SUP MAKARONI NANA
  
BAHAN-BAHANNYA 
  • 250 gm.  makaroni (shells)
  • 250 gm. isi ayam
  • 2 batang sawi
  • 1 batang carrot
  • 1 bungkus rempah sup bonjot
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm. halia
  • 1 sudu mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Daun sup, daun bawang dan bawang goreng (untuk hiasan)
CARA MEMBUATNYA 
  • Masakkan 2 liter air bersama dengan mentega   dan garam sehingga mendidih
  • Masukkan makaroni dan masak sehingga 10 -12 minit
  • Angkat dan toskan
  • Ayam dipotong kecil dan dibersihkan
  • Bawang merah, bawang kecil ditumbuk lumat
  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga garing
  • Masukkan ayam dan 4 cawan air serta sup bonjot
  • Biarkan ia mendidih
  • Masukkan sayur-sayuran, garam dan serbuk perasa
  • Sesuaikan rasanya 
  • Akhir sekali masukkan makaroni dan hidangkanlah bersama daun bawang, daun sup dan bawang goreng
 SELAMAT MENCUBA
KALAU TAK SEDAP BERITAHU KAK WAN
tapi
KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN 
 
  
  
menu
[laman utama]
[iqwanhabib][bits and pieces of me][selamat datang ke Terengganu][kampung halamanku]
[resepi Kak Wan][apa itu hidroponik?][petua hidroponik][ taman suri][motivation and inspiring quotes][corat coret][galeri foto][my favourite links][english corner ][laman seni]
[view my guestbook][sign my guestbook]

1