Pada dasasrnya Kelab Bestari SKSR mempunyai empat aktiviti utama yang dicadangkan
dalam penubuhan awalnya pada 1.7.1997 iaitu:
Pertama: Belajar
dan mempelajari komputer sehingga ke peringkat membuat "Perisian Pendidikan",
Home Page dan Internet.
Pada masa ini Program Pertama Fasa Pertama, telah berjalan dengan lancar. Yang dimaksudkan dengan Program Pertama Fasa Pertama itu ialah mempelajari Windows95 dan Office 97 (Word, Excel dan Power Point}. Setakat kini ahli-ahli baru sampai ke peringkat pertama ini. Kelab Bestari membuat andaian semua ahli tamat pembelajaran kesemua program pada akhir tahun 1998. Kedua:
Menerbitkan buku-buku panduan dan penerangan Kelab Bestari dari masa ke
semasa, dan juga majalah yang berkaitan dengan komputer.
Ketiga: Mengadakan bengkel membuat, tranparency, slide,perisian pendidikan dan lain-lain Pada masa ini beberapa program telah dapat dijalankan termasuklah mengajar kepada ahli-ahli penggunaan program Excel97 dalam kontek analisa ujian setara dan peperiksaan. Keempat: Meningkat mutu P&P Berbantukan Komputer kepada ahli-ahli. Beberapa kursus dalaman akan diadakan dalam memberi pengetahuan dan kesedaran kepada guru-guru bagaimana kita boleh membawa komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran kita. Kelima: Lain-lain perakra yang berkaitan dengan komputer. Dalam lain-lain aktiviti Kelab Bestari SKSR juga melakukan aktiviti-aktiviti seperti membantu ahli-ahli dalam pembelian, memperbaiki(servis), up grade komputer dll. |