Pas Changlun
PAS
burstani.gif (9370 bytes)


Laman Utama
Aluan Ketua Penerangan
Aluan Ketua Cawangan
Saf Pimpinan PAS
Dasar dan Matlamat
Dasar Keahlian PAS
Permohonan Menjadi Ahli
Mimbar Siber
Soal Jawab
Saf Pemuda
Laman WEB PAS
Lain-lain Link
Buku Pelawat
but_bot.gif (33133 bytes)

Sponsor

Pas
Laman ini diterbit dan diselenggara oleh
Unit Laman Web
Pemuda Pas Caw. Changlun Kedah. (C) All Right Reserved
Phone: 019-560 3848
_email.gif (1201 bytes)
WebMaster

Dasar Keahlian PAS
Pas Dengan nama Allah Pas

A. SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

Keahlian PAS adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang tersebut dalam Fasal 9 Perlembagaan PAS seperti berikut: 

  1. Warganegara Malaysia 
  2. Beragama Islam 
  3. 'Aqil Baligh menurut hukum syara'. 
  4. Mengaku, menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS dan peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa. 

Nota: Sila dapatkan buku Perlembagaan PAS untuk keterangan lanjut.


B. PERMOHONAN MENJADI AHLI

Permohonan menjadi ahli boleh dibuat di cawangan-cawangan PAS berhampiran atau mendaftar terus kepada Pejabat Agung PAS dengan menggunakan borang-borang yang telah disediakan. Cawangan-cawangan berhampiran boleh diketahui dengan menghubungi Badan Perhubungan PAS Negeri atau Perwakilan Kawasan yang berdekatan. 

Mana-mana permohanan menjadi ahli yang telah ditolak TIDAK BOLEH mengulangi permohonan melainkan selepas enam bulan dari tarikh permohonan itu ditolak. 

Sila rujuk Fasal 11 Perlembagaan PAS untuk keterangan lanjut. 


C.

PENGESAHAN KEAHLIAN

Seseorang hanya sah menjadi ahli PAS setelah beliau menerima sijil akuan keahlian yang dikeluarkan oleh Pejabat Agung PAS melalui Setiausaha PAS Kawasan dan Cawangan atau terus kepada ahli yang berdaftar terus. 

Sijil yang dikeluarkan itu hendaklah ditandatangani oleh Presiden PAS (dahulunya Yang Dipertua PAS Pusat), Setiausaha Agung dan Setiausaha Kawasan di tempat yang ada kawasan, dan hendaklah mempunyai cop mohor parti. 

Sila rujuk Fasal 12 Perlembagaan PAS untuk keterangan lanjut.


D. KEBERHENTIAN AHLI

Keberhentian seseorang ahli PAS boleh disebabkan melalui: 

  1. Permintaan sendiri
  2. Dipecat

Sila rujuk Fasal 13 Perlembagaan PAS untuk keterangan lanjut. 


E.

HAK-HAK AHLI

Hak-hak seorang ahli adalah sebagaimana yang tercatat dalam Fasal 14 (1) Perlembagaan PAS seperti berikut: 

  • (a) Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.
  • (b) Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya. 
  • (c) Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti. 
  • (d) Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti. 
  • (e) Setiap ahli berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.

F. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN AHLI

Kewajipan-kewajipan seorang ahli adalah sebagaimana yang tercatat dalam Fasal 14 Perlembagaan PAS (2) seperti berikut: 

  • (a) Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa. 
  • (b) Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti samada umum atau khusus. 
  • (c) Menghadiri mana-mana kursus-kurus, tamrin-tamrin, mesyuarat-mesyuarat atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetap dan diarahkan. 
  • (d) Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam. 
  • (e) Memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri. 
  • (f) Pada 'amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.

 

PasQardawi

1