Negeri Kelantan mempunyai pelbagai masakan dan makanan tradisional yang unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Apa yang unik mengenai masakan di Kelantan adalah dari segi makanan itu sendiri, warna, bentuk dan kebanyakannya adalah agak manis. Di antara tempat-tempat yang dikunjungi untuk menjamu selera adalah di sekitar bandar Kota Bharu dan Jalan Pekeliling. Untuk waktu malam tempat tersebut adalah Pasar Malam Parit Dalam dan di antara persimpangan Jalan Padang Garong dan Jalan Pengkalan Chepa.Tidak dapat dinafikan, masakan di Kelantan mempunyai pengaruh daripada Thai. Pengunjung boleh menikmati masakan-masakan istimewa Thai di Kota Bharu.
Nasi Dagang merupakan kelebihan utama negeri Kelatan. Ia dihasilkan dari beras pulut nasi dagang dan dihidangkan dengan gulai ikan tongkol (ikan aya) dan gulai ayam.
Nasi ini dibungkus dalam daun pisang. Ia boleh dimakan bersama kari atau rendang daging.
Laksa adalah sejenis mee putih yang dihidangkan bersama-sama dengan kuah yang diperbuat daripada ikan, santan, bawang, asam jawa dan cili. Laksa Kelantan adalah berbeza jika dibandingkan dengan Laksa Penang, Laksa Johor, atau lain-lainnya.
Keenakan dan keistimewaan Cik Mek Molek, Buah Tanjung, Nasi Kaya, Jala Mas, Tepung Pelita dan Akok merupakan kuih tradisional yang wajib dinikmati oleh pengunjung. Ia boleh di beli dengan senang di pasar Siti Khadijah(Pasar Besar) atau di pasar malam.
Kuih Akok diperbuat daripada telur itik, nisan, gandum, dan lain-lain lagi. Selain akok, kuih lain yang menggunakan telur itik ialah Buah Tanjung.
Masakan Kelantan sememangnya menawarkan keenakan yang tiada tandingan.
Satu lagi makanan yang jarang-jarang sekali ditemui sekarang ini ialah etok. Etok merupakan spesis kerang yang boleh ditemui di Sungai Kelantan. Untuk maklumat penuh mengenai etok sila layari petikan akhbar ini.