Apakah erti bacaan al-Fatihah? Semasa kita ruku', sujud, bertahiyat... apakah yang dibaca?
Pernahkah kita terfikir apa maksudnya?
Ada kalanya kita tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya semasa kita menunaikan solat. Mengapa terjadi begitu? Bagaimanakah caranya
untuk kita lebih khusyu' dalam solat? Satu cara yang pasti ialah dengan memahami apa yang
kita baca... malang sekali, kebanyakan kita kurang fasih dalam bahasa Arab. Apakah yang
boleh kita lakukan untuk membantu kita lebih menjiwai setiap solat yang didirikan? Laman
ini diharap dapat membantu. Segala komen dan teguran adalah amat dialu-alukan.
Cuba fahami apa yang di baca. Dapatkan erti bacaan di sini.