Hulu Tembeling

 
Mukim Hulu Tembeling  pula merupakan mukim terluas di Jerantut. Walau bagaimanapun hutan hujan tropika yang tertua di dunia meliputi sejumlah besar kawasan. Di sinilah terletaknya Taman Negara.

Walaupun negara terus menuju ke arah pembangunan yang pesat, penduduk-penduduk Hulu Tembeling tidak dapat menikmati semua ini dengan segera.

Keadaan mukabumi yang berbukit bukau dan kedudukannya yang jauh ke pendalaman menjadikan Hulu Tembeling sukar dihubungi. Jalan utama di kebanyakan kawasan ini adalah melalui Sungai Tembeling.

Terdapat beberapa kampung utama di Hulu Tembeling iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Sungai Kuching, Kampung Bantal, Kampung Mat Daling dan Kampung Gusai.

Tiada jalan darat yang sempurna menghubungkan kampung-kampung di Hulu Tembeling. Jalan yang ada cuma jalan-jalan balak yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Kemudahan kesihatan terdiri daripada sebuah klinik kesihatan di Kampung Bantal dan dua buah klinik desa di Kampung Pagi dan Kuala Sat. Pasukan Perubatan Bergerak akan menjalankan pemeriksaan dan rawatan kepada penduduk-penduk kampung di semua perkampungan di Hulu Tembeling sekali sebulan.

Tiada kemudahan asas yang sempurna di Hulu Tembeling. Bekalan elektrik hanya terhad selama 12 jam dari 7 malam hingga 7 pagi. Bekalan air didapati daripada sistem Gravity Feed. Siaran TV hanya terhad kepada rumah-rumah yang terletak tinggi. Tiada perhubungan telefon di sini mahupun Atur. 

 

Home ] Up ] Kampung Pagi ] Kampung Kuala Sat ] Kampung Bukit Mat Daling ]

Sign My Guestbook Get your own FREE Guestbook from htmlGEAR View My Guestbook  
Due to some problem, all my previous Guestbook entries are gone!!

Jerantut Health Department, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur, MALAYSIA. Tel: 6 09 2661905, Fax: 6 09 2665430. All that have been mentioned are based on my personal experience in Jerantut. Should you have any comment or suggestion, please email me at drj@pd.jaring.my or visit me at www.mohtrg.gov.my (Terengganu State Health Department Homepage).
Last updated: Monday, 18 September 2000

1