..::
Visi Sekolah
::..
>>
SMK Jelai (Felda) akan menjadi sekolah cemerlang, gemilang dan
terbilang
menjelang 2010 <<
..::
Misi Sekolah ::..
Menjadikan
SMK Jelai (F) sekolah cemerlang berteraskan Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) bagi melahirkan pelajar-pelajar berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, dan berdaya saing dalam menghadapi
era globalisasi dan perubahan-perubahan semasa sesuai dengan
tuntutan agama dan budaya. Akhirnya, SMK Jelai (F) muncul sebagai
sekolah yang berjaya dan dihormati.
Warga SMK Jelai (F) beriltizam :
>> Menghayati
kecemerlangan akademik melalul pencapaian PMR 9A dan
SPM 9A;
>> Menghayati kecemerlangan sahsiah melalui amalan sopan santun,
budi pekerti dan akhlak yang mulia serta
penampilan diri yang
anggun;
>> Menghayati kecemerlangan ilmu melalui ketrampilan dan bakat
kepimpinan serta ketaatan kepada agama, bangsa dan negara;
>> Menghayati kecemerlangan potensi individu melalui pengolahan
bakat secara optimum dalam apa jua bidang sama ada akademik
atau kokurikulum, dan
>> Mewujudkan budaya kerja cemerlang serta memastikan suasana dan persekitaran
sekolah sentiasa ceria, berslh, harmoni, selamat dan kondusif.
Warga
SMK Jelai (F) akan bekerjasama untuk melaksanakan tanggungjawab
dan sentiasa menyumbang dalam bentuk tenaga, kepakaran dan
kewangan mengikut potensi dan kemampuan diri setiap individu
demi merealisasikan
misi ini.
..::
Motto Sekolah ::..
>>
Ilmu, Amal, Budi <<
..::
Falsafah Sekolah ::..
>> Bersama Menjana Kecemerlangan <<
..::
Kod Etika Sekolah ::..
Kami guru-guru dan kakitangan SMKJ (F)
berikrar untuk sedaya upaya mematuhi etika kerja seperti berikut:
>> Mengutamakan matlamat SMKJF dan memastikan matlamat itu tercapai;
>> Taat setia kepada SMKJF dan memberi keutamaan mendokong
aspirasi organisasi;
>> Sedia menerima tanggungjawab yang diamanahkan dan melaksanakan
dengan sebaik mungkin;
>> Bertindak dengan berkesan menggunakan segala kemudahan yang
ada secara amanah, berjimat cermat dan berhemah;
>> Bersopan santun dan beradab ketika berinteraksi dengan ketua,
rakan sejawat, kakitangan sekolah, pelajar dan tetamu pada setiap
masa;
>> Bertindak secara bekerjasama, sokong menyokong, bersikap
profesional dan bertolak ansur;
>> Memupuk pemuafakatan dan semangat kekitaan tanpa mengira
kaum, pengalaman dan kepakaran, dan;
>> Semasa menjalankan tugas, akan memastikan hasil kerja dan
sumbangan yang diberi bermutu tinggi.