Apa Itu Elemen Web?
Elemen web ialah komponen dasar setiap HP yang dipaparkan untuk dilayari
oleh setiap tetamu. Pada dasarnya setiap HP akan mempunyai elemen-elemen
berikut;
-
Kandungan HP;
-
Maklumat mengenai pembina HP iaitu orang yang membina HP berkenaan;
-
Tarikh HP mula dipamerkan untuk umum; dan
-
Alamat email pembina HP;
Sungguhpun demikian, oleh kerana pada masa ini penulis program semakin
keratif dan inovatif, pelbagai elemen tambahan semakin banyak dan mudah
didapati. Antaranya ialah;
-
Buku Tamu (BT) atau guest book;
-
Kaunter atau page counter pengira
bilangan pelawat;
-
Papan Maklumat atau WWWBoard; dan
-
Borang (forms)
Perisik
Akhir-akhir ini pula apabila penulisan bahasa dan program java (java
language & programming) semakin meluas, wujud pula apa yang dipanggil
cookies yang saya istilahkan sebagai perisik. Saya istilahkan sebagai
perisik kerana ia merisik pelbagai maklumat pelawat atau tamu, seperti;
-
Identiti pelawat (automatik atau pelawat memperkenalkan diri);
-
Jenis serta versi Pelayar Web yang digunakan;
-
Alamat penyedia khidmat internet pelawat (IP address); dan
-
Destinasi terakhir yang dilawati oleh tetamu.
Sementara itu ada pula perisik yang saya panggil perisik tumpang yang lekat
di Pelayar Web. Perisik ini akan memaklumkan kepada pemiliknya pelbagai
maklumat mengenai aktiviti tetamu semasa melayari internet. Pelbagai pendapat
telah ditulis mengenai perisik tumpang dan maklumat lanjut mengenainya
boleh anda dapati di
sini ataupun di
sini. Kalau nak belajar masak cookies
di sini. Tetapi untuk dimakan! Hehe...
Bahasa Java
Bahasa java sesungguhnya telah membuka pelbagai arena program, baik
dari segi data asas (data-base) hinggalah kepada program grafik. Jikalau
anda mahu melihat antar contoh bagaimana bahasa java digunakan dengan agak
intensif, cuba lawati HP berikut;
|