Kajian Perisian | ||
Terdapat dua kajian perisian yang sedang dilakukan. Pertama adalah 'Keywall Analysis' dan kedua adalah 'House and Building Construction' . Kenyataan dibawah ini hanyalah prakata kajian sahaja. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kajian ini sila masuk ke halaman masing-masing dengan 'click' pada penunding dalam menu di atas. 'Keywall Analysis' Perisian ini adalah perisian untuk membuat analisis untuk pembinaan jambatan. Perisian ini akan membuat analisis mengenai kesemua tekanan dan kekuatan jambatan dimana perisian ini akan memaparkan penyelesaian mengenai jenis konkrit yang sesuai untuk digunakan, menentukan bilangan tindihan batu yang sesuai digunakan dan kedudukan 'steel' yang paling sesuai diletakkan supaya ia boleh menampung semua beban yang terletak diatas jambatan. Output yang dihasilkan adalah data dan diagram dimana ini akan memudahkan jurutera untuk membuat keputusan. House and Building Construction' . Kajian perisian ini adalah untuk membina perisian yang merangkumi kesemua proses untuk membina sesebuah bangunan atau kawasan perumahan. Kajian termasuk untuk membina perisian yang mempunyai banyak penyelesaian supaya pihak yang terlibat boleh membuat keputusan dengan memilih yang terbaik daripada analisis yang dibuat oleh perisian. Kajian dimulakan dengan analisis tanah dimana tapak kawasan pembinaan dibuat sehinggalah bangunan siap dibina. Kesemua pihak yang terlibat boleh menggunakan perisian yang sama walaupun pihak yang terlibat adalah dari pihak yang berlainan. Perisian ini juga akan mempunyai kemudahan untuk melakukan persembahan. |