Doa Ketika Mengambil Wuduk
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang
tersendiri.1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda
yang tak berfaedah2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah
Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan
Arasy Mu"Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari
sejengkal di atas kepala.6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa
telinga ku ini"Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2,
berunsur maksiat ..7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan
pantas sekali8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah
daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat"Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk
sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati
Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
-Wassalam-