| |
Kami telahpun
bertemu-ramah dengan beberapa orang untuk bertanyakan reaksi dan pendapat mereka.
Di sini terdapat empat orang yang telah kami temubual, dan kami telah menyediakan
satu analisa tentang apa yang dibualkan.
Nama
Tempat tinggal
Umur
Reaksi
|
» Mohd Ghazali Hussin.
» Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
» 50 tahun.
| Alam sekitar di Malaysia perlu banyak pemuliharaan dan panjagaan yang sempurna, dan kerja
sama orang ramai untuk mencapai kualiti yang tinggi. |
| Pencemaran di sini tidak begitu serius, hanya bertumpu dan melibatkan kawasan bandar sahaja.
|
|
Nama
Tempat tinggal
Umur
Reaksi
|
» Siti Norimah Binti Jaluddin
» Seksyen 6, Shah Alam.
» 20 tahun
| Tempat rekreasi di negara ini sangant bagus kerana kerajaan telah melakukan yang terbaik
bagi rakyat. |
| Bagi pencemaran yang berlaku semua tempat ada, tetapi cuma sedikit sahaja memandangkan
pihak berkuasa telah mengambil tindakan ke atasnya.
|
|
Nama
Tempat tinggal
Umur
Reaksi
|
» Mohd Zakimi Roslan.
» Taman Tun Dr. Ismail.
» 18 tahun.
| Alam sekitar di Malaysia sekarang terjaga tetapi ada juga pihak yang tidak bertanggung
jawab mencemarnya. Dengan ini bolehlah saya katakan alam sekitar di Malaysia masih dalam kawalan. |
| Negara luar bagi saya seperti Amerika Syarikat, rosak dari segi floranya. Ini terbukti
kerana pembangunan bandar-bandar besar memerlukan banyak kawasan dan secara langsungnya pokok-pokok perlu ditebang.
|
|
Nama
Tempat tinggal
Umur
Reaksi
|
» Maimun Sulaiman.
» Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur.
» 32 tahun.
| Sekarang, di mana-mana tempat pembinaan telah disediakan taman rekreasi dan penanaman
semula pokok dilakukan. Oleh demikian, pencemaran dapat dikurangkan.
|
|
|