PERBEZAAN DEMOKRASI DAN SISTEM SYURA.
Syura dari segi bahasa beerti rundingan,bicara atau timbangan permuafakatan.Manakala dari istilah syara'terdapat banyak pengertiannya diantaranya,syura adalah perbincangan yang dilakukan keatas permasaalahan dunia atau agama dan mencari penyelesaian yang terbaik.Amalan sistem syura ini adalah perintah Allah kepada hambanyauntuk menyelesaikan perselisihan pendapat di antara umat islam Firman Allah di dalam surah As-syura ayat10 yang bermaksud:
'Apa-apa perselisihan antara kamu dalam sesuatu perkara, maka kembalilah hukumnya itu kepada Allah'
Juga firman Allah didalam surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud:
'Jika sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah dan Rasulnya,jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat'
Syura adalah salah satu kaedah penyelesaian
masaalah di dalam islam yang muafakat kearahnya didasarkan kepada usul
syariat Islam.Di zaman Rasullullah baginda sering meminta pandangan sahabatnya
mengenai sesuatu perkara yang berkait dengan kehidupan mereka.
Matlamat syura ialah menentukan hala tuju ketetapan
Am, mengembalikan ummah untuk memikul kesediaan tanggungjawab. Islam sebagai
asasbagi ummah, manakala ummah adalah sebahagian daripada pelaksanaan sistem
syura.Dalam konteks negara Islam, Ahli Majlis Syura mestilahterlantik di
kalangan orang-orang tertentu yang mahir dalam pelbagai bidang dengan di
awasi oleh syura ulamak yang dikenali sebagai Majlis Syura Kerajaan.Bermesuarat
itu adalah kewajipan yang mesti di tunaikan oleh orang-orang beriman dalam
semua perkara dan mencari muslihat dengan dua syarat:
1.Syura itu tidak diharuskan dalam perkara-perkara yang telah menjadi nas
yang telah di putuskan melainkan kerana
membincangkan bagaimanakah untuk melaksanakan nas tersebut.
2.Syura itu tidak diharus sekiranya memberi keputusan yang menyalahi nas-nas
syarak dan terkeluar dari syariat
Islamiah.
Demokrasi adalah satu idelogi ciptaan manusia
yang meletakkan sesuatu hukuman itu berdasarkan logik akal dan mendapat
sokongan yang ramai. Sedangkan syura meletakkan hukuman yang paling tinggi
adalah Allah, nas -nas syara' daripada Alquran dan Sunnah.Demokrasi meletakkan
suara ramai itulah penghukum samaada halal atau haram, samaada menepati
syara' atau tidak.Lantaran itu berlakunya segala bentuk kerosakan dan kefasidan
yang mengakibatkan perselisihan antara manusia yang tidak di cerna dengan
baik.Manusia pula di pengaruhi dengan akal dan nafsu ,jika sekiranya ia
tidak dipandu dan di suluh dengan cahaya nescaya musnahlah segala apa tindakan
yang dibuat.
Sesungguhnya Islam tidak menghalang demokrasi,
dengan syarat demokrasi itu mestilah mengikut landasan yang telah ditetapkan
oleh Islam.Bukan Islam yang mengikut demokrasi.Islam sebagai agama yang
memerintah bukan diperintah.
MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM.
Menurut Al-Mawardi di dalam kitabnya Ahkamul
Sultaniah:
'Pemerintahan Islam itu diletakkan untuk melaksanakan
kewajipan khalifah selepas kenabian dalam perkara memelihara agama dan
mentadbir urusan dunia dengan agama'
Imam Al-Ghazali didalam kitabnya Al-Iktisad
fil Iktiqad menegaskan:
'Agama itu dasarnya dan pemerintah itu pengawasannya'
Menegakkan negara Islam itu adalah wajib.Pemerintahan
Islam itu mestilah meletakkan syariatnya menjadi pegangan kerajaan, perlembagaan
negara dan segala urusan pemerintahan.Mestilah diambil daripada Aqidah
dan syariat Islam.
Telah menyebut AlFaqih Ma'ruf Ibnu Hazim
AlAndalusi:
" para ulama' daripada Ahli Sunnah Waljamaah,AlMurjiah,As syiah,dan Khawarij,bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib,maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada imam yang adil yang menegakkan keatas mereka hukum hakam Allah,yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad SWT"
Fathi Yakan menggariskan sepuluh ciri yang
penting bagi sesebuah pemerintahan Islam yang bertanggungjawab untuk mewujudkan
sistem-sistem dalam kehidupan umat Islam:
1.Sistem pertahanan dalam negeri.2.Sistem perhubungan antarabangsa.
3.Sistem kehakiman yang amali bersumberkan Alquran dan Sunnah.
4.Sistem pertahanan dan ketenteraan yang dapat menggerakkan
rakyat umum dan mempertahankan negara yang telah dibina.5.Sistem ekonomi yang dapat memberi kebebasan terhadap kekayaan harta kekayaan dan individu,
terhindar dari penindasan dan kezaliman.6.Sistem pelajaran dan kebudayaan yang dapat menghapuskan kejahilan
7.Sistem keluarga dan rumahtangga yang dapat membina putera ,puteri dan golongan dewasa
muslim sebagai tunjang masyarakat yang akhirnya membentuk negara yang diredhai Allah.8.Sistem yang dapat mengatur cara hidup individu yang khusus agar dapat mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
9.Menghidupkan roh dan semangat yang dapat menguasai
setiap individu dalam masyarakat baik dari kalangan pemerintah atau rakyat yang bertunjangkan
Alquran dan Sunnah10.Membina individu muslim ,rumahtangga muslim,bangsa muslim dan dan kerajaan Islam.