PETUNJUK

Rukun Sembahyang

INTRO - RUKUN
1 Niat
2 Berdiri
3 Takbiratul Ihram
4 al-Fatihah
5 Ruku' & T*
6 I'tidal & T*
7 Sujud & T*
8 Duduk antara
dua sujud
& T*
9 Duduk Tahiyat Akhir
10 Baca Tahiyat Akhir
11 Selawat Nabi
12 Salam Pertama
13 Tertib

T*=Tama'ninah

[ PG@home > kuPercaya > Praying ]

 
Rukun sembahyang merupakan perkara-perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang. 13 perkara ini perlu dilaksanakan dengan sempurna.

Niat

Kita perlu berniat didalam hati bahawa kita akan mengerjakan sembahyang. Niat ini mesti tetap sepanjang kita menjalankan ibadat ini.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardu (zohor), (empat) rakaat tunai kerana Allah taala.
(Perkataan dalam kurungan diganti dengan waktu & bilangan rakaat sembahyang yang kita kerjakan)

Berdiri

Perlu berdiri bagi yang berkuasa. Jika tidak berkuasa, maka bolehlah bersembahyang secara duduk atau berbaring mengikut kemampuan. Kita perlu menghadap kiblat untuk bersembahyang.

top

Takbiratul Ihram

Lafazkan "Allahu Akbar" - Allah Maha Besar disertakan niat di dalam hati.Ini dilakukan secara berdiri (jika mampu). Kita memulakan sembahyang dengan mengakui keagungan Allah.

top

al-Fatihah

Ini merupakan satu-satunya surah istimewa yang wajib kita bacakan setiap kali kita bersembahyang. Berikut adalah erti ayat-ayat Fatihah yang 7 itu:

  1. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani.
  2. Segala puji-pujian bagi Allah, seru sekelian alam.
  3. Yang bersifat pengasih dan penyayang.
  4. Yang berkuasa pada hari pembalasan.
  5. Akan Engkau sahaja yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami meminta tolong.
  6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat - bukannya jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Amin - Perkenanlah permohonan kami.

top

Tama'ninah

Ini merupakan perbuatan 'berhenti sebentar' sekadar cukup untuk membaca "subhanallah" agar kita tidak terlalu laju mengerjakan sembahyang. Ia perlu dilakukan selepas setiap pergerakan besar dalam sembahyang seperti Ruku', Sujud dan sebagainya.

top

Ruku' & Tama'ninah

Erti bacaan semasa ruku' ialah:
Maha suci Tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujiannya.

top

I'tidal & Tama'ninah

Kembali berdiri setelah ruku'
Erti bacaan sedang i'tidal ialah:
Allah mendengar orang yang memujinya.
{Ya Tuhan kami, bagimu segala puji!}

top

Sujud & Tama'ninah

Erti bacaan dalam sujud ialah:
Maha suci Tuhanku yang maha tinggi dengan sifat kepujiannya.

top

Duduk antara dua sujud & Tama'ninah

Erti bacaan semasa duduk antara dua sujud ialah:
Tuhanku... ampunilah daku, rahmatilah daku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah (sihatkanlah) aku dan maafkanlah aku.

top

Duduk & Bacaan Tahiyat Akhir

Erti bacaan tahiyat adalah seperti berikut:
Segala ucapan selamat yang berkat dan doa yang baik untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Selamat sejahtera atas kita dan hamba-hamba Allah yang baik-baik.
Aku yakin bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

top

Bacaan Selawat

Ya Allah, anugerahkanlah rahmat ke atas pimpinan kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad seperti yang engkau telah anugerahkan rahmat ke atas pimpinan kami Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Berkatilah pimpinan kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad seperti yang Engkau telah berkati pimpinan kami Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Tinggi.

top

Salam Pertama

Palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam yang bermaksud:
Sejahteralah kamu dan rahmat Allah.

top

Tertib

Perkara-perkara rukun yang tersebut di atas perlu dilakukan dengan tertib mengikut turutannya.

top

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1