|
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Tun Perak telah ditubuhkan pada 20 November 1975. Pada waktu itu seramai 15 orang yang terdiri daripada kalangan guru dan ibu bapa pelajar telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dan Tuan Hj.Ithnin Bin Tengah dilantik sebagai pengerusi pertama. Dengan tertubuhnya persatuan ini, telah mengeratkan lagi perhubungan diantara ibu bapa, guru dan sekolah terutamanya dalam kerjasama mempertingkatkan dan mengatasi masalah pembelajaran pelajar-pelajar. Kegiatan persatuan ini meliputi semua aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Sumber kewangannya adalah melalui sumbangan derma daripada ibu bapa pelajar. Mesyuarat agong persatuan ini diadakan setiap tahun dalam Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah-hadiah Kurikulum serta Mesyuarat Agung PIBG . Di dalam mesyuarat ini Ahli Jawatankuasa baru dilantik. Diantara kegiatan-kegiatan utama persatuan ini adalah seperti berikut: 1. Mengadakan kelas tambahan bagi tingkatan-tingkatan peperiksaan, PMR, SPM dan STPM dengan kerjasama guru-guru dan pihak sekolah. 2. Mengadakan kegiatan-kegiatan agama, sosial dan lain-lain.
PENASIHAT (EX-OFFICIO) : TN.HJ.SENIWAL BIN HARON YANG DIPERTUA : EN.ABD.RAHMAN BIN KASSIM NAIB YANG DIPERTUA :
EN.GUZALI BIN SAMURI SETIAUSAHA : EN.KAMARUZAMAN BIN HARON PEN.SETIAUSAHA : CIK ROHANA BTE HASSAN BENDAHARI : PN.NEW JEN CHIEN AHLI JAWATANKUASA :
(IBU BAPA) PEMERIKSA KIRA-KIRA :
TN.HJ.JOHAR BIN HJ.MOHAMAD(IBUBAPA) |
| Index | Perutusan | Profil
| Organisasi | |