Laman web rasmi Sejak 17 Nov.1998

Hakcipta Terpelihara
Webmaster SMKJ


 


BULETIN

KEPERLUAN PENINGKATAN
PROFESIONALISME DI KALANGAN GURU-GURU

Oleh : Puan Norhunaini Tahir

PENDAHULUAN

Guru perlu meningkatkan profesionalisme demi mengekalkan rnartabat mereka sendiri. Pihak Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Banyak pihak yang menyedari bahawa guru memainkan peranan utama dalam melahirkan generasi yang akan merealisasikan Wawasan 2020. Untuk melaksanakan peranan ini sudah tentu guru-guru perlu didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan khususnya dalam profesionalisme mereka. Guru-guru perlu memperlengkapkan diri dengan ilrnu pengetahuan sejajar dengan pelbagai perubahan dalam bidang pendidikan, terminologi baru, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini, penggunaan komputer dalam pendidikan dan pelbagai Iagi.

Menurut Warnoh (1998), penglibatan guru dalam program-program perkembangan profesionalisme perguruan adalah penting supaya mereka dapat mengetahui perkembangan dalam pendidikan, strategi-strategi pengaiaran dan pembelajaran serta menyedari keperluan-keperluan pendidikan masa kini. Santhi (1998), menyatakan bahawa guru-guru perlu mengikuti kursus-kursus perkembangan ikhtisas supaya dapat mempertingkatkan kemahiran dan mengemas kini pengetahuan selaras dengan keperluan semasa.

Menurut Shulman (1987) aspek-aspek yang perlu diketahui oleh guru profesional ialah:

A pengetahuan tentang isi kandungan sesuatu mata pelajaran, pengetahuan tentang 

pedagogi asas iaitu prinsip dan strategi tentang pengurusan bilik darjah darjah merentasi 

semua mata pelajaran. Ia merupakan aspek yang penting.

B. Pengetahuan tentang kurikulum iaitu sukatan pelajaran, buku teks, bahan bantu mengajar.

C. Gabungan pengetahuan tentang isi kandungan sesuatu subjek dengan pedagogi asas merupakan satu kefahaman yang profesional.

D. Pengetahuan tentang konteks pendidikan seperti bekerja dalam kumpulan, hal-hal pentadblran sekolah serta juga pengetahuan tentang budaya sekolah.

E. Pengetahuan tentang tujuan, nilai, falsafah dan sejarah pendidikan.

Semua pengetahuan ini adalah perlu kepada guru dalam usaha mereka untuk meningkatkan Iagi kemahiran dan profesionalisme mereka. Walau bagaimanapun pengetahuan ini meliputi satu bidang yang luas, dan oleh itu guru-guru perlu mengenal pasti apakah keperluan mereka yang sebenar. Menurut Mahadavan (1990), program dan latihan perkembangan profesionalisme mesti mengambil perhatian keperluan dan proriti guru-guru.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ringkas ini dijalankan secara tinjauan. Sernua maklumat dalam rencana ini dihurai berdasarkan bahagian dua soal selidik khas. Bahagian dua ini mengandungi item keperluan pendidikan lanjutan, kaedah pendidikan lanjutan yang ingin disertai dan sikap guru terhadap program peningkatan profesionalisme. Sampel kajian terdiri daripada 38 orang guru Sekolah Menengah Kehangsaan Jelai (F) yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia, guru tugas-tugas khas dan guru biasa yang dipilih secara rawak.

Keperluan Pendidikan Lanjutan

Keperluan pendidikan lanjutan telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:­

1. Keperluan tentang kandungan mata pelajaran yang diajar.

2. Keperluan tentang pengetahuan tugas-tugas khas.

3. Keperluan tentang kemahiran proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Responden dikehendaki memberi wajaran 4 jika sekiranya keperluan itu sangat tinggi, wajaran 3 sekiranya keperluan itu tinggi, wajaran 2 untuk keperluan yang rendah (up­-dated sahaja) dan wajaran 1 sekiranya tidak perlu langsung.

1. Keperluan tentang kandungan mata pelajaran yang diajar.

Tinjauan ini mendapati bahawa guru-guru yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun 35.7% menyatakan sangat tinggi , 6% menyatakan tinggi dan 10.7% menyatakan rendah. Bagi guru-guru yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun, 14.2% rnenyatakan sangat tinggi, 52.1 % menyatakan tinggi dan 28.5% meberikan wajaran rendah. Ia menjelaskan bahawa guru-guru yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun Iebih memerlukan latihan tentang kandungan mata pelajaran.

2. Keperluan pengetahuan tentang tugas-tugas khas.

Ia meliputi pengetahuan tentang bimbingan dan kaunseling, psikologi pendidikan, sosiologi pendidikan, pedagogi, teknologi pendidikan, kurikulum., penilaian pendidikan, pentadbiran pendidikan, pendidikan khas dan komputer dalam pendidikan. Bagi guru-­guru yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun, 20.0% memberikan wajaran sangat tinggi. 60 % memberikan wajaran tinggi dan 20.0% lagi memberikan wajaran rendah. Bagi guru-guru yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun,12.5 % memberikan wajaran sangat tinggi. 62.5% memberikan wajaran 3 dan 25.0% memberikan waaran rendah atau 2. Ini menunjukkan bahawa guru-guru yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun memerlukan pengetahuan tentang tugas-tugas khas di sekolah.

3. Keperluan tentang kemahiran proses pengajaran dan pendidikan dalam bilik darjah.

Bahagian ini meliputi aspek perancangan mengajar, rnereka bentuk BBM, menggunakan

pelbagai BBM, pemilihan kandungan mata pelajaran, pengurusan dan pengawalan kelas, penilaian pelajar, penerapan nilai-nilai murni, menangani masalah disiplin, mengenali perbezaan individu, perancangan dan perlaksanaan kerja-kerja pemulihan dan permilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Bagi guru-guru yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun 17.9% rnemilih wajaran sangat tinggi. 35.7% memilih wajaran 3 dan 46.4 % memiih wajaran rendah. Bagi guru-guru yang berkhidmat lebih 10 tahun, 12.5% memberi wajaran sangat tinggi, 37.5% memberikan wajaran tinggi dan 50% memberikan wajaran rendah. Wajaran-wajaran yang diberi untuk keperluan ini adalah rendah bagi guru-guru tidak mengira berapa lama ía telah berkhidmat. Hasil tinjauan ini menunjukkan bahawa guru~guru sedar tentang kepentingan peningkatan profesionalisme. Sebagaimana dapatan Shanthi (1993) bahawa guru-guru menunjukkan mereka sedar, peka dan prihatin dengan perkembangan mutakhir. Petersen (1992), pula berpendapat bahawa sesebuah organisasi menjadi cemerlang disebabkan oleh sumber manusia di dalam organisasi tersebut yang sentiasa meningkat profesionalisme mereka. Ahmad Atory Hussain (1996) juga menyatakan latihan sehagai satu pendekatan yang mampu melengkapkan para pekerja dengan kemahiran pengetahuan dan sikap positif untuk meningkatkan Iagi keupayaan menghasilkan kerja.

Mahadavan (1990) pula berpendapat bahawa program dan isi kandungan latihan perkembangan profesionalisme mesti mengambil perhatian keperluan dan prioriti guru-guru. Ini jelas kerana hasil tinjauan mendapati perbezaan daripada segi keperluan guru-guru muda dengan guru berpengalaman. Guru-guru yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun lebih mengutamakan kursus peningkatan tentang isi kandungan mata pelajaran yang diajar. Garmston (1991) juga herpendapat bahawa latihan dalam perkhidmatan perlu berpusatkan kepada pembaharuan, menekankan keperluan dan berterusan.

Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian ialah rintangan dalarn bentuk beban tugas di sekolah banyak merupakan rintangan yang paling kuat untuk guru-guru melanjutkan pelajaran. Menurut Mogana (1996) ada guru-guru yang tidak mahu mengikuti kursus kerana menganggap ia akan menambahkan beban tugas di sekolah yang sedia ada. Mereka juga dikatakan tidak sanggup menanggung sendiri sebarang program pendidikan lanjutan.

CADANGAN PELAKSANAAN

Berdasarkan daripada perbincangan tadi adalah dicadangkan supaya pihak Pengetua dan Pentadbiran sekolah mengkaji sejauh mana keberkesanan program-program peningkatan profesionalisme peringkat dalaman yang telah dijalankan . Adakah program-program itu mencukupi atau memenuhi keperluan guru-guru atau sebaliknya. Seterusnya pihak pengurusan perlu merancang dan melaksanakan program-program yang lebih menepati keperluan majoriti guru-guru supaya program itu dapat dilaksanakan dengan lebih bermakna. Di samping itu, perlu juga menyemak senarai tugas guru-guru dan memastikan mereka tidak menanggung beban tugas yang terlalu banyak hingga menjejaskan keinginan mereka melanjutkan pelajaran.

 

 

1