Model Essays


  Contoh Karangan
  Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan memungut suara daripada orang ramai
  sama ada semua guru harus diberi kuasa untuk merotan pelajar atau tidak.

  Pada pendapat anda, patutkah hukuman merotan diperkenalkan semula di
  sekolah?

              Masa kebelakangan ini, disiplin di sekolah semakin merosot.  Salah satu faktornya ialah para pelajar tidak takut dan tidak hormat kepada guru-guru mereka.  Oleh itu, saya bersetuju bahawa hukuman merotan patut diperkenalkan semula di sekolah atas sebab-sebab yang berikut. 
              Apabila seseorang pelajar melakukan kesalahan yang serius di dalam bilik darjah, dia akan dirotan oleh guru di hadapan kawan-kawannya. Dia akan berasa malu  dan tidak akan mengulang kesalahan yang sama  supaya tidak menjatuhkan maruahnya lagi.
 
            Perbuatan merotan pelajar yang bersalah secara tidak langsung akan memberikan amaran kepada pelajar-pelajar yang lain agar  tidak mencontohi pelajar tadi. Rasa takut dirotan ini akan menyebabkan pelajar-pelajar tidak melakukan kesalahan atau menimbulkan masalah di sekolah.  Dengan kata-kata lain, disiplin sekolah akan diperbaik  jika hukuman merotan diperkenalkan semula di sekolah.

             
Dengan wujudnya hukuman merotan di sekolah, para pelajar akan lebih menghormati guru kerana takut dirotan.  Sebagai akibatnya, suasana di bilik darjah menjadi lebih sunyi dan bebas  daripada gangguan pelajar- pelajar yang bermasalah. Keadaan ini memanfaatkan pelajar kerana guru-guru mereka dapat mengajar dengan lebih berkesan.

              Apabila amalan sentiasa berkelakuan baik sudah wujud di sekolah, semua kegiatan akademik dan kokurikulum dapat dijalankan dengan lancar. Prestasi pelajar juga akan meningkat dan masa depan mereka terjamin dengan adanya keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam.

                Walau bagaimanapun, para guru tidak seharusnya menyalahgunakan kuasa merotan ini untuk menghukum pelajar sesuka hati atau hanya untuk melepaskan geram sahaja.

________________________________________________________________________

Malay Grammar | PMR Test PaperCommon Errors | Home

1