KITARAN PENYEJUKAN ASASleft-gre.gif (353 bytes)

Kitaran Penyejukan Asas ialah satu teori yang menerangkan asas bagaimana satu sistem penyamanan udara beroperasi. Dengan memahami kitaran ini maka secara langsung, kita akan mengetahui sistem penyamanan dengan lebih dalam.

Kitaran penyejukan asas ialah suatu kitaran yang menunjukkan bagaimana wap bahan pendingin disedut oleh pemampat dan dinyahcas ke pemeluwap. Pemeluwap kemudiannya akan menyingkir haba yang diserap oleh penyejat ke ruang sekeliling. Wap bahan pendingin akan kembali ke bentuk cecair setelah haba disingkirkan semasa di pemeluwap. Cecair bahan pendingin kemudian akan masuk ke penyejat melalui peranti pemeteran; dimana fungsi utama peranti pemeteran ialah untuk mengwal jumlah bahan pendingin yang masuk ke dalam penyejat. Di penyejat, haba dalam bilik atau ruang peyejukan akan diserap oleh cecair bahan pendingin dan menyebabkan berlakunya proses sejatan yang membolehkan cecair bahan pendingin bertukar ke bentuk wap.

Kitaran Asas Penyejukan boleh digambarkan seperti dalam Gambarajah G1. Ia dibahagikan kepada empat bahagian utama yang terdiri daripada empat jenis komponen utama seperti dibawah :-

1. Pemampat

2. Pemeluwap

3. Peranti Pemeteran

4. Penyejat

1