LinkExchange Member | Free Home Pages at GeoCities |
waktu itu
siapa menyangka
kita berlari bebas
beterbangan ria
bernyanyi lagu unggas
tak senada tak sekata
waktu itu
siapa menyangka
tawa riang
senda loka
berlalu mencakar gurisan rasa
jerih
merempuh meredah menerjah
kuntuman noktah-noktah berbunga duri
penuh menyekat sepanjang jalanan
...mengundang tangis sendu
dalam diari mimpi
ingin aku
menatap wajahmu
pabila celiknya mata dihening pagi
merenung wajahmu
sewaktu kau lena dikala malam
bersama dalam gelak dan tawa
berkongsi segala suka dan duka
di sisimu sewaktu kesedihan melanda kalbu
di sampingmu dalam gembira dan bahagia
di belakangmu dalam mengejar citamu
membantu dalam tiap kesibukanmu
mengisi kekosongan di hatimu
menghapus kesepian di jiwamu
kasih...
izinkan aku...
SINAR MENTARI YANG PERGI
kasih
ku ketuk pintu hatimu
tiada jawapan
ku lewat jendela kalbumu
tertutup rapat
ku laungkan salam
sepi yang menyapa
tercegat aku sendiri
langit bertukar gelap
mendung semakin menebal
gerimis mulai menitis
ke mana sinar mentari
yang menjanjikan bahagia tadi?
#################################
Renungan
-------------
dunia sebegitu sempit
kita takkan dapat lari
kerana dari saat itu
kita telah jadi satu
kau jadi sebahagian aku
dan aku sebahagian mu
kerana segala yang dirasa dan ditelan
telah menjadi darah daging
itulah hakikat
dan kita takkan dapat lari
dari realiti ini
lalu tangan ku hulur tanda damai
tulus
namun
kau masih belum menemui
hatimu yang hilang