LOGO SEKOLAH
Pengenalan:
Simbol-simbolyang terdapat dalam logo Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka
Tuan Segamat adalah berdasarkan kepada ciri-ciri sejarah tempatan dan negara
serta sejarah moden.
TANJAK yang terdapat di puncak logo adalah melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu yang bermula dari Kesultanan Melayu. |
KERIS di sisi tanjak melambagkan keberanian dan kegagahan pahlawan-pahlawan Malaysia.
BENTUK MELENGKUNG hampir bulatan bercantum dengannya dan sedikit berkedut melambangkan kain selimpang iaitu salah satu pakaian rasmi di istana.
BENTUK SEIRING dengannya di dalam adalah muka harimau, iaitu salah seekor haiwan tempatan yang banyak terdapat pada masa dahulu.
KAPAL LAYAR di puncaknya adalah kenderaan tempatan yang terpenting pada masa dahulu untuk berhubung dengan tempat-tempat lain.
SEBUAH BUKU yang terbuka di atasnya melambangkan gedung ilmu dan segala pengetahuan.
SCROL DAN MOUTAU BOAR kedua-duanya menandakan lulusan universiti. Belajar hingga ke peringkat universiti sepertinya adalah menjadi matlamat akhir setiap pelajar sekolah ini.
LIMA BULATAN di kaki bukit adalah melambangkan lima rumah pasukan sukan sekolah iaitu Ambar, Zamrud, Delima, Topaz dan Nilam. Dari padang munculnya juara-juara sukan yang akan mewakili sekoalh ke peringkat yang lebih tinggi lagi untuk mengharumkan imej dan nama sekolah.
DUA EKOR UDANG berenang di sis batu-bata melambangkan udang adalah antara hidupan air setempat yang banyak dan bernilai. Batu-bata pula melambangkan lubok, iaitu Lubok Batu di mana bersemadinya jasad seorang tokoh yang namanya Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan dinamakan.
COGANKATA SEKOLAH "Berusaha-Berilmu-Berbakti" mengkehendaki setiap pelajar sekolah ini rajin dan berusaha sama ada menuntut ilmu atau menjalankan aktiviti lain. Dengan sifat ini, kita boleh mendapat ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan yang ditimba semasa menjadi pelajar barulah benar-benar dapat kita berkhidmat dan berjasa kepada negara.
Sila klik di bawah ini untuk mendapatkan maklumat sekolah kami. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This page hosted by .Get your own Free Home Page |