Links:
index1.gif (364 bytes)
utusan1.gif (2524 bytes)
profil2.gif (641 bytes)
organ1.gif (1983 bytes)
organ2.gif (2006 bytes)
organ3.gif (1913 bytes)
organ4.gif (1933 bytes)
organ5.gif (2068 bytes)
organ6.gif (1953 bytes)
org1.gif (570 bytes)
kurik1.gif (520 bytes)
kurik1.gif (2384 bytes)
takwim1.gif (689 bytes)
enrol1.gif (744 bytes)
pibg1.gif (331 bytes)
                                                

 

profilban.gif (8904 bytes)     

sej.gif (2629 bytes)
linea.gif (2369 bytes)

Sejarah sekolah ini bermula sejak tahun 1965 apabila sekolah ini digunakan secara resminya. Pembinaan bangunan sekolah ini dimulakan pada tahun 1961 dan kerja pembinaannya siap dalam tahun 1963. Lokasi sekolah ini terletak di Jalan Salleh iaitu kira-kira lima kilometer dari pusat Bandar Maharani. Sekolah ini betul-betul berada di sempadan kawasan bandaran Bandar Maharani mengarah ke Timur Laut.

linea.gif (2369 bytes)

Tujuan pembinaan sekolah ini pada awalnya adalah bagi menyediakan tempat belajar bagi pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di bawah Sistem Sekolah Lanjutan dengan pengantar Bahasa Malaysia. Sistem Sekolah Lanjutan ini menampung pelajar-pelajar darjah enam yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah kerana gagal dalam peperiksaan masuk sekolah menengah. Walau bagaimanapun apabila bangunan sekolah ini disiapkan ianya digunakan untuk pembelajaran para pelajar di bawah Sistem Aneka Jurusan.

linea.gif (2369 bytes)

Penggunaan sekolah ini bermula pada 1hb. Januari 1965 apabila seramai 517 orang pelajar dari Sekolah Parit Raja berpindah ke sekolah ini dan belajar dalam 14 tingkatan. Bilangan guru pertama sekolah ini seramai 27 orang termasuk 3 orang guru pelatih serta 3 orang kakitangan pejabat. Encik Hassan bin Othman telah dipertanggungjawabkan sebagai Pengetua pertama sekolah ini.

linea.gif (2369 bytes)

Di awak pembinaannya, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Parit Beting dan telah dirasmikan pada 29hb. Julai 1968 bersamaan 30hb. Rabiulawal 1385 oleh Yang Berhormat Encik Khir Johari, Menteri Pelajarn pada waktu itu. Namun begitu pada tahun yang sama nama sekolah ini telah ditukarkan dengan rasminya kepada nama Sekolah Menengah Tun Perak, Muar. Pada tahun yang sama perpustakaan sekolah ditubuhkan. Nama Bendahara Tun Perak dalam sejarah negeri Melaka telah dipilih kerana beliau merupakan Bendahara Melaka yang termasyhur kerana kebijaksanaan, kegagahan dan keadilannya. Dengan jasa-jasa dan kebaikan Tun Perak diharap dapat menjadi contoh atau teladan kepada pelajar-pelajar sekolah ini.

linea.gif (2369 bytes)

Sekolah Menengah Tun Perak telah menerima bangunan-banguna tambahan dari setahun ke setahun iaitu bagi menampung pelajar-pelajar yang datang dari kampung-kampung berdekatan, Bakri, Bukit Pasir, Kawasan Pagoh dan Lenga. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan bangunan asrama sejak tahun 1968. Pembinaan asrama ini telah memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar yang tinggal berjauhan dan pelajar-pelajar dari negeri Sabah dan Sarawak.

linea.gif (2369 bytes)

Pada tahun 1966 seramai 135 orang pelajar kumpulan pertama sekolah ini telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) . Seramai 46 orang pelajar lulus dengan pangkat A, 3 orang pangkat C dan peratus kelulusannya hanya 36.6 peratus. Pada tahun 1968 pula kumpulan pertama seramai 86 pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peratus kelulusannya ialah 30.6%

linea.gif (2369 bytes)

Bagi menjalin kerjasama yang erat di antara pihak guru, ibu bapa dan Kementerian Pendidikan serta Wakil Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sekolahi ni telah menubuhkan Jemaah Lembaga Pengelola Sekolah sejak tahun 1968 dan pengerusi pertamanya ialah Yang  Berhormat Dato' Hj. Othman bin Hj. Mohd. Saat, Menteri Besar Johor . Pada tahun 1972 Koperasi sekolah telah ditubuhkan. Pada 20hb. NOvember 1975 pula, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan dengan pengerusi pertamanya Tuan Hj. Ithnin Bin Tengah dan seramai 15 orang ahli jawatankuasa telah dilantik.

linea.gif (2369 bytes)

Kini Sekolah Menengah Tun Perak telah berkembang dengan pesat. Pada tahun 1986 sekolah ini telah menerima pelajar-pelajar tingkatan enam aliran sastera. Maka terbentuklah Tingkatan 6 Rendah pada 2hb. Mei 1986. Pelajar-pelajar ini datang dari kawasan berdekatan dan dari kawasan jauh iaitu dari Pagoh, Lenga dan KUndang Ulu. Dengan adanya penempatan pelajar tingkatan enam ini menjadikan sekolah ini dinaikkan taraf ke Sekolah Menengan gred A. Pada tahun 1994/95 satu kelas aliran Sains TIngkatan 4 seramai 35 orang pelajar telah dimulakan.

linea.gif (2369 bytes)

| Index | Perutusan | Profil | Organisasi |
| Kurikulum | Ko-kurikulum | Takwim | Enrolment | PIBG |
linebiru.gif (47 bytes)
1