|
||
Negara kita sedang menuju ke arah siber. Masyarakat kini benar-benar mengetahui kepentingan maklumat dan ingin mencari maklumat atau ilmu dari maklumat tersebut. Perubahan-perubahan juga telah berlaku dalam cara memperolehi maklumat. Kerajaan kita berinisiatif untuk memastikan setiap rakyatnya benar-benar terlibat dalam teknologi maklumat. Buktinya, kerajaan telah mewujudkan koridoraya multimedia (MSC). Inilah salah satu usaha mendekatkan negara dengan negara luar dan membawa semua rakyatnya ke arah era siber. Laman Web SMK Sri Muar diharapkan sebagai satu langkah promosi memperkenalkan sekolah ini di samping berfungsi sebagai pemberitahuan atau rujukan kepada semua yang berkenaan seperti bekas pelajar, ibu bapa serta warga pendidik keseluruhan dan pengguna internet di seluruh dunia. Diharapkan dengan ini segala urusan tidak perlu lagi menggunakan kaedah konvensional yang lambat dan menyulitkan. Kepada warga Sri Muar, cabaran alaf akan datang tentu sekali akan lebih hebat. Keadaan senario yang mempengaruhi dunia pendidik alaf baru menuntut kita melipatgandakan usaha, memperkembangkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang releven dengan perubahan. Kita harus mempersiapkan diri dan minda untuk menerima perubahan-perubahan besar dan meneroka bidang teknologi yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran. Lam web ini dapat menyediakan kita menjadi lebih berani dalam menghadapi cabaran generasi dan revolusi teknologi maklumat pada alaf yang akan datang seiring dengan matlamat wawasan 2020. |