Panduan Hidup
 

Ibadah Seharian


 
Utamakan Sembahyang Qadha Dari Sembahyang Sunat
 

Makna qadha menurut loghah adalah menunaikan atau membayar.  Pengertian qadha mengikut istilah ialah menunaikan ibadah di luar waktunya, atau di dalam waktu , tetapi kurang dari satu rakaat masuk waktu lain.  Umpamanya seorang sembahyang zuhur di akhir waktu kerana lupa atau tertidur, belum dapat satu rakaat sudah masuk Asar, sembahyang itu dinamakan sembahyang qadha.
Orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja adalah berdosa besar.  Kerana tidak boleh sekali-kali, dan tidak patut seorang muslim meninggalkan sembahyang fardhu tanpa sesuatu uzur yang dibenarkan syarak.
Orang yang meninggalkan sembahyang fardhu kerana lupa atau tertidur hendaklah mengerjakan sembahyang apabila ia ingat atau sedar.  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Bahawa sesungguhnya tidaklah tersebab tidur itu lupa.  Hanya sanya lupa itu di kala jaga.  Maka apabila salah seorang kamu akan sembahyang atau meninggalkan sembahyang kerana tertidur, maka hendaklah dilakukan sembahyang itu apabila ingat. - riwayat At Tarmizi dan Annasai.

Orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, ataupun kerana jahil atau belum sampai kesedaran, diwajibkan baginya bertaubat kepada Allah, menyesal kerana meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan berjanji tidak akan melakukan begitu pada masa yang akan datang.
Kemudian diwajibkan segera mengqadha kan kesemua sembahyang yang ditinggalkan itu.
andaikata selama 2 tahun kita lalai dan meninggalkan sembahyang, kenalah kita kira sebanyak mana waktu sembahyang fardhu selama itu, dan kita berusaha mengqadha beransur-ansur. COntohnya sehari selepas sembahyang fardhu zohor, kita qadha untuk sembahyang zohor yang ditinggalkan, dan begitu seterusnya.
Mengenai masalah hendak mengerjakan sembahyang sunat, sedangkan sembahyang qadha masih banyak lagi, ada beberapa pendapat. ada ulama yang berpendapat bahawa kena habis atau selesaikan sembahyang qadha dahulu barulah boleh sembhayang sunat.  ada pendapat yang mengatakan boleh buat sembahyang sunat di samping mengutamakan sembahyang qadha.
Dalam soal ini , ambillah pendapat yang diyakini.  Pendapat yang sederhana iaitu utamakan sembahyang qadha dan dalam masa yang sama, buat sembahyang sunat  yang utama.  Iaitu seperti sembahyang tahajjud, sembahyang dhuha, sembahyang witir, sembahyang hajat, sembahyang istikharah dan sembahyang sunat rawatib yang utama.  Misalnya kita sembhayang tahajjud dua rakaat, kemudian sembahyang qadha, sembahyang hajat, istikharah dan witir.
Waktu dhuha, kita sembahyang qadha dan sembhayang dhuha dua rakaat.  Waktu-waktu sembahyang fardhu, kita qadha semasa orang sembahyang sunat sebelum atau selepas setiap fardhu.  Seandainya kita tunggu habis sembahyang qadha baru hendak sembahyang sunat, jadi tak dapatlah kita merebut pahala sembahyang tahajjud, witir, dhuha dan sembahyang yang digalakkan oleh Rasulullah.
Kalau diikutkan pendapat yang mengatakan mselagi tidak selesai sembahyang qadha tidak boleh sembahyang sunat, tidak dapatlah kita hendak mengerjakan sembahyang sunat Hari raya.  Jadi, eloklah ikut pendapat yang mengatakan, buat sembahyang qadha sungguh-sungguh, dan kerjakan sembahyang sunat yang dituntut.  Asalkan jangan terlalu melebihkan sembahyang sunat sehingga mengabaikan sembahyang qadha. Di samping itu sentiasalah mengharapkan keampunan dan bantuan Allah untuk menyempurnakan sembahyang yang luput dan menambahkan amal.


Teguran adalah diterima atas mana-mana kesilapan untuk ingatan dan panduan bersama (Artikel dari pembacaan saya).

KE INDEX PANDUAN
 

Email Saya
 

 

Get Free Homepage From  Tripod
  1