PEDOMAN BUAT MUSLIMAH


 Pengajaran dari ayat 28-35 surah Al Ahzab

-Sebab turun ayat adalah kisah isteri-isteri Rasulullah SAW yang meminta nafkah dari Rasulullah SAW yang mana ini menjadikan Rasulullah SAW dalam keadaan sedih.

  Pengajaran pertama(ayat 28-29)

 "Nilaian hakiki bagi Allah"

-Allah telah meletakkan kehidupan akhirat sahajalah satu-satunya perkara yang mempunyai nilai.Yang lain dari itu, dunia, harta, bangunan, jawatan dsb kesemuanya tiada nilaiannya disisi Allah

-Jiwa manusia sememangnya cenderung kepada dunia dan harta benda.Contoh yang jelas ditunjukkan oleh ayat:
 isteri-isteri Rasulullah SAW yang meminta lebihan nafkah daripada Rasulullah SAW<

-Tetapi apabila seseorang lebih mengutamakan akhirat, maka beliau tidak akan menganggap bahawa segala yang berada di dunia sebagai suatu yang bernilai

-Iman kepada akhirat dan keinginan kepada dunia akan sentiasa berlawan.Keinginan kepada dunia  akan bertambah kuat   ketika mana keimanan tadi menurun dan begitulah sebaliknya.Muslimah hendaklah menyedari perkara ini.Sesungguhnya tidak  akan ada dalam hati dua perkara sekaligus.

 Pengajaran kedua(ayat 30-31)

 "Tanggungjawab wanita"

-Wanita disisi Allah sebenarnya mempunyai kedudukan yang sama seperti lelaki di akhirat kelak.

-Mereka bukan seperti makhluk yang tidak mempunyai roh seperti mana fahaman Rom dahulu dan mereka bukan diciptakan  sebagai makhluk perosak sepertimana fahaman Quraiys.

-Sebaliknya mereka membawa tanggungjawab yang sama seperti lelaki.Amal jahat akan dibalas dengan kejahatan dan amal baik akan dibalas dengan kebaikan.Tiada yang membezakan antara lelaki dan perempuan di sudut ini kecuali takwa kepada Allah.

-Ayat tersebut menunjukkan bahawa perbuatan jahat yang dilakukan oleh isteri nabi da perbuatan baiknya ada balasan di sisi Allah.Mereka tidak boleh menumpang tuah Rasulullah dan berdiam diri dari berbuat kebaikan.Sebaliknya mereka akan dihisab berdasarkan apa yang mereka lakukan.

 Pengajaran ketiga(ayat 32)

 "Peranan takwa"

-Allah menerangkan kepada kita kedudukan isteri-isteri Rasulullah SAW yang lebih dari muslimah yang lain.

-Dengan itu, dalam ayat sebelumnya diterangkan bahawa jika mereka melakukan kebaikan atau kejahatan, maka ia akan dibalas dua kali ganda daripada balasan orang-orang lain.

-Tetapi kedudukan ini sebenarnya adalah disebabkan oleh ketakwaan mereka kepada Allah.Kelebihan tersebut tidak disebabkan oleh kerana mereka isteri Rasulullah SAW.

 Pengajaran keempat (ayat 32-33)

 "Sifat dan akhlak seorang muslimah"

-Di dalam tiga ayat ini Allah menerangkan beberapa akhlak yang perlu ada kepada seorang muslimah.

-Akhlak-akhlak ini disyariatkan oleh Allah untuk maslahat dan kebaikan muslimah itu sendiri sebenarnya.

-Ia bukan la satu kongkongan kepada wanita, tetapi sebaliknya adalah satu bentuk kemuliaan yang diberikan kepada mereka.

-Selagi mana akhlak-akhlak ini dipelihara, selagi itulah juga seorang muslimah berada dalam kemuliaan.

PERTAMA: Tidak melunakkan suara kepada lelaki.

-Suara adalah aurat.Tetapi diharuskan bagi perempuan bersuara ketika darurat.Ini jelas apabila kita melihat sirah Rasulullah SAW.Di antaranya yang membuktikan :
 =kisah perempuan yang mengadu masalahnya kepada Rasulullah SAW
 =kisah perempuan yang membangkang Omar RA di dalam masalah mahar.

-walaupun begitu Allah mengetahui bahawa suara perempuan apabila dilunakkan boleh menimbulkan fitnah kepada orang-orang yang hatinya sakit.

-Ayat ini ditujukan khasnya kepada isteri-isteri Rasulullah SAW di zaman yang masyarakatnya adalah para sahabat.Walaupun begitu larangan ini diturunkan juga.Maka bagaimanakah pula halnya dengan zaman ini yang dipenuhi dengan manusia yang hatinya sakit dan zaman yang penuh syahwat?

KEDUA: Topik perbincangan yangbaik dengan lelaki.

-Arahan kedua dalam ayat ini adalah agar seorang muslimah tidak membincangkan topik-topik yang mungkar ketika bersama-sama dengan lelaki khasnya.

-Sebagaimana suara mempunyai kesannya untuk membawa fitnah, maka begitulah juga dengan topik perbincangan

-Tidak sepatutnya ada di antara lelaki dan perempuan gurau senda yang berlebihan, perbincangan yang tidak bertujuan dsb agar ianya tida membuka pintu seterusnya.

KETIGA:Menjadikan rumah sebagai tempat utamanya.

-Lelaki diperintahkan  oleh Allah  untuk mencari rezeki.Manakala wanita adalah orang yang paling sesuai untuk mentarbiah anak-anak.

-Seorang muslimah akan menjadikan rumah sebagai tempat utamanya dan memberikannya keutamaan yang lebih daripada yang lain.

-Tiada halangan bagi seorang wanita untuk bekerja dan keluar.Ianya berlaku di zaman Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan oleh A'isyah:

    "Sesungguhnya muslimah di zaman Rasulullah SAW pergi ke masjid menunaikan solat subuh dan kemudian balik dalam keadaan menutup muka dan tidak seorang pun daripada mereka dikenali"

begitu juga dengan riwayat perempuan pergi ke medan perang sebagai jururawat.

-tetapi itu semua dengan syarat:
 * ia tidak menimbulkan fitnah
 * ia tidak mengabaikan tanggungjawab mentarbiah anak-anak

KEEMPAT: Tidak berhias ketika keluar

-Islam adalah agama yang mengambil berat masalah kecantikan.

-tetapi oleh kerana wanita mempunyai tabiat yang berbeza dengan lelaki, maka seorang wanita dalam masalah menjaga kecantikan juga berbeza dengan lelaki.

-Seorang lelaki dibenarkan berwangian ketika keluar, tetapi tidak bagi seorang wanita.

-Pakaian seorang muslimah adalah pakaian yang menutup aurat, dan aurat wanita adalah seluruh badannya kecuali tapak tangan dan mukanya.Dan pakaian yang dipakai mestilah pakaian yang tidak menunjukkan atau nampak bentuk dan susuk tubuh badannya.

-Muslimah juga tidak dibenarkan 'bergaya' dan 'bersolek' yang boleh menmbulkan fitnah.Ukurannya adalah  'menimbukan fitnah'.

KELIMA: Penjagaan ibadah

-Islam adalah agama yang syamil yang mengandungi segala yang diperlukan oleh manusia.

-Sifat pertama hingga keempat yang disebutkan sebelum ini menceritakan mengenai sifat wanita ketika berada di dalam masyarakatnya.Seorang wanita tidak dikira sempurna begitu sahaja.Sebaliknya di antara yang melengkapkan kewanitaannya adalah ibadah kepada Allah.

-Mengerjakan solat, taat kepada Allah dan rasulnya dan juga taat kepada suami; itulah penyempurna kepada seorang muslimah.

-Dengan ikatan yang kuat dengan dengan Allah inilah, maka seorang wanita yang keluar bergaul dengan masyarakat akan merasakan dirinya :

   * dirinya istimewa daripada orang lain walaupun tidak melakukan  perkara-perkara yang sering dilakukan oleh orang lain spt ikhtilat   berduet, dating dsbnya

   *dirinya layak untuk membawa risalah Allah menyeru manusia lain dan   masyarakat sekeliling kearah itu.

-Tetapi tanpa ibadah san ikatan yang kuat dengan Allah ini, maka tinggallah ia terumbang ambing di dalam masyarakatnya.

MATLAMAT LIMA SIFAT DI ATAS.

-Kelima-lima sifat yang disebut sebelum ini,
 >Tidak melunakkan suara kepada lelaki
 >Topik perbincangan yang baik dengan lelaki
 >Menjadikan rumah sebagai tempat utamanya
 >Tidak berhias ketika keluar
 >Penjagaan ibadah

-Kesemuanya bertujuan untuk menjauhkan seorang musllimah dari segala sifat keji dan menyucikan mereka.

 Pengajaran kelima (ayat 34-35)

-Seterusnya ayat-ayat ini ditutup dengan Allah mengimgatkan kembali muslimah terhadap nikmat-nikmat Allah di akhirat yang akan diperolehi oleh mereka yang tidak memandang dunia dan meletakkan dunia sebagai barang yang bernilai.

-Seterunya di ayat 35 Allah menjanjikan kepada wanita yang:
 1.muslimah
 2.mukminah
 3.qanitah
 4.bersikap jujur
 5.orang yanga sabar
 6.khusyuk dalam ibadah
 7.memberi sedekah
 8.berpuasa
 9.menjaga kemaluannya
 10.mengingati Allah sebanyaknya

  Allah menjanjikan kepada lelaki dan wanita keampunan dan nikmat balasan yang besar.

muhasabah lah kita dimanakah kita berada...................

Berdoalah semoga kita tergolong dalam golongan ini
 


 WALLAHU A'LAM.
 


back

1