lipatanb.jpg (24322 bytes)

Sekolah Melayu Tanjong Gemok yang mengguna- kan bangunan Pejabat Kinjogomi ini dari setahun ke setahun bertambah uzur. Selepas empat tahun digunakan untuk dijadikan sekolah, tiang-tiangnya telah putus di permukaan tanah.Untuk mengelak- kannya dari terus roboh, maka pihak sekolah telah mengambil daya inisiatif dengan menggunakan tenaga murid telah memungut nibong kelong hanyut di Tanjong Pahang(Kuala Sungai Endau) lalu memikulnya ke sekolah. Nibong-nibong ini dijadikan pengapit tiang. Atas usaha itu bangunan sekolah dapat diselamatkan dari roboh.

Pada tahun 1950, Allahyarham Encik Abdul Rahman Bin Talib (Bekas Menteri Pelajaran Malaysia Kedua) yang merupakan pada ketika itu adalah Nazir Sekolah-Sekolah Melayu Pahang, telah mengambil dayausaha memohon ihsan pihak Polis H.M.S. membenarkan bangunan Rumah Pasung dan berek Polis di Tanjong Anak Endau dijadikan bangunan Sekolah Melayu Tanjong Gemok. Dan permohonan itu berjaya.

Setelah mendapat kelulusan dari F.M.S, maka penduduk-penduduk setempat merobohkan bangunan Rumah Pasung dan berek-berek Polis Tanjong Anak Endau.Segala perkakas yang masih boleh digunakan diangkut ke tapak bangunan sekolah sementara.

Hasil dari itu maka bangunan sekolah (Blok A) yang pertama telah didirikan berasaskan kayu pada tahun 1980 dan masih teguh serta dibaik pulih dari masa kesemasa hingga kesekarang ini.

Pada tahun 1982 pihak sekolah telah mendapat dua blok (Blok B dan Blok C) bangunan baru beserta satu unit rumah guru (Guru Besar) yang dibina di dalam kawasan sekolah, manakala Kuaters Guru (bangunan dua tingkat enam pintu) yang terletak agak berjauhan sedikit memandangkan tapak sekolah amat terhad pada ketika itu.Pada ketika ini Kuaters Guru dihuni oleh guru-guru dari tiga buah sekolah yang berhampiran.

Menyusul kemudian pada tahun 1996, penambahan bangunan (Blok D) telah siap dan dapat digunakan untuk menampung kepesatan murid yang ada.Dan pada masa sekarang kekurangan kelas masih dirasai.

waj.gif (3154 bytes)

bloka.jpg (10842 bytes)

Bangunan Blok A
Bangunan di tapak bekas
Kuartes Rumah Pasung.
Mula dibina pada 1940-an.

blokb.jpg (9784 bytes)

Bangunan Blok B
Mula dibina dan digunakan
pada tahun 1982.

blokc.jpg (9100 bytes)

Bangunan Blok C
Mula dibina dan digunakan
pada tahun 1982.

blokd.jpg (11096 bytes)

Bangunan Blok D
Mula dibina dan digunakan
pada tahun 1996.

........kembali ke muka sebelum.


b41.gif (1661 bytes)

b39.gif (1686 bytes)

b37.gif (1659 bytes)

 

Lihat Muka [ 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 ]

1