MENITI SEJARAH
UNIVERSITI AL-AZHAR AS-SYARIF
Al-Azhar telah diasaskan pada zaman Kerajaan Fatimiyyah
dalam tahun 358 H bersamaan 969 M oleh Jawhar Al-Saqolly, seorang panglima
perang yang bertanggungjawab mengambil alih kuasa Kerajaan Abbasiah. Lanjutan
daripada itu, Al-Saqolly telah membina sebuah masjid sebagai tanda kesyukurannya
yang dikenali sebagai Masjid Kaherah.
Setelah seabad lamanya, nama masjid itu telah ditukar
dengan nama Masjid Al-Azhar bersempena nama Fatimah Az-Zahra', puteri kesayangan
Baginda Rasulullah S.A.W. Solat jemaah yang pertama telah diadakan pada
2 Ramadhan 361 H.
Fungsi Masjid Al-Azhar sebagai pusat pengajian telah
dimulakan pada tahun 996 M yang dikenali pada ketika itu dengan nama Masjid
Kaherah. Ini berlaku kerana salah seorang khalifah Kerajaan Fatimiyyah
mengarahkan pengajian setiap hari Jumaat diadakan.
Dua tahun kemudiannya, konsep pendidikan telah diperluaskan
dengan pengambilam pelajar asing. Pada dasarnya, perngajian diadakan bertujuan
untuk menerapkan fahaman Syiah. Namun demikian, panglima Solahuddin Al-Ayubi
seorang pahlawan Islam yang terbilang telah berjaya mengambil alih tampuk
pemerintahan Mesir daripada Kerajaan Fatimiyyah dan menyerahkan semula
kepada Kerajaan Abbasiah yang berpusat di Baghdad.
Pada ketika itu, kegemilangan Al-Azhar semakin merosot.
Dengan keazaman Solahuddin Al-Ayubi yang tinggi maka beliau berjaya mengembalikan
kegemilangan dan keunggulan Masjid Al-Azhar sebagai pusat keilmuan sekaligus
membersihkannya daripada pengaruh Syiah.
Pada tahun 1290 M, tampuk pemerintahan Mesir telah
jatuh ke tangan Mamluk. Pada zaman ini, sistem pengajian Al-Azhar telah
diperbaiki dengan mengutamakan beberapa aspek penting iaitu :
1) Menghidupkan Pendidikan Bahasa Arab di Al-Azhar.
2) Mempertahankan Undang-undang Syariah Islamiah.
3) Pendidikan menurut prinsip Al-Quran Karim.
4) Mempertahankan Islam daripada pengaruh fanatik dan
kepercayaan karut.
Al-Azhar menjadi terkenal kerana kejayaannya melahirkan ulama' yang berkaliber. Apabila Empayar Uthmaniah mengambil alih tampuk pemerintahnan Mesir daripada Kerajaan Mamluk, ia menjadikan Syariah sebagai 'Basic Rule' Sistem pendidikan Al-Azhar yang serba lengkap berjaya melahirkan graduan dan cendiakawan yang optimis dan dan komited. Ini adalah kesan daripada berkat asuha ulama' yang ikhlas menabur bakti untuk meninggikan syiar Islam . Ini merupakan sumber inspirasi graduan-graduan dari seluruh dunia untuk menimba ilmu daripada para ilmuan Al-Azhar.
CAWANGAN AL-AZHAR
Mulai sesi 1993/94, Universiti Al-Azhar mula menghantar
sebahagian pelajar Malaysia ke tujuh cawangannya di luar Kaherah iaitu
:
1) Damanhur ( Ikhwah )
2) Iskandariah ( Akhawat )
3) Tanta ( Ikhwah )
4) Dumyat ( Ikhwah )
5) Zaqazik ( Ikhwah )
6) Syibin El-Kum ( Ikhwah )
7) Mansurah ( Ikhwah dan Akhawat )
DI ANTARA FAKULTI YANG TERDAPAT DI AL-AZHAR
1) Syariah Dan Undang-undang
2) Usuluddin
3) Pengajian Islam
4) Bahasa Arab
5) Perubatan,Pergigian Dan Farmasi
6) Perdagangan,Pendidikan Dan Pertanian
7) Kejuruteraan
8) Sains dan lain-lain
PENGENALAN KULIAH
1.Kuliah Syariah Dan Undang-undang
Ia tebahagi kepada dua Jabatan iaitu pertamanya
ialah Syariah dan Undang-undang mengambil masa selama 5 tahun dan keduanya
Syariah Islamiah selama 4 tahun.Diantara matapelajaran yang diajarkan ialah
Al-Quran, Fekh Perbandingan Fekh Syafie,Fekh Ayat Ahkam,Fekh Sunnah,Usul
Fekh,Tauhid, Sejarah Perundangan Islam, Nahu dan Saraf, Bahasa Ingggeris,
Undang-undang Kekeluargaan Islam dan Esei.
2.Kuliah Usuluddin.
Ia mempunyai 14 matapelajaran.Dalam tahun 3 ,pengkhususan
akan dibuat sama ada ke jabatan Akidah Falsafah,Hadis atau Tafsir.Antara
matapelajaran yang diajar ialah Al-quran dan tajwid,Dakwah,Tafsir,Ulum
Quran,Hadis,Ulum Hadis,Falsafah,Mantiq,Fekh,Balaghah dan Adab, Nuzum,Milal
Wa Nihal,Tasauf,Bahasa Ingeeris dan Tauhid.
3.Kuliah Bahasa Arab.
Ia mempunyai 14 matapelajaran.Diantaranya ialah
Al-Quran, Nusus, Adab, Nahu Saraf, Balaghah,Fekh,Tauhid,Tafsir,
Undang-undang Kekeluargaan Islam, Bahasa Inggeris dan sebagainya.
4.Kuliah Pengajian Islam.
Ia mempunyai 14 matapelajaran asas daripada semua
kuliah.Diantaranya ialah Al-Quran , tafsir dan Ulum Quran Nahu saraf, Tauhid,
Falsafah, Adab Balaghah, Bahasa Inggeris , Hadis dan Ulum Hadis, Usul fekh,
Fekh dan lain-lain.
Universiti Al-Azhar As-Syarif di Damanhur merupakan
salah satu daripada cawangan-cawangan Universiti Al-Azhar. Universiti Al-Azhar
di Damanhur hanya menyediakan tempat untuk para ikhwah sahaja. Kursus yang
disediakan pula cuma kuliah Syariah Wal Qanun. Kuliah Syariah Wal Qanun
ini terbahagi kepada dua syu'bah. Pertamanya kuliah Syariah Wal Qanun syu'bah
Qanun dan keduanya syu'bah Syariah Islamiah. Kebanyakan Penuntut
Malaysia di sini mengambil syu'bah yang kedua iaitu kuliah Syariah Wal
Qanun syu'bah Syariah Islamiah. Di Damanhur ini terdapat kira-kira 300
orang penuntut dari Malaysia yang terdiri daripada pelbagai negeri.
Renungan bersama..
"salah sangka
manusia
hari inisuka salah sangka
ade sangka baik
ada sangka beruk
org
beribadat di sangka riak
org
rileks di sangka malas
org
pakai baju baru disangka menunjuk
org pakai
baju buruk di sangka zuhud
org makan banyak
di sangka pelahap
org makan
sikit di sangka diet
org
baik disangka buruk
org
buruk disangka mulia
org senyum
disangka mengejek
org
masam disangka sombong
org bermuzakarah
disangka mengumpat
org
diam-2 disangka menyendiri
mane
kite tahu yg diam itu berzikir kpd Allah
yg
senyum itu bersedekah
org
masam mengenagkan dosa
namun
itulah realiti manusia...