Kelebihan solat berjamaah dari sudut pandangan seorang bukan Islam.
Marilah kita bersama-sama renungkan pengajaran daripada cerita ini dan
menyingkap
sedikit ke dalam diri kita tentang sejauh mana kita cuba menuruti
perintah agama dalam mencari kelebihan dalam setiap amalan kita,
terutamanya solat(berjamaah).Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah
universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang
mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan
solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam.Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada
dua
cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan
hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau
berehat,
kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku
pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan
ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini
menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai
menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan
normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan
aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di
minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke
peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat
lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat,
Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai
seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang
berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan
mengaitkannya dengan aktiviti-aktiviti harian kita yang memerlukan
pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat
berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan
kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan
supaya
meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan
tumit
bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah
lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas
yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang
berlawanan
dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan
cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh
cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini
berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun
dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat
selama
beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita
mengandungi
cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita
mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit
pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu
mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus,
membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan
kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan
pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan
peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor
(berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada
pemulihan cas-cas tadi.Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga
mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita
kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan
ini
berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.
Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada
kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak
menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu
lama.
Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan.
Seterusnya
kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib
(berjamaah),
banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana
kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas
ini
berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat
Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak
melakukan
banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan
cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan,
terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia
kita
maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada
awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk
menunaikan
solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malam amalan
solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para
sahabat-sahabat
baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan
kelebihan
solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangkan di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa,
solat Isya (berjamaah)
sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan
pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu
sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam
menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah
satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala
mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam
itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang
ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau.
Pada waktu inilah,
beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama
Islam. Subahanallah."Maha suci Engkau ya Allah, sesungguhnya tidak Engkau jadikan sesuatu
itu sia-sia, maka peliharalah aku dari azab neraka",
maksud firman Allah dalam surah Ali Imran.Walahu'alam.