Soalan 1-6
Isikan tempat kosong dengan
perkataan yang paling sesuai.
Budi bahasa ..1.. ciri-ciri ..2.. sesuatu bangsa dalam sesebuah negara.
Budi bahasa juga dapat .. 3.. arah hidup seseorang itu sama ada ..4.. jalan
lurus yang senantiasa
.. 5.. agama dan kebenaran atau sebaliknya.
Oleh yang demikian, amalan berbudi bahasa dalam ..6.. sesebuah masyarakat
perlulah dipraktikkan di mana sahaja kita berada.
1. A. lambang B. dilambangkan C. melambangkan D. perlambangan
2. A. peribadi B. peribadian C. memperibadikan D. keperibadian
3. A. menentukan B. tentu C. ditentukan D. penentuan
4. A. ikut B. diikutkan C. mengikut D. terikut
5. A. landasan B. landas C. melandaskan D. berlandaskan
6. A. hidup
B. kehidupan C. penghidupan
D. dihidupkan
Soalan 7 - 15
Lengkapkan ayat-ayat di bawah
ini dengan memilih kata yang paling sesuai:
7. Remaja zaman sekarang tidak
berasa ............ berbual dan mengeluarkan
pendapat kepada orang
tua.
A. terharu
B. terlarat C. canggung
D. bersetuju
8. Guru sebagai ...... ilmu seharusnya
membaca rencana-rencana yang menarik
dan perlu menceritakannya
kepada pelajar.
A. penyebar
B. petugas C. pengajar
D. pendidik
9. Ibu bapa merupakan ....... yang pertama
sekali mendidik seseorang anak semasa
anak itu masih kecil.
A. peneroka
B. pengajar C. penjaga D. pendidik
10. Apakah sebabnya berlaku ........
kadar jenayah di kalangan para remaja?
A.
peningkatan B. perulangan C. perjudian
D. pertingkatan
11. Kebijaksanaan seseorang itu mengemudikan
kehidupannya
memainkan
........ yang penting dalam penentuan hidup masa depan.
A.
kehidupan B. tugas C. peranan D. janji-janji
12. Dalam masyarakat nhari ini, semua
orang ....... mengejar kekayaan.
A.
berhak B. bekerja C. berjaya
D. berusaha
13. Kemantapan politik dan ..........
ekonomi penting untuk negara yang
berbilang
kaum seperti Malaysia.
A.
kemantapan B. keteguhan C. kehebatan D. kejayaan
14. Kita boleh ...... di dalam hutan
tetapi keselamatan mesti diperhatikan dahulu.
A.
tinggal B. bergembira C. berkhemah D. bermastautin
15. Syarikat Sinar Berhad telah ...........
segala penjualan alat eletronik bernama
KARTZ.
A. memogami
B. memonopoli C. mempoliteknik
D.mempoligami
Ayat-ayat di bawah ini mungkin
betul dan mungkin salah.Jika terdapat kesalahan, gariskannya dan betulkannya.
Tuliskan tiada kesalahan bagi
ayat yang betul.
16. Akibat tekanan yang terlalu mendesak itu,
Ibrahim mengambil jalan keluar
dengan melarikan
diri daripada rumah.
17. Sebagai Ketua Pengawas, Faridah terpaksa
bertindak tegas walau dengan
kawan
karibnya sendiri.
18. Masa depan yang cerah tidak akan
wujud dengan angan-angan sahaja, tetapi
kita
haruslan berusaha dengan gigih.
19. Pada hari ini, masalah kekurangan
maklumat tentang Islam oleh beberapa
pihak-pihak
tertentu ssehingga membangkitkan ketakutan baru terhadap agama
ini.
20. Bagi pemegang Diploma Ukur Bahan
yang memegang jawatan Pembantu Teknik
Ukur
Bahan, mereka-mereka akan dibayar gaji sehingga RM910 sebulan.
21. Dia sungguh tidak menduga yang dia
akan dicalunkan untuk merebut anugerah
peserta
terbaik dalam perkhemahan itu.
22. Sebagai orang ketua, kita mestilah
bertanggungjawab di atas keselamatan anak
buah
kita.
23. Kita harus faham tentang semua prinsip-prinsip
Rukunegara dan menjadikannya
pedoman
hidup.
24. Semua murid-murid sekolah rendah
di negara ini berpeluang mendapat pinjaman
buku
teks.
25. Apa salahnya jika siswazah menjadi
petani atau pekebun atau petani dahulu
sebelum
mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan
yang ada.
26. Ada empat pelaluan kereta api bawah tanah di sekitar kota Seoul.
27. Penanaman teh terhad kepada kawasan tropika sederhana.
28. Dalam menuju ke ambang abad ke-21,
negara kita memerlukan belia yang
produktif.
29. Pada kebelakangan ini, sudah ada satelit buatan manusia yang mengelilingan bumi.
30. Pemimpin yang berwibawa boleh memimpin
negara, walau bagaimanapun negara
menghadapi
masalah kemelesatan ekonomi.
Disediakan
oleh Wong Piing
06.06.1998