Cara Melindungi

Back Home Up Next

 

        Bagi menangani masalah pencemaran, kerajaan telah mengadakan kawalan dan pemeriksaan asap hitam ke atas kenderaan bermotor melalui jabatan-jabatan yang terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengawal perkara ini. Ini kerana ada antara kita mengambil mudah atas kecuaian menggunakan minyak plumbum pada kenderaan hingga menyebabkan alam sekitar kita tercemar. Kita haruslah melindungi alam sekitar kita kerana alam sekitar akan digunakan oleh generasi kita pada masa hadapan. Oleh itu pihak-pihak tertentu telah berusaha mencipta pelbagai idea untuk menguraikan masalah yang tersimpul ini. Idea yang terbaru yang diperkenalkan ialah kereta yang menggunakan kuasa solar.

Penggunaan kuasa gas untuk menggantikan diesel yang mencemarkan alam sekitar.

        Selain itu, masalah yang dihadapi oleh kilang-kilang seperti mencemarkan udara dan sungai dapat diselesaikan dengan memasang air filter pada cerobong kilang, dan sisa-sisa toksik pula dihantar ke kilang janakuasa biojisim. Dengan cara ini, pelbagai faedah boleh didapati iaitu air filter yang telah direkaciptakan laris dibeli, toksik tidak akan mencemarkan sungai lagi kerana dengan adanya kilang janakuasa biojisim, dan kilang janakuasa tersebut dapat menjanakuasakan elektrik.

        Orang ramai pula hendaklah mengadakan gotong-royong di sesuatu kawasan dua-tiga bulan sekali. Ini bukan sahaja menceriakan alam sekitar, malah, membawa kepada perpaduan penduduk di kawasan itu. Selain itu, kesihatan orang ramai terjamin. Undang-undang seperti tidak boleh membakar sampah dan membuang sampah ke dalam sungai hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan pencemaran. Kerajaan telah mengadakan program 'mengitar semula bahan buangan', iaitu bahan-bahan buangan seperti aluminium, plastik, kertas dan kaca dikitarkan semula menjadi baru. Dengan ini kita tidak perlu membazir, tidak mencemarkan alam dan kita juga akan mendapat keuntungan.

seterusnya»

Back to Top

TiMiX® TECHNOLOGY
tmi_11@hotmail.com The Web The Way You Want It
Last updated: 10 June, 2002.
1