SEJARAH MTI




    Maahad Al Tarbiah Al Islamiah (MTI) bermula dari Kelas Pengajian Islam dan Al-Quran pada 1958.Pada 1959 sebuah jawatankuasa dibentuk dan namaya ditukar kepada Taman Didikan Islam(TDI).Ia di kendalikan oleh Us Hj Abd.Muid bin Tahir(Allahyarham), Us Hj Abd.Samad Ibrahim, Us Hj Salleh b Hj Said dan Us Omar b Osman.Penasihat dan penaungnya ialah Imam surau Senduk iaitu Tuan Hj Said b Hj Salleh.(Allahyarham)

    Pengiktirafan Oleh Jabatan Agama dan Kementerian Pelajaran Persekutuan
Pada 1961 Diatas daya usaha Us Hj Abd Samad Hj Ibrahim TDI telah diiktiraf oleh Jabatan Agama dan Kementerian Pelajaran Persekutuan sebagai sebuah institusi pelajaran peringkat rendah.Ia diiktiraf sempena lawatan Kadi Daerah Taiping Al Fadil Tuan Hj Hassan b Ashaari(Allahyarham) melawat ke TDI.Mudir ketika itu ialah Us Yusuf b hj Nawawi, kemudian diganti dengan Tuan Hj Ahmad b hj Yunus(1961)Tuan Hj Ahmad b HJ Yunus juga dikenali sebagai Tuan Guru Hj Ahmad Sungai Petai. Dengan pengiktirafan tersebut bantuan kewangan diperolehi dari Jabatan Agama dan juga pada 1963 dari Kementerian Pelajaran. Kurikulum TDI telah diselaraskan supaya selaras dengan kurikulum Kementerian Pelajaran.Dengan itu TDI telah memulakan pengambilan pelajar tamat darjah enam ke tingkatan satu. Guru-guru TDI turut mendapat tauliah dari Jabatan AgamaSusunan pentadbiran disusun semula dengan Us Hj Abd.Muid b Tahir sebagai Mudir manakala Us Hj Abd Samad Hj Ibrahim sebagai Guru Besar serta merangkap Setiausaha.

    Sempena lawatan Sultan Idris ketika itu Raja Muda merasmikan jalan dipersekitaran TDI,baginda telah memasukkan pembangunan TDI ke dalam Skim Pembangunan Luar Bandar.1964 Bangunan baru didirikan di atas tapak wakaf(kepunyaan bonda Us Hj Samad Ibrahim(Allahyarhamah).

    Pada 1967 pelajar TDI mula memduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.Kemajuan yang berterusan oleh TDI membolehkan ia diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Persekutuan sebagai Sekolah Menengah Agama Rendah dan mulai 1977
SMTDI dijadikan sebagai pusat peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan juga bagi Sijil Pelajaran Malaysia seterusnya pada 1978 Sijil 4 Thanawi SMTDI diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran.Pada 1978 SMTDI mula mengambil pelajar ke tingkatan enam untuk menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran.

MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH (MTI)

    Pada 1982 nama SMTDI ditukar kepada MTI setelah dipersetujui oleh Jabatan Agama.Jumlah pelajar pada 1988 ialah 1100 dengan jumlah tenaga pengajar seramai 32 orang.Pada 1987 Universiti Islam Madinah dan Universiti Malik Saud di Riyad telah mengiktiraf syahadah 4 thanawi MTI.
 
 



1