KECEMASAN 2: Enjin Rosak
JIKA SEDANG MEMANDU DAN ENJIN KERETA MENGALAMI KEROSAKAN. APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN?
Nyalakan lampu isyarat untuk menukar ke kiri dan memandu kenderaan ke kawasan lapang yang selamat di tepi jalan.
Letakkan alat amaran tiga segi dijarak 50 meter darpada kenderaan untuk panduan pengguna-pengguna jalan.
Nyalakan lampu isyarat kecemasan. Atau nyalakan lampu isyarat untuk membelok kesebelah tepi jalan.
Pada siang hari cuba pasangkan kain putih pada antena radio atau pintu kereta dan bukakan penutup enjin bagi memberi aamaran bahawa kereta rosak.
Pada waktu malam, gunakan lampu suloh untuk memberi isyarat kecemasan.
Jagan sesekali berhenti dan meninggalkan kenderaan anda ditengah jalan kecuali tidak dapat dielakkan.kalau terpaksa meninggalkan kenderaan letakkan tanda isyarat amaran kecemasan dalam jarak 50 meter dibelakang kenderaan yang rosak.