Kelab Bestari Sekolah Keangsaan Simpang Rengam telah ditubuhkan pada 1.7.1997.
Kelab ini telah dicadangkan oleh Md.Daim bin Sanudin iaitu salah seorang
warga SKSR. Pada dasarnya Kelab Bestari ini sesuatu yang berkisar atau
berkaitan dengan komputer samada mengajar atau belajar dan sebagainya yang
berkaitan dengannya. Ianya perlu ditubuhkan memandangkan sekarang
hanya murid-murid sahaja yang belajar dan meningkatkan ilmu komputer melalui
Kelab Komputer SKSR. Oleh kerana itu dirasakan guru-guru juga perlu
meningkatkan ilmu teknologi canggih ini, kalau tidak kita akan terus tertinggal
dibawa arus IT yang bergitu deras dan pesat. Lantaran memandangkan
ini En.Md.Daim dengan sokongan dan tunjuk minat dari pihak pentadbir sekolah
terutamanya dari Tuan Guru Besar dan juga desakan dan minat yang mendalam
dari guru-guru untuk mempelajari dan mendalami ilmu komputer, maka pada
tarikh yang telah dinyatakan di atas tertubuhlah Kelab Bestari.
Selain daripada itu ilham Kelab Bestari ini tertubuh adalah dari sambutan yang mengalakkan apabila satu kursus dalaman yang berkaitan dengan penggunaan dan pengenalan komputer yang dianjurkan oleh Bilik Tayang SKSR yang diadakan pada hari Sabtu, akhir bulan Mei, 1997. Dari situ telah memberi satu semangat kepada kami mengapa tidak guru-guru mengada satu kelab yang berlandaskan komputear. Satu mesyuarat kali pertama Kelab Bestari telah diadakan pada 2hb.Julai, 1997 yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Dalam mesyuarat itu teraju utama kelab telah dilantik. Isu-isu lain seperti syarat-syarat serta peraturan dan juga keistimewaan ahli kelab telah diwartakan. Tujuan serta matalamat kelab juga dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Memandangkan kelab berjalan dengan lancar dan beberapa perkara, masalah dan isu perlu diselesaikan maka mesyuarat susulan kali kedua telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 18hb. September, 1997. Memandangkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan pengambilan guru-guru dari zon Simpang Rengam dibatalkan. Kelas Komputer Kelab Bestari ditangguhkan pada tahun 1997 pada 1hb.November, 1997. Aktiviti-aktiviti kelab akan diteruskan pada tahun 1998. Semoga pada tahun hadapan memberi sinar kejayaan pada Kelab Bestari SKSR. amin. |