Lawatan
doktor adalah sekali setiap bulan. Kalau air OK....ie tak besar sangat, sampailah kita
orang. Pasukan kami terdiri daripada seorang doktor, seorang pembantu farmasi dan dua
orang boatman. Nursing staff datangnya dari KK Kampung Bantal. Originally kami team dari Kuala Tembeling akan
mudik pada hari Isnin Pagi. Kami akan berhenti di Klinik Kuala Tahan (2.5 jam dari Kuala
Tembeling) dan saya akan jalankan klinik antenatal serta OPD disebelah
petangnya. Biasanya
kami bermalam di sini. Keesokan harinya kami ke Klinik Desa Kampung
Pagi.
Kampung pagi merupakan kampung pertama di Hulu Tembeling yang kami singgah. Ia terletak
lebih kurang 1 hingga 1.5 jam dari Kuala Tahan dengan bot. Kami akan bergabung dengan team
kesihatan dari KK Kampung Bantal. Pasukan ini terdiri daripada Jururawat
Kesihatan,
Jururawat Terlatih, atendan dan pemandu bot.
Lebih kurang jam 12.30 tengahari kami
sambung semula perjalanan kami ke Klinik Desa Kuala Sat.
Ia mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke Kuala Sat. Patient biasanya
ramai. Biasanya
jam 5.30 petang barulah kami bertolak ke Kampung Bantal yang
terletak lebih kurang setengah jam dari Kuala Sat (kalau air tak cetek).
Kami bermalam di Kampung Bantal hingga
hari Khamis. Lawatan selanjutnya bermula pada hari Rabu ke Kampung Mat
Daling. Biasanya
perjalanan ke Mat Dalinglah yang paling teruk. Airnya cetek. Walaupun ianya terletak lebih
kurang 5 km dari Kampung Bantal, tetapi pernah kami mengambil masa lebih satu jam untuk ke
sana menggunakan bot kecil !!
Keesokan harinya (Khamis) kami akan ke
Kampung Gusai. Sungai
Gusai kecil tetapi alurnya dalam. Walaupun ketika musim kering, cuma sekali dua sahaja
kami terpaksa menolak bot. Tetapi mesti dengan experianced boatman la....Kalau boatman tak
biasa......teruk juga menolak. Petangnya kami ke Kampung Sungai Kuching (kampung orang
asli).
Hari Jumaat(hari terakhir), saya akan
kendalikan klinik antenatal dan OPD di Kampung Bantal sendiri. Hari Jumaat dipilih kerana
pada hari Jumaat ada pekan sehari.
Lebih kurang jam 11.00am kami akan
bertolak balik ke Jerantut. Fuhh..............
Sekarang, selain dari jalan sungai, sudah
ada jalan altenatif ke Kampung Bantal iaitu melalui jalan
balak. Kami
cuma mengambil masa 3 jam dari Jerantut. Walau bagaimanapun jangan harap la nak tidur
dalam jip..........