APA ITU KAEDAH HIDROPONIK? |
ialah satu kaedah menanam tumbuhan (sayuran,bunga
dll.) yang tidak memerlukan tanah.
Hidroponik
berasal daripada perkataan GREEK bermaksud
air yang bekerja.
Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan
sejak kurun ke 16 Masihi.
Taman Tergantung Babylon (The Hanging Garden
of Babylon) dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah
penanaman tanaman.
Pada tahun 1937, W.F.Gericke dari Pusat Penyelidikan
Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini
ssecara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan
diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan
komersil.
Dalam kaedah hidroponik ini,
keseluruhan keperluan nutrien diberikan kepada
akar tanaman dalam bentuk larutan.
Pokok sebenarnya boleh hidup tanpa tanah.
Pokok tidak menyerap tanah sebagai makanan tetapi mengambil zat makanan/nutrien
yang tersembunyi dalam tanah.
Hidroponik
sebenarnya bertujuan untuk membolehkan zat-zat
makanan atau nutrien yang diperlukan oleh tanaman diambil terus melalui
larutan nutrien yang tersedia.
Hidroponik
merupakan kaedah/teknik pengeluaran sayur-sayuran
moden yang dianggap baru di Malaysia. Akibat kegawatan ekonomi yang melanda
negara sejak pertengahan tahun 1997, berbagai kempen telah dijalankan oleh
kerajaan agar rakyat menanam sayuran bagi menampung keperluan harian serta
menjimatkan perbelanjaan dapur.
Kaedah yang mudah dan berkesan yang disyorkan
ialah kaedah Hidroponik.
Di Malaysia, pengeluaran hasil hidroponik
secara komersil masih diperingkat kecil kecilan. Belum ada lagi pengeluar
yang besar yang menguasai pasaran atau industri hidroponik setakat ini.
Produk hidroponik masih kurang atau tiada langsung di pasaran di beberapa
tempat setakat ini.
Hasil keluaran hidroponik sebenarnya dijamin
bebas daripada sisa racun kulat atau serangga. Ianya selamat dan menjadi
pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan.
Perkara asas yang diperlukan untuk kaedah
hidroponik merangkumi :
1. Takung Hidroponik
2. Penutup Takung (Polystyreen)
3. Cawan penyukat baja
4. Bakul media
5. Media (benang dsb)
6. Benih
7. Baja
8. Air
Semua ini dijelaskan dengan terperinci di
laman petua
hidroponik
APAKAH KEBAIKAN KAEDAH HIDROPONIK? |
-
Kaedah ini sangat praktikal serta mudah dijalankan.
Ia tidak memerlukan tanah walau sedikit pun. Penanaman tumbuhan seperti
sayuran serta bungaan boleh dilakukan di kawasan yang tanahnya tidak sesuai
untuk tanaman atau kawasan yang tidak mempunyai tanah langsung( contoh:
rumah pangsa / pangsapuri)
-
Kawasan tidak menjadi masalah utama kerana
kaedah ini hanya memerlukan perancangan serta penyusunan bekas takungan
yang sistematik.
-
Penjagaan tanaman bagi kaedah ini sangat minima
tanpa memerlukan pekerja yang ramai walaupun di komersilkan.
-
Nutrien dapat dikitar semula - menjimatkan penggunaan
baja.
-
Kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.
-
Tiada masalah rumput di atas batas tanaman.
-
Penggunaan air dapat dijimatkan.
-
Hasil keluaran kaedah ini bermutu tinggi melalui
kawalan baja yang sistematik.
-
Serangga / makhluk perosak / penyakit sangat senang
dikawal dan dielakkan tanpa menggunakan racun yang berbahaya.
-
Tiada racun digunakan, oleh itu pengguna tak perlu
bimbang tentang keracunan makanan .
-
Kalau dikomersilkan, kaedah ini memberi pulangan
yang sangat lumayan kerana peningkatan penggunaan serta penerimaan ramai
terhadap hasil yang bermutu ini.
-
Penanaman boleh dilakukan pada bila bila masa
tanpa mengira musim.
-
Masa menanam yang pendek ( 3 minggu sehingga 6
minggu) - lebih pusingan tanaman dalam setahun.
-
Hasil tanaman adalah dianggap "Value for Money"-
sedikit modal dengan keuntungan yang berganda kerana alatan boleh digunakan
untuk jangka panjang.
-
Kemahiran serta pengetahuan dalam bidang pertanian
bukan merupakan syarat utama untuk menjalankan kaedah ini.
-
Semua golongan (kanak-kanak atau dewasa) boleh
menjalankan aktiviti penanaman melalui kaedah ini.
-
Boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilakukan
bersama. Setiap ahli keluarga mengerjakan takungan masing masing sambil
bersaing untuk mendapatkan hasil terbaik.
-
Tidak menggunakan tenaga elektrik atau alatan
yang mahal.
-
Tiada bau yang tidak menyenangkan seperti bau
najis binatang, baja asli dsbnya. Alam sekitar lebih bersih dan harmoni.
-
Kaedah ini MESRA ALAM.
Oleh itu,
apa tunggu lagi, marilah sama sama kita mulakan
kaedah ini.
Kalau dah bersedia dan ingin mencuba mari
kita ke
laman petua
hidroponik.
Sumber:
-
Era Hijau (2/98).Hidroponik
- Ringkas,Mudah dan Murah.Prof.Madya Dr. Mohd Razi Ismail
-
Agromedia(3/1998).Tanaman
Sayur Sistem Hidroponik. Dr.Mahamud Shahid
-
Kazz Hidroponik Domestik
menu
[laman
utama]
[iqwanhabib][bits
and pieces of me] [my
room mate and my kids]
[selamat
datang ke Terengganu][kampung halamanku]
[resepi
Kak Wan][apa itu hidroponik?][petua
hidroponik][ taman suri][motivation
and inspiring quotes][corat coret][galeri
foto][my favourite links][english
corner ][laman seni]
[view
my guestbook][sign
my guestbook]