KELAB KOMPUTER |
||||||||||||||||||||||
Gambar-gambar AJK Kelab Komputer Tahun 1999 |
PENGENALAN Kelab Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Peduka Tuan telah ditubuhkan pada tahun 1985 cetusan idea pengasas, Encik Khoo Soo Seong, Guru Penolong Kanan 1. Ketika itu, Kelab Komputer memiliki 1 unit komputer Apple 2T berserta Pencetak Dot Matrik 9 Pin hasil sumbangan Kerajaan Negeri dikongsi oleh 15 orang ahli di Bilik Elektrik Blok B yang berukuran 2 meter x 8 meter.
|
|||||||||||||||||||||
FASA-FASA PERKEMBANGAN KELAB KOMPUTER
TAHAP 2 - PERKEMBANGAN FIZIKAL Oleh kerana peningkatan bilangan Ahli Kelab, kini Bilik Elektrik sudah tidak dapat menampung Ahli Kelab seramai 100 orang. Mulai 1991, berkat restu Tuan Pengetua En. K. Narinasamy, Makmal Sains Blok B yang berukuran 8 meter x 8 meter telah diubah dengan daya usaha Ahli-Ahli Kelab. Makmal Komputer dihawadinginkan pada 1992. Perasmian Makmal Komputer dilakukan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan En. M. Zin. Sham pada 1 Mac 1992. TAHAP 3 - PERKEMBANGAN HARDWARE Pada tahun 1991, Ahli Kelab Komputer telah menjangkaui 142 orang. PC yang berfungsi hanya 15 unit. Atas desakan ini, Tuan Pengetua En. K. Narinasamy dan Guru Penasihat Kelab Komputer Pn. Pang Yun Yin telah mencadangkan kepada Jawatankuasa PIBG melancarkan Projek Kutipan Derma bagi menambahkan bilangan PC. Usaha PIBG ini sangat berjaya. Makmal Komputer kini dilengkapi dengan 25 unit PC. Pertambahan Hardware telah membolehkan pembelajaran formal Literasi bagi Tingkatan 1,2 dan 3 dilaksanakan mulai 1992. Pada akhir tahun 1997, dengan sokongan Tuan Pengetua Tuan Haji Rohani bin Shariff, Makmal Komputer telah dilengkapi dengan:
Pada awal tahun 1998, Kelab Komputer telah menambahkan 6 unit PC Pentium MMX lagi dengan menggunakan tabung Kelab Komputer sendiri. Pada tahun 1999 pula, 3 unit komputer Pentium II telah ditambah TAHAP 4 - PERKEMBANGAN NETWORKING Selaras dengan era ledakan rangkaian maklumat, mulai 1995, berkat sokongan kuat dari Tuan Pengetua Tuan Haji Rohani bin Shariff , 1 unit PC Pentium sebagai 'SERVER' telah dibeli dan kerja-kerja pemasangan kabel bagi menyambungkan 40 unit PC disambungkan dengan sistem LAN (Local Area Network) telah disempurnakan. Pengajaran Kelab dapat dijalankan melalui kawalan 'SERVER'. TAHAP 5 - ERA INTERNET Mulai Julai 1997, Ahli Kelab boleh melayari Internet melaui TMnet hasil tajaan PIBG sekolah. Homepage Sekolah SMKPT telah disiapkan pada bulan Oktober 1997. Kini pada bulan Ogos ,1999, sejumlah 22 unit komputer telah dilengkapi dengan kemudahan Internet. Semua pelajar SMKPT telah dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan Internet di Makmal Komputer. |
Sila klik di bawah ini untuk mendapatkan maklumat sekolah kami. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This page hosted by .Get your own Free Home Page |