Sekolah-sekolah yang terpilih ialah:
Dengan itu pada 21hb. Mac, 1994, sepuluh orang guru kanan Bahasa Inggeris daripada sekolah-sekolah yang terpilih telah diberikan pendedahan awal berkenaan dengan Projek PAK di Ming Court Hotel, Port Dickson selama seminggu. . Selain daripada pendedahan perisian Projek PAK, guru-guru tersebut berbengkel untuk membuat bahan pembelajaran akses kendiri (PAK). Sekembalinya mereka ke sekolah masing-masing, mereka telah mengadakan pendedahan dan latihan dalaman Projek PAK kepada Guru Besar dan semua guru, khasnya guru Bahasa Inggeris di sekolah mereka. . Pada 2hb. Oktober, 1994 sekali lagi kursus berkenaan dengan Latihan Pelajar dan Persediaan Pusat PAK telah diadakan di Port Dickson sekalilagi. Kursus Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dan Bengkel Pengluaran Bahan PAK berunsrukan KBKK telah diadakan seminggu bermula pada 13hb. Mac, 1995. . Untuk menjayakan Projek PAK di Daerah Muar, kami telah membentukkan satu Jawatankuasa Projek PAK pada tahun 1995. Jawatankuasa Projek PAK adalah seperti berikut:
Dengan pembentukan Jawatankuasa Projek ini, mesyuarat AJK telah diadakan sekerap sebulan setengah sekali. Ini adalah untuk melincinkan persediaan dan perlaksanaan Projek PAK di sekolah-sekolah yang terlibat. Di mesyuarat ini, segala malasalah dan kejayaan telah dibentang, diatasi dan dikongsi bersama. . Lazimnya, selepas mesyuarat, AJK akan duduk berbincang dan mencari jalan untuk mengatur strategi untuk mengatasi masalah. Di sini juga mereka sama-sama menulis bahan PAK untuk diperbanyakkan dan dibahagi-bahagikan kepada 10 buah sekolah berkenaan. Seorang ahli akan menghasilkan sebanyak 5 buah bahan PAK. Tajuk dan jenis latihan kemahiran ditetapkan terlebih awal. Dengan cara sedemikian, satu jaringan telah terwujud untuk meringan dan mengekalkan mutu pruduk. AJK Projek juga tidak terasa diri mereka terbeban sangat dengan kerja-kerja persiapan yang lain. . Masalah yang sering dihadapi oleh guru semasa membentuk dan melaksanakan Pusat PAK di sekolah masing-masing ialah peruntukan kewangan, ruang untuk aktiviti PAK dan masa selain daripada minat dan keutamaan Guru Besar sekolah mereka. . Projek PAK telah dilaksanakan di seluruh negeri Johor mulai awal tahun 1996. Majlis pelancaran peringkat negeri telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik M. Zin bin Sham, Pengarah Pendidikan Johor, pada 25 Jun 1966, bertempat di SK Parit Zin, Bakri Muar. . Kami berasa bersyukur kerana telah dapat mengatasai segala rintangan dan masalah pada peringkat penyediaan dan dengan wujudnya kerjasama penuh daripada pihak Pusat Perkembangan Kurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar, guru dan kakitangan sekolah, maka projek ini telah membawa rahmat sampingan kepada kami semua. Dengan cara tidak langsung, kami telah merasakan diri kami lebih berupaya dan bersedia menghadapi apajua masalah dan juga terjalinnya satu hubungan silatulrahim yang erat baik dengan pihak atasan mahupun di antara guru sama guru. Guru PAK juga dengan tidak langsung telah mengenali anak murid mereka dengan lebih mendalam lagi. . . |