Pusat Rawatan Islam |
||
Muka
Depan Pengenalan Rawatan Yang Disediakan Bagaimana untuk mendapat rawatan ini? Bayaran Perubatan
|
Kaedah Rawatan Kaedah rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-ikhtiar ini menggunakan kalimah-kalimah tauhid dan ayat-ayat Al-Quran yang mana seperti kita sedia maklum ia memang merupakan penyembuh. Kebanyakan dari jenis penyakit yang dirawat di Pusat Rawatan Islam Al-ikhtiar melibat penyakit yang ada kaitan kaitan dengan ganguan makluk halus, jin dan syaitan, santau, sihir dan sebagainya, kaedah rawatan terlebih dahulu dimulakan dengan membuang unsur-unsur ganguan ini. Seterusnya kaedah pemulihan dijalankan. Disebabkan setiap dari jenis penyakit ini berlainan bentuknya dan berbeza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain maka kaedah rawatan jugak berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Walau bagaimana pun kaedah asasnya adalah berpandukan Al-Quran dan menggunakan kalimat-kalimat tauhid. Sekiranya anda tidak pasti sama ada jenis penyakit yang anda hidapi itu dapat diubati di Pusat Rawatan Islam Al-ikhtiar ini, sila email kepada kami untuk membuat temujanji dan menjalani pemeriksaan yang akan dijalakan sendiri oleh pengasas. Anda dialu-alukan untuk mencuba.
|
|
Untuk Pertanyaan Dan Temujanji Sila Email Ke ikhtiar@tm.net.my |