ROMEOvs JULIET


    Pemuda pemudi sekarang kebanyakan terlalu mudah di mamah nafsu kecantikan,. Sekali terpandang wajah yang tampan dan cantik, semuanya menjadi cair.  Kecantikan boleh menjadi satu tipudaya yang bahaya kalau tidak menggunakan akal yang baik.
Firman Allah Ta’ala:
        “Maka janganlah kamu di tipu oleh kehidupan dunia”(Surah Luqman : 33)
malah jika ingin menjauhi dari segala tipu daya kehidupan ialah dengan menyakini dengan aturcara kehendak mengikut Islam.
Firman Allah Taala:
        “Akan tetapi kamu mencelakakan diri kamu sendiri , kamu menunggu-nunggu, bimbang, ragu serta di tipu oleh angan-angan”(Surah Al Hadid :ayat 14)
          Malah sabda Rasulullah
                   “Orang yang pintar ialah orang yang dapat menguasai hawa nafsunya dan beramal untuk bekalan  sesudah mati. Dan orang yang ahmak (kurang akal) ialah orang yang menurutkan hawanafsunya serta berangan-angan kosong terhadap Allah.”

    Memang kebanyakan manusia menyangka diri mereka di dalam keadaan baik saja, padahal mereka itu telah terkeliru.Salah satu tipudaya yang hendak di paparkan di dalam kisah hari ini ialah kisah benar muda mudi hari ini.

Beginilah kisah  ianya bermula:

Aku di kejutkan oleh seorang temanku yang menyatakan adakah aku kenal akan seorang pemuda yang bernama Azmi . Sememangnya Azmi ku kenali semasa dia berkunjung ke pejabat ku dan dia senantiasa mengekori ku di dalam pejabat ku untuk memperkenalkan dirinya dan dalam pertemuan di ofis ku yang terlalu singkat dan di dalam gerakan mengekorku beliau masih sempat melamarku dan berkata beliau sanggup menungguku asalkan aku menerimanya secara konkrit. Terlalu ringkas sahaja caranya , penuh dengan cara ke gentlemannya. Dan apa yang pasti dia meninggalkan bisness kadnya dan di nyatakan alamat rumahnya dan tentang dirinya. Cuma aku tidak pernah melayannya. Kalau mungkin satu ketika nanti pun , aku mungkin menghubunginya untuk urusan kepentingan hal kerja sahaja di belakang hari .

Temanku Marini menerangkan perihal tentangnya kerana dia sudah mengenali Azmi lebih lama dari ku. Aku tidak terkejut kerana aku tidak begitu berminat dengannya tetapi kelihatan Marini seakan begitu hendak marah dengan Azmi . Mungkin ada sesuatu yang membuatkan Marini begitu marah dengan Azmi. Aku pun ketahui Azmi bukanlah jahat sangat orangnya Cuma corak kekeluargaannya yang begitu sosial menyebabkan kalau menumpang perempuan menaiki keretanya tidak menjadi masalah berat. Marini dan Azmi dah di kira sepadan kerana sama-sama boleh menerima cara kehidupan macam ini. Jalan-jalan berdua-duaan dan makan berdua-duaan di bawah candle light lagi.

Bagi ku , Azmi adalah seorang yang sudah mempunyai perjalanan jauh dan terlalu buka mata. Bermacam benda yang pernah di lihat sebab keupayaan terbang ke sana dan ke sini. Secantik cantik wanita, sejahat jahat wanita dan seburuk buruk wanita Cuma dia tidak nampak sebaik -baik wanita. Mungkin pernah nampak tetapi dia sendiri pun tahu dia tidak sampai ke tahap itu. Tetapi bila bab mencari isteri semuanya di cari bakal isteri yang bertudung. Pernah suatu ketika seorang teman dari temanku pernah juga di lamar olehnya. Aku faham. Kira -kira setiap lelaki macam mana baik buruk perangainya pun kalau bab mencari isteri , ingin cari isteri yang baik.

Sejauh mana Romeonya mereka akan tetap mencari Juliet sebenar-benarnya. Tetapi sayangnya perempuan yang baik tidak berani mempertaruhkan keadaan menerima dia. Sebab itu di dalam usia 28 tahun , dia masih tercari -cari bakal isterinya. Kesihan juga si Azmi ni. Perempuan yang baik biasanya mempunyai akal yang pintar yakni tahu menilai kebaikan dalam diri lelaki. Perempuan yang baik biasanya lebih teliti dan berhati-hati dengan Romeonya. Perempuan yang baik dan bijak lebih kuat menguji dari corak menerima.

Marini pun sebenarnya dah mempunyai kawan special. Tetapi pendekata kebanyakan perempuan bila sudah nampak lelaki berkedudukan, berkerjaya baik, hensem dan pandai menyusun kata -kata pun akan cair. Kata-kata Azmi tidak lah romantik dan manja, cuma dia very gentleman dan polite. Dia sememangnya kelihatan tidak memaksa tetapi boleh membuatkan perempuan itu cair, mereka  akan membuat diri mereka sendiri mengejar Azmi. Cuma sebagai sahabat yang sudah mengenali Marini, kawan -kawan kami semua menasihatkan dari awal lagi jangan dia mudah mencampak orang lain kerana berjumpa gading bertuah. Mulanya dia seolah-olah tidak boleh menerima kepercayaan cerita bahawa Azmi adalah lelaki yang sama yang pernah melamarku. Mungkin kerana dia terlalu sukakan Azmi. Dalam waktu yang sama pula tu…. sedangkan dia mengenali Azmi sudah lama dari ku.

Marini cuma sekarang ni sedang di dalam proses menyusun strategi untuk mengena Azmi di dalam ertikata Romeo vs Julietnya. Bagi Marini , dia ingin membuat Azmi kira -kira ibarat benar-benar jatuh hati kepadanya dan kemudian dia akan berikan tazkirah panjang -panjang lepas itu akan meninggalkannya.  Wah, ini kira-kira Juliet vs Romeonya. Kami semua tergelak panjang memikirkan apa yang ingin di rancang olehnya. Jadi ke tidak.

Tetapi bagi ku , untuk menjadi Juliet yang benar -benar berkesan ialah menjaga akhlak kita dari awal. Dan satu lagi sekiranya terdapat gabungan kecantikan yang payah hendak di lawan, kebijaksanaan, betul betul ada klas…cerdik katakan contohnya dan akhlak yang cantik dan tidak mudah di angkut ke sana ke mari beserta agama yang baik barulah jatuh sejatuhnya keegoan lelaki Romeo itu. Dan kita hendaklah senantiasa hidupkan dengan agama dan ingatan yang baik dan sentiasa menarik dia ke arah kebaikan.

Niat yang seumpama itu sekiranya tidak di bajai dengan baik akhirnya akan menjerat kita sendiri . Sebenarnya orang seperti Azmi dia bukanlah mempunyai hati yang jahat. Dia Cuma terlalu hidup bebas dengan dunia perniagaan, dan kekerabatan di Rajanya dan kemewahannya dan Cuma dia kurang dari segi kerohanian yakni mengenal erti sebenarnya kehalusan iman. Ini adalah kerana pergaulan sepertinya sudah di kira tidaklah begitu sosial dalam masyarakat kekeluargaan dia. Dia dah di kira baik sebab bukan kaki perempuan , bukan kaki arak dan lain-lain.

Sebab itu Rasulullah lebih berminat hidup di dalam keadaan Zuhud sedangkan baginda adalah seorang yang benar-benar mewah kerana segala harta rampasan perang akan di letak kan di bawah serahan kepada baginda untuk di agih-agihkan .
Malah baginda Rasulullah memilih untuk hidup paling bersederhana dan contoh nya hanya tidur beralaskan tilam yang kasar buatannya yang tidak pantas buat seorang yang mulia sepertinya.

Apa yang sebenarnya ingin di tonjolkan dalam diri Rasulullah? Ia tidak lain tidak bukan kerana dari situ akan mewujudkan sifat zuhud. Dari sifat zuhud lah yang akan melahirkan erti sebenar rasa kehalusan jiwa untuk menyelami kesusahan orang lain malah akan menaikkan mertabat insani kita dan pendekatan kefahaman taqwa dan kemanisan iman untuk Allah. Dari situ kita rasa seronok berbuat baik dan tidak mahu mendekati jalan tidak baik.

Biar orang di sekeliling kita menganggap jalan berdua-duaan (contohnya) sebagai satu kebiasaan orang hari ini, tetapi kita semahunya mengelakkannya kerana keyakinan kita tinggi tentang kemanisan iman untuk mengikut hukum Allah. Malah dari situ kita akan terasa amat manisnya semanisnya berjuang walaupun secara sendirian kerana iman kita adalah hakiki. Dari situlah juga kita akan rasa insaf dan menilai setiap apa yang kita ada , menilai setiap perbuatan yang baik kita lakukan dan mensyukuri nikmat yang ada. Bukan seperti sebahagian contohnya orang menggunakan kecantikan untuk memikat orang kaya dan berharta atau pun di dalam contoh yang lain menggunakan akal fikiran yang baik untuk memanipulasikan  orang untuk kepentingan sendiri.

Malah zat kemanisan iman hanya boleh di capai dari hidup kezuhudan. Malah para wali walimah Allah sebelum ini terkenal dengan hidup kezuhudan kerana takut kemewahan akan melalaikan mereka. Kemewahan boleh di cari tetapi biarlah di salur dengan cara yang baik untuk menegak Islam. Apabila kemewahan dan keterbukaan kita terlalu di dedahkan akhirnya kita akan merasai tempias bahang-bahang bisikan syaitan. Kita akan hidup di tengah orang-orang yang lupa, ramai yang berbuat jahat; sekiranya benar-benar kita tidak betul-betul menempisnya , silap -silap kita sendiri termasuk sekali di dalam lubang kejahatan. Dan yang paling di takuti terus kekal di dalam kejahatan.

Sebab itu bagiku dan sebahagian kawan-kawanku kurang berminat dengan gaya hidup begitu. Bagi ku untuk menjadi seorang suri rumah kepada orang seperti Azmi pun aku tidak berminat. Peluang ke arah keburukan lebih luas daripada peluang ke arah kebaikan. Kereta Azmi sahaja sudah melambangkan dia cukup mewah. Tentu sekali mana-mana perempuan ramai berbangga duduk di sampingnya. Cuba pakai kereta buruk, perempuan mana hendak kut???? Azmi cuba membuang nama Tengku biasanya kerana dia tidak mahu dilabelkan seperti apa yang terfikir oleh orang ramai. Tetapi gaya hidupnya yang mewah sudah cukup membutakan mana-mana perempuan yang gilakan kekayaannya yang sebenarnya.

Malah aku selalu berfikir, sekiranya Azmi dan golongan sepertinya boleh berubah ..mungkin boleh berubah untuk tiga atau empat tahun ke atau beberapa tahun ke…jika perubahan menjadi baik hanya semata-mata kerana tamparan seorang wanita. Belum tentu ia bertahan walaupun dia mungkin ikhlas dan benar-benar suci hati  ketika itu. Kerana keimanan adalah disiplin dalam diri sendiri bukan boleh di bentuk hanya kerana sukakan sesuatu yang baik. Seolah ikut kerana hendak mendapatkan sesuatu. Ia bukan sesuatu yang tulen. Orang boleh bercakap pasal agama ..begitu dan begitu. Tetapi mampukah dia melaksana secara persendirian. Iman bukan memerlukan sumber ilham luaran tetapi sumber ilham dalaman sendiri. Keinsafan dan kesedaran sendiri serta kemahuan sendiri yang akan mengikat panjang kekuatan keimanan itu. Bila dia mengambil mudah pencarian iman tanpa susah payahnya mengenal iman itu sendiri, dia tidak akan kenal kelazatan iman itu sendiri. Akhirnya dia akan tenggelam kembali apatah suasana persekitaran yang mungkin tidak memberangsangkan. Tidak ada ketulenan iman itu. Hanya kerana ikut-ikutan , malu dan kerana ingin mendapatkan sesuatu.

Malah bagi diriku, memikirkan bagaimana seseorang perempuan yang beriman lagi bijak ….dia lebih takut dengan lelaki yang macam ini. Kerana sekiranya seseorang perempuan yang  tidak betul-betul mempunyai kekuatan dalaman iman yang kuat , secara halus akhirnya dengan dia sendiri terikut keluar berdating ….dari sikit sikit malu dan takut akhirnya jadi tak malu dan tak takut. Biasanya ajakan halus ini datang dari lelaki. Cuma ada lelaki yang betul betul berani dan dare enough untuk membawa keluar . Ada yang tidak berani. Yang lebih baik ialah yang tidak berani dan selalu kelihatan takut takut dan ada rasa hormat dan malu .

Disebabkan malu untuk berbuat jahat adalah satu ciri taqwa. Hawa nafsu akan menyalah erti maksud iman sejati. Keberanian untuk berhadapan di antara lelaki dan perempuan akan memberi peluang untuk bermesra-mesraan . Lama-lama jadi suka dan timbul rasa sayang,, malah rasa tak percaya akan sejauh mana pergi nya hubungan mereka kalau setakat jalan-jalan. Dan akhir sekali terseliuh ……terus terjunam hancur. Lebih lebih lagi syaitan suka merosakkan iman seorang yang lebih warak dan alim. Semakin kuat dia menjaga iman, semakin kuat dia di beri peringatan oleh keluarga semakin kuat si syaitan membisikan hawa nafsu. Dan menyebabkan jiwa semakin memberontak walaupun kebaikan hakiki nampak di depan mata. Sebab itu dalam Al Quran sendiri menyebutkan ‘Jangan menghampiri zina’. Perkara jalan-jalan berdua-duaan dan minum-minum berdua-duaan itu adalah laluan besar ke arah membuka jalan zina yang nyata.

Nyata sekali perbuatan itu haram kerana tidak di sertai mahram. Malah walaupun di sertai mahram pun, perbuatan tidak boleh berulang kali. Kerana akan mewujudkan sifat nekad, berani menghampiri zina kerana tiada rasa hormat kepada ahli keluarga. Izin ke atau tidak izin ke dari keluarga nyata bersalahan di sisi agama kerana berdua-duaan adalah khalwat.

Tetapi wanita yang beriman dan cerdik, dia lebih suka lelaki yang sentiasa berhati-hati dan beringat-ingat , kerana apa ?? Lelaki yang benar-benar baik kurang tertonjol. Mereka tidak suka bertelefon sebab takut hanyut, tidak suka berjumpa tanpa mahram, tidak berani hendak mengangkut perempuan ….walaupun mungkin nyata sekali ilmu agama tidak tinggi. Ketulenan iman ialah cara kekuatan dia menjaga tuntutan hawa nafsu. Cara dia mengawalnya. Cara dia berfikir jauh. Apakah perlu buat masa ini atau perlakuan itu menepati Islam atau tidak.. Dia senantiasa takut akan Tuhannya dari keterlanjuran perbuatan dan sentiasa  malu sekiranya di beri nasihat. Dia cepat-cepat ingin mengubahnya dan memperbaiki dirinya. Inilah di katakan ketulenan iman. Ini tidak kelihatan pandai kata macam ini macam tu…nampak tahu didalam hukum …tetapi dalam masa yang sama dia yang membuatnya. Dia yang menganjurkan kebaikan dalam tuturbicara tetapi dalam masa yang sama dia juga yang memberi laluan kejahatan dari perlakuannya. Dan tentu seorang perempuan dia tidak tahu sejauh mana hala tuju teki teki lelaki yang lebih panjang akal itu.

Lelaki yang beriman sendiri menjaga batas dan tertib mengikut Islam. Itulah kasih sayang yang sejati dan benar -benar menahan diri dari segala tuntutan hawa nafsu. Malah sekiranya keimanan yang benar-benar berpadu dalam dua arah dari lelaki beriman dan perempuan beriman, ia akan menjadi satu ikatan sepadu yang bertambah kuat dan tidak melalaikan.

Sebab itu bagiku, suasana persekitaran kekeluargaannya dan suasana kemewahan Azmi akan banyak memberi peluang menenggelamkannya dan melalaikannya semula kecuali persekitaran persahabatan dia benar-benar di lingkungi oleh rakan-rakan yang baik dan beragama sahaja secara berpanjangan atau pun dia benar-benar berada di dalam lingkungan kehidupan corak berjemaah seperti kumpulan ahli usrah ker dan seumpamanya sebagai cara jalan mengelak dari di kuasai lebih oleh anasir hawa nafsu. Sebab itu kepentingan berjemaah di ambil kira di dalam salah satu hukum. Dan nyata sekali kebenarannya di mana lelaki di wajibkan bersembahyang jemaah di masjid. Di situ biasanya akan terkumpul lelaki lelaki yang mempunyai ingatan yang kuat kepada Allah dan sejurusnya memberi peluang kepada lelaki yang kurang beriman untuk berkenal-kenalan dengan mereka ke arah tarikan  jalan yang baik.

Malah setakat nak beri hantaran Rm 10,000 ke atas tidak menjadi soal buat dia. 4 kali kahwin pun tidak menjadi soal sebab dia mampu. Bagiku aku lebih suka dengan lelaki yang sibuk dengan mencari rezeki dan membina kekuatan kewangan kekeluargaan walaupun di dalam keadaan sederhana seperti orang lain. Kemewahan berlebihan boleh membuat orang lupa. Bagi ku seorang yang beriman bukan hidupnya setakat hendak mencari rezeki yang melimpah ruah dan mencari perempuan untuk di penuhkan sampai 4 orang walaupun Islam mengizinkan tetapi mencari saluran yang lebih baik kepada sifat istiqamah dan penghambaan yang khusus di dalam ibadah.Ibadah yang lebih mengarah ke arah mencapai kerendahan sifat kehambaan Allah s.w.t. dan pendekatan kerohanian yang hakiki dengan Allah.

Dari Surah Taha :131

    “Dan janganlah engkau tujukan pandanganmu kepada kesenangan yang Kami berikan berpasang-pasangan berupa bunga kehidupan dunia, untuk Kami menguji mereka di dalamnya. Rezeki Tuhanmu adalah lebih baik dan lebih kekal”

Dalam surah Al imran

   “telah di hiasi bagi manusia cintakan syahwat, iaitu wanita, anak-anak, onggokan emas dan perak, kuda yang bagus, binatang ternak dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup dunia”

tetapi kita mesti ingat bahawa

surah Al Hadid :20

    “ketahuilah bahawasanya kehidupan dunia itu hanyalah permainan, senda-gurauan, perhiasan, bermegah-megahan antara sesama kamu, dan berlumba-lumba mempergandakan kekayaan dan anak”
 

Al hasil, zuhud itu adalah suatu kesimpulan untuk membenteras jiwa dari segala rupa kesenangan sambil melangkah yang lebih baik, iaitu dengan meninggalkan yang tidak baik kepada yang lebih baik. Zuhud yang sebenar-benarnya ialah berzuhud dari kemewahan hidup dan bebas dari kesenangan yang di tuntut oleh jiwa.

Sebab itu wanita yang saleh dia lebih suka ke arah kesederhanaan kerana dia tidak suka diri mereka lalai dan riya’. Kerana segala apa yang ada hanyalah perhiasan dunia semata-mata. Kalau setakat nak menjadi Juliet nak menjatuhkan keegoan Romeo , rasa nya tidak kena langsung sebab hanya perempuan yang baik mencari lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.
 



back

1