|
Pencemaran alam sekitar biasanya merangkum pencemaran air, udara, bunyi. Pencemaran air boleh berlaku sebagai akibat pembuangan kotoran seperti sampah sarap, bahan-bahan kimia, dan sisa-sisa pembuangan ke dalam sungai, tasik, dan laut. Ini menybabkan hasil tangkapan nelayan-nelayan berkurangan. hakisan tanah disebabkan oleh pembinaan rumah di lereng bukit.Pencemaran udara pula disebabkan oleh asap yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang. Pembakaran hutan secara berleluasa dapat juga mengakibatkan pencemaran udara. Asap ini mengandungi bahan-bahan yang berbahaya seperti karbon monoksida, plmbum, serta gas-gas beracun. Menurut sesetengah pendapat, pencemaran udara dapat menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Antaranya termasuklah penyakit barah, paru-paru, lelah dan pelbagai jenis penyakit kulit. Pembakaran hutan menyebabkan jerebu tebal.Pencemaran ketiga yang kita hadapi ialah pencemaran bunyi. Antara bunyi bising yang mencemari alam sekitar termasuklah bunyi yang berpunca daripada kenderaan dan alat-alat perkakas rumah selain jentera berat dan sebagainya. Hasil kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa bunyi bising dapat menyebabkan seseorang itu mudah jatuh sakit. Antaranya termasuklah sakit jantung, darah tinggi, sakit kepala, dan kehilangan pendengaran. Oleh itu kita tidak sepatutnya mencemarkan alam semula jadi ini. Firman Allah s.w.t. yang mengatakan bahawa 'Berbuatlah baik di muka bumi ini dan janganlah melakukan kerosakan. Sesungguhnya orang yang melakukan kerosakan adalah orang yang dibenci olehNya'. seterusnya»Back to Top |
TiMiX® TECHNOLOGY
|