PERSIAPAN MENYAMBUT BAYI DAN MENJADI IBUBAPA

   UNTUK beberapa pasangan, memiliki anak sudah menjadi sebahagian dari  rancangan
 awal mereka. Banyak yang yakin tujuan hidup akan lebih bermakna dengan
 kehadiran seorang anak. Alasan lain, anak akan memberikan warna baru dalam kehidupan yang membosankan.
Namun begitu, beberapa pasangan lain menolak kehadiran anak pada tahun-tahun awal pernikahan mereka dengan
 berbagai alasan. Ada yang tidak menginginkan perubahan, takut keterikatan, atau
 memiliki pengalaman masa kecil yang buruk. Atau, takut tidak mampu menjadi ibubapa  yang
 baik. Sebenarnya perkara ini boleh dipelajari. Anda mesti
 bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bersemangat untuk meneruskan
 tugas anda sebagai ibubapa. Jangan merasa terlalu gusar.

 KELAHIRAN anak akan mengubah segalanya. Ini yang patut disedari oleh
 pasangan ibubapa muda. Anda mungkin tidak lagi mendapat waktu tidur yang cukup,
 mengalami kepenatan, kekurangan wang, kekurangan waktu rehat, tidak punya
 waktu untuk kerja tambahan, bahkan untuk melakukan hubungan seks. Ketika
 bayi menjadi pusat perhatian, keseimbangan hubungan secara keseluruhan
 harus berubah. Ertinya, jika anda seorang ibu, yang selama sembilan bulan
 terakhir menarik perhatian banyak orang, anda harus rela kehilangan perhatian itu.

 JIKA anda seorang ayah, anda akan mungkin merasa terabai kerana pasangan
 melimpahkan seluruh tenaga, emosi dan usahanya untuk anak. Anda dan
 pasangan akan mempunyai tanggung jawab dan kewajiban yang sama untuk bayi anda.
 Sebagai seorang wanita, anda sekarang mempunyai seorang bayi yang bergantung
 sepenuhnya pada anda. Dan, sebagai seorang ayah, anda mungkin merasa bahawa
 tanggung jawab baru sebagai seorang ayah mendorong anda untuk mengurangi
 kebebasan.

 SEJAK kehadiran anggota baru dalam keluarga, anda mungkin merasa
 terperangkap dalam berbagai tuntutan. Sebagai ibu, anda harus hadir untuk anak anda,
 yang memerlukan makanan, kasih sayang, penggantian pampers, mandi, stimulasi dan
 tidur. Sebagai pasangan, anda mungkin dibanjiri panggilan telefon
 dan kunjungan dari teman dan saudara mara yang menawarkan bantuan dan
 nasihat.
 Namun anda tetap perlu menghabiskan waktu bersama pasangan untuk berbicara,
 berakrab- akraban, dan bersenang-senang. Sukar bagi anda untuk memenuhi  semua
 tuntutan yang berbeza tersebut.

 SETELAH  melahirkan bayi, hampir 30 persen wanita merasa tegang (depression)
 dan rendah diri. Keadaan yang disebut tegang setelah melahirkan ini, sering
 dikaitkan sebagai akibat ketidakseimbangan hormon. Namun, itu cuma omongan
 saja. Kepercayaan diri yang rendah , kekurangan sokongan dari pasangan
 dan teman, kepenatan dan kesepian adalah faktor utama.  Keadaan semacam ini
 membuat anda merasa rapuh dan rendah diri. Jalan keluar terbaik ialah
 bersikap jujur dalam menyatakan keperluan anda -- katakan terus terang apa yang
 membuat semangat anda turun. Sisihkan waktu untuk diri sendiri.
 Berhubungan dengan ibu muda lainnya boleh membuat perasaan anda lebih
 tenang.

 6 CARA PENYESUAIAN

 1. Luahkan perasaan anda secara terbuka. Jangan tutupi perasaan dan fikiran
     anda. Bicarakan pada pasangan dan berilah dorongan satu sama lain untuk
     berbicara dan belajar mendengar.

 2. Berilah masing-masing waktu istirehat. Menjaga bayi seharian penuh tentu
     sangat memenatkan.  Bila pasangan anda sudah kehabisan tenaga dalam
     mengurus anak, suruhlah dia istirehat. Giliran anda mengganti pampers.

 3. Bergabunglah dengan golongan ibubapa lain. Jalinlah hubungan dengan
     ibubapa yang sama-sama baru memiliki anak. Berbagai kesulitan dan kesenangan dengan
     mereka akan meringankan beban anda.  Salah satu cara lain ialah dengan
     menyertai mailing list Keluarga ini, anda boleh berbincang dan
     bertanyakan soalan.

 4. Lakukanlah minat dan hobi anda. Sebelum mempunyai anak, anda tentu punya
     hobi dan minat. Hidupkan kembali hobi dan minat itu. Doronglah pasangan
     anda agar melakukan hal yang sama. Buatlah jadual bergantian untuk menjaga bayi.

 5. Buang perasaan bersalah. Kesalahan atau kekeliruan kecil dalam mengurus
     anak adalah perkara biasa. Jangan bebani diri dengan perasaan bersalah.
     Kata-kata seperti, " Saya seharusnya...." atau " Saya mesti...." hanya akan membuat
     keadaan semakin buruk.

 6. Berusaha, berdoa dan bertawakkal. Menjadi ibubapa adalah satu
     tanggungjawab yang murni walaupun mencabar.
 
 

SELAMAT MENCUBA
 
 


back

 
1