Pecemaran Dan Kerosakan Alam

Back Home Up Next

Kesan Dan Akibat
Cara Melindungi
Reaksi Dan Pendapat

       

cemar02.jpg         Sepertimana yang kita tahu bahawa alam sekitar merupakan gabungan semua faktor sosial, fizikal dan kimia yang membentuk persekitaran manusia. Apabila keseimbangan gabungan ini terganggu, maka tercemarlah alam sekitar.
        Antara punca utama pencemaran alam sekitar ialah penerokaan hutan yang tidak terkawal. Hal ini menyebabkan permukaan bumi terdedah pada agen-agen hakisan. Air hujan misalnya dapat menghakis permukaan bumi dengan mudah lalu menyebabkan pengaliran bahan mendakan yang banyak ke dalam sungai. Sebagai akibat, sungai menjadi kotor dan berkeladak. Dasar sungai menjadi cetek. cemar01.jpg (31227 bytes)

        Perkembangan pesat sektor perindustrian menyebabkan tahap pencemaran semakin serius. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan industri mengeluarkan hasil sampingan yang dapat mencemari alam sekitar. Kilang-kilang mengeluarkan asap juga yang mencemari udara di sekeliling kita. Asap kilang ini pula bercampur dengan asap kenderaan-kenderaan dan asap daripada pembakaran hutan. Sebagai akibatnya berlakulah keadaan jerebu.

cemar03.jpg (15917 bytes) cemar04.jpg (21685 bytes)

        Pihak yang bertanggung jawab seperti pihak kerajaan dan sukarelawan lain terpaksa membelanja berjuta-juta ringgit untuk memulihkan keadaan. Pihak-pihak tersebut juga akan disalahkan jikalau tindakan tidak diambil. Tetapi, jikalau direnungkan semula, pencemaran dan kerosakan adalah berpunca daripada masyarakat yang tidak bertanggung jawab.

seterusnya»

Laman pencemaran dan kerosakan ini terbahagi kepada tiga iaitu :

Kesan dan akibat kepada orang yang melakukan pencemaran.
Cara melindungi alam sekitar yang telah dicemari.
Reaksi dan pendapat orang  terhadap pencemaran
Back to Top

 
TiMiX® TECHNOLOGY
tmi_11@hotmail.com The Web The Way You Want It
Last updated: 10 June, 2002.
1