|Profil| |Matlamat Sekolah||Sejarah Sekolah||Piagam Sekolah||Lagu Sekolah|
|
1. Meningkat dan memupuk minat, kecekapan dan kemahiran belajar yang tinggi dan berterusan dalam kalangan pelajar.
2. Menanamkan semangat berlumba-lumba dan kepekaan yang tinggi terhadap pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran dan perubahan yang berlaku di sekelilingnya.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pelajar-pelajar adalah tanggungan yang berat bagi negara, yang boleh dijadikan aset yang tidak ternilai untuk masa akan datang.
4. Meningkatkan prestasi akademik dasn bukan akademik dengan meningkatkan pencapaian kognitif, afektif dan psikomotor dalam kalangan pelajar supaya menjadi individu yang berpelajaran dan berpendidikan.
5. Memupuk minat dan bakat pelajar-pelajar dalam bidang kebudayaan kebangsaan seperti seni lukis, seni suara, seni tari dan sebagainya.
6. Melahirkan pelajar-pelajar yang progresif dan dapat mencapai hasrat Wawasan 2020.
7. Mewujudkan masyarakat pelajar yang harmonis, bersatu-padu, taat setia seperti yang termaktub dalam RUKUNEGARA dan FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.
8. Menambahkan bilangan pelajar yang mendapat pangkat A dalam PMR serta dapat meningkat mutu kualitinya.
9. Mempertingkat peratus pencapaian kelulusan keseluruhan SPM, serta memperbanyak bilangan dan peratus yang mendapat Pangkat 1,2 di samping agregat yang lebih baik.
10. Mencapai peratus yang tinggi bagi pelajar-pelajar yang mendapat 5 prinsipal dalam peperiksaan STPM.