ASSALAM MU'ALAIKUM WRTH! DAN SELAMAT SEJAHTERA

            AL - QURAN : TEMAN DI DALAM KUBUR

  Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda
  yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
  akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al -
  Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya"

  Melalui hadis di atas
  kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana
  syafaatnya akan diterima Allah.
  Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa
  "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara
  pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian
  kepalanya.Apabila mayat itu dikafankan,orang itu akan datang mendiami antara dadanya
  dan kain kafan itu.  Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan
  pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba
  untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat
  pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang
  gangguan.Tetapi orang yang kacak itu
  akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
  berseorangan walau dalam keadaan apa sekali  pun.
  Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
  meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
 Selepas itu dia  berpaling ke arah mayat
  sahabatnya dan berkata :
             "Akulah Al- Quran yang mana engkau telah  membacanya kadang kala dengan
              suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat""Janganlah engkau
              bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa
             dukacita lagi"Bila pertanyaan selesai, orang  yang kacak itu akan
              mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan
              kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga,
 "Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu
  adalah kita.Kita tahu tentang tingginya syafaat
  Al - Quran tetapi dengan
  mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
  mendekati dan merebut syafaat itu
  kita adalah orang - orang yang rugi.
  Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.
  Ajal dan maut adalah
  ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita
  tidak akan mampu
  memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun
  untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang
  akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan
  kita sewaktu di
 dunia.Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi
  syafaat terulung dan janji
 Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran
 dan jadikalah ia teman di
 dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga
 Allah swt memberikan kita
 restu dan hidayahnya.....AMIN!!!
 
 



back



 
 

1