NASI BUKHARI IQWAN
 
 
RESEPI INI MERMERLUKAN  3 HIDANGAN SERENTAK

BAHAN BAHANNYA   

  • 4 cawan beras gred A1 (untuk 6 orang makan)
  • 1 kg daging 
  • 1 bungkus rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu kecil cilibo
  • 2 labu bawang besar
  • 7@ 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan kecil kismis
  • Beberapa biji cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis ( rempah menumis )
  • 1 bungkus rempah sup bonjot
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Beberapa hiris halia
  • 4 tangkai daun sup / saderi
  • 6 biji tomato masak
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar perahan air limau nipis
  • 2 sudu perahan air asam jawa
CARA CARA MEMBUATNYA  
  • Beras dibasuh bersih dan ditoskan
  • Daging dipotong segi empat (5 cm x 5 cm) dan dibersihkan
  • Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat
  • Bawang besar, buah tomato dibelah /dipotong lapan
  • Daun sup dipotong-potong (lebih kurang  3 cm)
  • Panaskan periuk dan masukkan setengah cawan minyak serta 2 sudu minyak sapi
  • Bila minyak sudah panas, masukkan rempah menumis, bawang yang telah ditumbuk dan kacau sehingga kelihatan kekuningan
  • Masukkan serbuk ketumbar dan rempah kari daging yang dicampur dengan sedikit air
  • Apabila sudah kelihatan sebati, masukkan cilibo dan air perahan asam jawa, kacau sehingga rata serta masukkan satu bungkus rempah sup bonjot
  • Masukkan daging, kacau dan balik-balikan sehingga rempah meresap
  • Kemudian masukkan buah tomato dan bawang yang telah dibelah lapan tadi serta dicampurkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Tutup periok dan biarkan ia mendidih sehingga daging kelihatan empuk
  • Kacau sekali sekala supaya tidak hangit @ melekat di periuk
  • Apabila air semakin kering dan daging kelihatan empuk masukkan daun saderi, beras dan 4 cawan air.
  • Gaul bersama bahan bahan di dalam  periuk dan biarkan ia mendidih sehingga kering (seperti memasak nasi biasa)
  • Apabila nasi hampir masak, masukan perahan air limau nipis dan kismis serta kacau rata
  • Biarkan ia masak
 
* Nasi Bukhari ini sesuai dipadankan dengan
DALCA IQWAN  dan ACAR IQWAN
  
 DALCA
 BAHAN-BAHANNYA 
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 bungkus serbuk kari daging
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sm halia
  • Sedikit rempah menumis ( cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bunga pekat)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu air asam jawa
  • Secawan kacang dal
  • 1 batang karot (lobak merah)
  • 2 biji terung
  • 5 batang kacang bendi
  • Beberapa batang kacang panjang
  • 2 @ 3 biji tomato
  • 2 @ 3 biji ubi kentang
  • 2 labu bawang besar
  • 4 cawan santan
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa
 CARA CARA MEMBUATNYA 
  • Ayam dipotong kecil-kecil dan dibersihkan
  • Sayur sayuran juga dipotong dan dibersihkan
  • Kacang dal direbus hingga empuk dan ditoskan
  • Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis rempah menumis bersama bawang yang telah ditumbuk tadi
  • Apabila sudah kelihatan kekuningan masukkan serbuk rempah kari daging yang dicampur dengan sedikit air, kacau sehingga sebati dan biarkan ia garing
  • Masukkan air asam jawa, daun kari dan dikacau rata kemudian masukkan ayam serta ubi kentang
  • Masukkan santan, garam, serbuk perasa secukupnya dan kacau sekali sekala
  • Apabila sudah mendidih, masukkan  terung, kacang panjang dan karot
  • Bila sudah hampir masak, masukkan kacang bendi, tomato, bawang besar dan kacang dal yang telah direbus tadi
  • Kecilkan api dan biarkan ia mendidih seketika supaya kelihatan "pecah minyak"
  • Kemudian diangkat dan dihidangkan bersama acar.
 
 
ACAR
 BAHAN BAHANYA 
  • 3 batang timun yang sederhana besarnya
  • 1 batang karot
  • 250 gm bunga kobis
  • 2 biji lada merah
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 sudu besar bijan (digoreng tanpa minyak sehingga garing)
  • 3 sudu cuka
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
 CARA MEMBUATNYA 
  • Timun dipotong kecil sepanjang  4 sm
  • Karot juga dipotong halus
  • Bunga kobis dipotong kecil kecil
  • Bawang merah dan putih ditumbuk lumat
  • Panaskan kuali, masukkan 3 sudu besar minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga garing
  • Apabila kelihatan sudah garing, masukkan serbuk kunyit, garam, gula, serbuk perasa dan cuka
  • Masukkan sayur sayuran dan bijan yang telah digoreng, kacau rata. 2 hingga 3 minit kemudian diangkat
 
 
 SELAMAT MENCUBA
KALAU TAK SEDAP BERITAHU KAK WAN
tapi
KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN
 
 
 
  
  menu
[laman utama]
[iqwanhabib][bits and pieces of me][selamat datang ke Terengganu][kampung halamanku]
[resepi Kak Wan][apa itu hidroponik?][petua hidroponik][ taman suri][motivation and inspiring quotes][corat coret][galeri foto][my favourite links][english corner ][laman seni]
[view my guestbook][sign my guestbook]

1