Mari Mempelajari Alquran

[Membaca ayat-ayat suci Alquran merupakan suatu do'a yang sangat dianjurkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala]

Alquran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W) dalam bahasa Arab melalui perantaraan Jibril dengan bacaan bertajwid disampaikan kepada jenerasi kemudiannya untuk dibaca, difahami, di'amalkan isi kandungannya dan sebagai panduan untuk kebahagiaan didunia.
Alquran juga merupakan petunjuk dan membimbing manusia kejalan yang lurus. Membawa berita gembira, penawar, ingatan, nur yang menerangi manusia dari kegelapan kepada cayaha Iman dan Tauhid.
Alquran adalah sumber ilmu pengetahuan, mengandungi undang-undang peraturan hukum-hukum, malah ia merupakan benteng pertahanan dan sumber asas bagi 'aqidah, akhlaq dan syari'at Islam.



KAEDAH PEMBACAAN ALQURAN

Kaedah pembacaan Alquran yang baik akan hanya diperolehi apabila kombinasi faktor-faktor berikut digabungkan semasa seseorang qari atau qariah memperdengarkan bacaannya:-
  1. Tajwid
  2. Fasahah
  3. Lagu
  4. Suara



  5. TAJWID
    Tajwid menurut pengertian ialah pengetahuan membicarakan makhraj huruf, sifatnya dan lain-lain yang berhubung dengan sebutan ayat-ayat alquran. Antaranya membunyikan huruf pada haknya seperti Jahar (menempik), Hamas (mendesas), Syiddah (keras) makhraj serta sifat huruf, sebutan tafkhim (menebal) dan tarqiq (menipis) dan sebagainya.



    FASAHAH

    Fasahah bererti fasih dalam menyebut ayat-ayat alquran dan menurut lahjah 'Arab. Waqaf (berhenti) dan Ibtida' (memulakan) bacaan tanpa memesungkan makna ayat yang dibaca.



    LAGU
    (Tarannum)
    Tarannum ialah suatu cara atau kaedah dimana suara yang dibunyikan adalah dengan nada, rentak dan irama yang tertentu untuk mengindahkan seni bunyi suara, khususnya dalam pembacaan Alquran. Melagukan bacaan Alquran adalah suatu usaha kearah pencapaian amalan membaca alquran yang bernilai tinggi bagi menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah, tuhan pencipta 'alam.



    SUARA

    Suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses dari paru-paru menerusi peti suara ke rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat-alat pertuturan yang lain mengikut kehendaknya yang tertentu. Ianya merupakan nikmat kurniaan Allah yang amat penting dalam kehidupan manusia sebagai alat perhubungan, penyebaran dan sebagainya. Memperelukkan suara pada bacaan Alquran adalah sunah. Maka mempelajari kaedahnya juga adalah perlu, kerana tanpa mengetahui kaedahnya, maka seni bacaan Alquran (Attartil) tidak akan tercapai. Seni bacaan Alquran ditentukan oleh seni suara. Manakala seni suara pula tidak dapat dipisahkan dengan lagu (tarannum).
    Nasihat Luqman | Keluarga | Pekerjaan | Kenangan Silam | Anugerah | Link | Home
    1