boleh jaga Mah kelak. Bacalah doa Ummu Salamah supaya di berikan pengganti abang yang lebih baik dari abang ini.”

Berbaik sangka membawa sifat redha dan kemuliaan.

Kalau kita sentiasa berburuk sangka akan menjadi satu penyakit duri dalam daging kita sendiri. Sifat was-was, takut akan menyebabkan peningkatan dalam darjat kecemburuan kita. Dari situ kita sentiasa terserong niat dan akal menyebabkan kerimasan kepada sang suami dan isteri. Dari masalah kecil menjadi besar kerana tidak cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang baik.

Sifat berbaik sangka jugalah menjadi satu ubat kepada kesilapan dan kelalaian di dalam rumahtangga. Penyelesaian dan kepercayaan akan di buat dengan jalan berbaik sangka. Kesilapan lama tidak akan di hantui bayangan kesilapan jika mengambil jalan dengan menggunakan kaedah berbaik sangka.

Dan begitu juga dengan dunia persahabatan, apabila ada orang mengambil berat tentang kita , kita rasakan orang itu ada udang di sebalik batu. Kita rasa kan perbuatan orang itu seperti ada perkara yang tidak baik. Satu penyakit buruk sangka akan mengatakan bahawa dia ada hajat hati yang tidak baik sehingga dari kata -kata yang Cuma datang dari was-was menjadi kata-kata yang menimbulkan fitnah yang nyata di dalam Islam. Sekiranya benar-benarlah tidak sebenarnya betul benar yang terniat di dalam hati seseorang itu, sedangkan kita mengiakannya , ia akan menjadi satu dosa yang berpanjangan dan besar di dalam Islam. Sebab itulah di dalam Islam mengajar kita  BERBAIK SANGKA agar umat nya mengelakkan diri dari membuat DOSA KERING.

Berbaik sangka adalah menunjukkan kematangan dan kecerdikan akal serta kewarasan fikiran. Itulah petanda orang orang yang beriman . Ia mengajar sifat Mahabasah di dalam diri sendiri. Dia tidak mencari kesilapan orang tetapi mencari kesilapan di dalam diri sendiri. Orang beriman berusaha memperbetulkan diri sendiri dan bukan merasa dirinya sentiasa betul. Orang -orang yang beriman dia lebih bijak mengendalikan permasalahan dalam jiwa nya sendiri dan juga orang di sekeliling kerana sifat berbaik sangka akan menjadi kekuatan di dalam diri sendiri. Maka BERBAIK SANGKALAH kita.
 
 



back

1