PENGENALAN :
|
Sekularisme bermaksud satu fahaman yang menolak dan menafikan pegangan agama. Dari segi istilah bermaksud fahaman yang memisahkan agama dan negara, iaitu pengasingan pentadbiran negara dan urusan keagamaan. Itu adalah takrif ringkas dan padat mengenai teori tersebut. Ianya telah diasaskan oleh seorang intelektual barat iaitu N. Machviavelli pada tahun 1527 yang merupakan pengasas pertama ideologi itu.Setelah itu, barat cuba menakrifkan idelogi tersebut dengan pemakaian ilmiah agar dapat diterima umum hingga mengelirukan umat Islam hingga turut sama menganut fahaman tersebut.
SEJARAH KEMUNCULANNYA
Ideologi
Sekularisme timbul di barat rentetan daripada berlakunya pertembungan di
antara gereja dan pihak pemerintah. Ini adalah disebabkan beberapa faktor,
di antaranya berlakunya percanggahan terhadap keilmuan para agamawan mereka
hingga di pertikai oleh golongan saintis barat setelah mendapati hasil
kajian mereka bercanggah tidak sebagaimana yang ditegaskan oleh agamawan
tersebut.Hingga berlakunya pembunuhan beramai-ramai terhadap para saintis
tersebut.
Di
samping itu juga dengan kewujudan kuasa menghukum dan kuasa pengampun dosa
dari pihak gereja juga Menimbulkan pertikaian dari banyak pihak hingga
membawa kepada lahirnya ideologi tersebut.
WASILAH SEBARAN SEKULARISME
1.PENDIDIKAN 2.PENERANGAN 3.UNDANG-UNDANG
( PENDIDIKAN )
(1) Iaitu dengan penerapan unsur-unsur materialistik
(kebendaan) dan unsur maknawi dalam sistem pendidikan
tersebut yang menyebabkan
ajaran Islam tertekan ajarannya dengan meluas.
i. Materialistek
- Iaitu dengan terbuka luas dan tersebarnya
fikrah-fikrah dan pengajian yang menyalurkan fahaman menolak agama di
serata tempat.
-Diberi pembiayaan dan galakan hingga
dihantar ke negara barat
agar menebal fahaman tersebut.
- Dibantu dari segenap sudut
ii. Maknawi
- Mengangkat martabat keluaran institusi
tersebut dengan 'melecehkan' atau merendahkan lepasan aliran agama.
- Menaikan pangkat dan status kedudukan
mereka di dalam jawatan dan menaikan gaji melebihi lepasan agama.
-Menaikan'gah'golongan lulusan sekularisme
dengan melemahkan serta
memprkecilkan golongan lulusan agama.
Lantaran itu menyebabkan golongan intelektual
sekularisme barat ini lebih di sanjung tinggi dalam masyarakat.Pandangan
para ulama tidak dihiraukan.Buktinya nyata bila ada ulama atau mufti yang
bersuara tegas di pecat.
(2) Lanjutan pengajian luar
Iaitu dengan menghantar ramai pelajar Islam
agar dapat mendalami ideologi tersebut dan menganuti hingga mereka terpenaruh
dengan budaya kesesatan dan fanatik dengan ala kemajuan dan prinsip barat
tersebut.
(3) Perubahan Manhaj
Iaitu dengan mengubahsuai dan menyerapkan
manhaj baru dalam sistem pengajian Islam diatas alasan kemajuan dan kemudahan
ilmu. Hal ini telah berlaku Al-Azhar sendiri yang dilakukan oleh Lord Cromer
Residen British diatas alasan memajukan AlAzhar agar tidak memberikan tumpuan
agama, semata-mata, tetapi juga ada Fakulti Perubatan,Kejuruteraan dan
sebagainya.
Pada logiknya, memang menguntungkan dan
memajukan Al-Azhar dan nampak kehebatannya .Tetapi pada hakikatnya kehebatan
AlAzhar bukan pada bidang-bidang tersebut. Ini menyebabkan majoriti pelajarlebih
tertumpu pada bidang tersebut dan mengetepikan bidang keilmuan sebenar
yang di perkembangkan oleh Al-Azhar iaitu ilmu turath Islam.Akhirnya jurusan
tersebut lebih diutamakan hingga jikalau kita membuat perbandingan kemudahan
yang terdapat di fakulti perubatan dan kejuruteraan itu lebih banyak di
sediakan daripada kemudahan yang disediakan dalam bidang keagamaan.Namun
demikian,kita meyakini para ulama AlAzhar setiasa menyedari hakikat tersebut
dan akan sentiasa membuat perubahan dan dan memelihara kesucian ilmu Islam.
(4) Tersebarnya Institusi Tajaan Sekular
Tesebar luasnya Institusi Pengajian Sekular
di negara-negara umat Islam telah memesogkan lagi Aqidah umat Islam dan
merendahkan ketinggian bahasa Arab dengan mengutamakan bahasa Inggeris
sehingga menyebabkan para pelajar lebih kagum dengan bahasa Inggeris daripada
bahasa Arabyang merupakan bahas Alquran itu sendiri.
(5) Pergaulan Bebas DiDalam Pengajian
Percampuran lelaki perempuan dengan alasan
membawa kemajuan padahal lebih membawa padah dengan merangsangkan lagi
nafsu perhambaannya dengan gejala sosial yang kian parah itu.
( PENERANGAN )
Melalui saluran media massa yang digunakan untuk menghasut rakyat dan masyarakat dengan alasan mengejar kemodenan dan tamadun.Lalu diserapkan unsur-unsur gejala gejala sosial yang bercanggah dengan fitrah rohani dan ajaran Islam didalam tv,radio,akhbar,majalah, mediamassa dan sebagainya. Hasil dari itu telah merosakkan akhlak remaja dan masyarakat tersebut.
(DARI SEGI UNDANG-UNDANG)
Sekularisme telah diterjemahkan di dalam undang-undang
negara yang berlaku sejak zaman pemerintahan Uthmaniah lagi,yang telah
diubah satu persatu undang-undang Islam tersebut dan akhirnya menjadi undang-undang
sekular mutlak.Adapun negara-negara yang dijajah barat maka secara total
perlembagaannya adalah perlembagaan sekular barat.Di samping itu,mereka
telah menghapuskan title khilafah Islamiah di negara -negara unat Islam
kepada nama republik atau Kingdom dan seumpamanya hingga tidak wujud lagi
ciri-ciri lambang daulah Islamiah yang sebenarnya.
RUJUKAN : Pendiriaan Islam Tehadap
Aliran Pemikirin Dan Aliran Semasa.
KARYA : Prof.Dr. Abdussalam Khidir,pensyarah
Aqidah Dan Falsafah.