|
Apa
Yang 21 Tu?
Ini soalan yang kerap saya hadapi. Bacalah mengenainya di sini. Jikalau anda musykil juga, hantar email kepada saya. Hehe... |
|
Kenapa Jack21? | Ini adalah nama yang saya gunakan semasa saya berborak (chat) di Amboi.net
(Radio Muzik) atau KL972 (Radio Ibu Kota).
|
Kenapa Jack? | Jack adalah nama panggilan saya di rumah bujang di Ampang, Selangor.
|
Tinggal di Ampang? | 2 Bulan yang lalu. Sekarang saya tinggal di Keramat Permai. Saya tinggal di rumah kedai. Di bawah rumah saya ada kedai yang tutup dari jam 2.30am - 6.00 am sahaja. Supply maggi ada lagi, Amid?
|
Kenapa 21? | 21 adalah angka yang ada kena mengena dengan tarikh lahir saya.
|
Umur Jack 21? | Hehe... alangklah seronoknya kalau umur saya masih semuda itu!
|
Berapa Umur Jack? | Untuk tahun 1998 ini, memang ada kena-mengena dengan angka 21 juga! Tetapi kenalah berkira-kira sedikit. Gunakan imaginasi, gunakan dharab dan gunakan bahagi. Semuanya dengan angka faktor 0.75; 1; 1.25; 1.5 dan mungkin juga 2.0! Hehe.. Dalam arena amboi atau kl972 hanya seorang shaja yang tahu secara detail mengenai hal-hal peribadi saya.
|
Ada nick lain ke Jack21? | Tentu ada.
Porgnah jumpo ngan boy(KL)? -- poghatikan ejaan itu yo.. nanti tersilap lak! Maghin dulu adolah main toka-toki ngan Atuk & Den, tapi ontah... Atuk tu sibuk motong gotah gah eh? (gotah naik argo nih!) ko uwan dah potong akaun! Maklumlah saham tongah monjunam! Si Amid asyik nak kono tepon jo. Nak sahur kono kojut... nak gi kojo pun kono kojut... hampeh! Lain pulak hal kalu jumpo si CHAOStu. Asyik nak pogo jo! Nasib baik den dah siap-siap ngan minyak dhab! Saye sungguh Art dah nok kelik Malaysia. Tokseh nak chat lagi. Tapi nasik sungguh Art beghi nomor telipon! Hehe... Makacih Art. Kale teman jumpe Patik teman belabun ler ngan dia pasei ikan tengalan ker... kerai ker... sedap digulei tempoyok! Kalo ngan Mesol cita hal pancin gak. Tang Tasik Bukit Merah nun! Sakan gak Mesol ni.. tapi toman 6 kilo dia tak dapat lagi. Hehe.. Oghe ganu kecek Kedah! Stedi sungguh mung! Kalu jumpa ngan StarBOY saudagak belacan tu (hehe) sayyalah kembak dia -- boySTAR. Saja suka-suka... Pekena laksa pun sedap! Mungkin anda pernah berborok ngan redBULL? Teman ni idak le gemor sangat nak minum red-bull ni. Suke ngan coke ade ler... hehe. Jangan marah ye coke? Kok terjumpa ngan conda teman jadi ler cikguconda -- saja suka menyakat. Hehe... Selalu juga kita "kirim gulai asam pedas" kat julia! Awak orang Johor le katakan... ikan parang gulai asam pedaslah yang best! Memang ramai kenalan yang boleh didapati di Amboi.net atau Borak Kota, tetapi kenalah berhati-hati. Sedih rasanya bila nengok ada orang terkena penangan hantu. Bersabar ajalah. Tapi alhamdulillah... saya tak pernah terkena lagi. Mengenakan orang lagi tak pernah saya buat. Jikalau ada sesiapa yang pernah terkena dengan orang-orang yang menggunakan nick saya, saya tak dapat nak kata apa-apalah. Bukan kerja saya. Lain-lain kengkawan yang tak tersebut namanya janganlah risau, kalau tak silap ingatan le, saya pernah bersembang-sembang ngan Jane_Gwen, Tokki, SHA (mana hilang... lama tak nampak?), Malas, Empat (pun lama tak nampak), M@X, Intel, Blues (apa jadi ngan kelab Amboi?), Iorigami (selalu usik dia "lori"), Nuraf (...itik tu wangi tak?), norhanee (wey apsal asyik hantar kad je... dah tak chat lagi ke?), Nan, Buyam, Tei, Fez (sekolah dah buka, takkan pc lum buka lagi cikgu... hehe), badai, hujan, Ustaz dan ... siapa lagi ye? Oh iya, lupa lak nak sebut, kalau nak cari kerja cari je BOSS di Amboi.net tu. Tak pedulilah kerja apa nak buat, tuliskan tesis ke, belikan mi bungkus ke... hehe sebab nama dia BOSS! ....mmm camna nak sebut 8 kali ni? Oklah... boss, boss, boss, boss, boss, boss (cukup 8! - sorry ler... tengah takde mood nak tulis.) Saya layan semua orang -- yang paling muda ialah Yati baru 13 tahun sebab dia nak belajar buat HP. HP Yati dah lama di geocities, pakcik punya HP belum siap lagi. Pelik punya cikgu... hehe...
|
Kerja apa Jack? | Pada masa ini saya bebas tidak bekerja di mana-mana secara tetap. Mungkin pengalaman yang menjadikan saya jadi begini. Kalau nak diikutkan, pengalaman saya berbagai-bagai, dari pengurus pembangunan projek sehinggalah kepada buruh binaan! Hehe... tetapi bab jadi buruh tu sementara tunggu SPM je.
Lain-lain pekerjaan yang pernah saya lakukan ialah sebagai penjual air batu (perasa nenas lagi!), editor (panduan SPM & PMR), pegawai perhubungan awam (jual Malaysia dek oi), pengarah kreatif (cd) di agensi periklanan dan penulis ruangan mingguan di akhbar. Sebab itu nama saya Jack... hehe... Rekod kerja saya antara 6 bulan hingga 3 tahun sahaja.
Apabila kerja bebas, tentulah dalam satu-satu masa tu banyak bidang yang saya kerjakan sekaligus. Saya tak tolak rezeki. Sambil buat kerja perunding perhubungan awam dengan sebuah syarikat, saya buat juga pelan periklanan dan promosi untuk lain syarikat. Kalau ada syarikat periklanan nak copy untuk iklan saya buatlah juga. kalau ada syarikat menghadapi masalah operasi, saya pun buatlah analisa pengurusan dan pemasarannya. Tetapi kena rajin buat penyelidikan, cekap menganalisa dan banyak bersabarlah. Sebenarnya saya suka hal-hal yang kreatif. Saya pernah menulis sajak, cerpen, skrip TV (pi mai pi mai... lagi), dokumentari ... mmm apa lagi ya... Bab menulis teks ucapan menteri ke ahli Parlimen tu biasalah... dia orang baca je... "lain orang yang masukkan perkataan ke mulut dia orang" tu... hehe... Dahlah... kang banyak mengumpat lak. Jikalau ada sesiapa yang ada kemusykilan mengenai perhubungan awam (PR), periklanan ataupun DTP bolehlah tulis email. Insya-Allah saya akan tolong kalau termampu. Bab nak cari girlfriend jangan cari saya... hehe.. sebab saya pun tak pandai cari. Bercakap atau tulis surat kepada pompuan saya tak pandai, tapi kalau bab menulis hal-hal kreatif dan sebagainya, insya-Allah ler... hehe. Mmm... dah boleh teka berapa umur saya yang handsome ni? ler... baru teringat kat "minah" motor (lupa lak nick dia) di amboi yang nak ngorat saya...hehe... |
Hobi, Jack? | Hobi saya memancing @ mengail ikan dan udang. Tak macam Mesol... hehe.
Di Sabah, Sarawak dan laut dalam sahaja yang saya belum pernah pergi mengail. Banding, Kenyir, Cini, Sungai Rompin, Lenga, Taman Negara, Langkawi, Tioman, Pulau Judi, Upeh, Pangkor, Perhentian... semua dah saya jelajah. Di jambatan Yahya Petra pun buleh udang! Yang tak best nya udang di Sungai Kelantan tu buleh maghrib je... Lain jam dia mogok! Udang paling best dari Sungai Rompin. Udang dari lain-lain sungai kadang-kadang tawar dan liat! Udang dan baung Sungai Linggi bau minyak tanah (gas)! Antara ikan air tawar yang saya anggap sedap ialah kelah (air yang bersih dan berarus deras), tengalan (sungai Perak & Banding), patin muncung (banyak di Pahang), jelawat, temoleh kata oghang Perak temalian kata orang Pahang, tengas (air sungai yang deras dan bersih) dan baung. Antara ikan air masin yang pernah saya dapat dan best ialah jenahak (tetanda kalau kecil), ikan merah (bertanda hitam di ekor), kurau, siakap, senangin (semuanya kawasan bakau), kerapu, gemang (bapak sembilang) dan pari (bakar dan cecah air asam... meh!). Hehe... Ikan paling besar yang pernah saya dapat ialah haruan tasik. Beratnya kira-kira 28 kilo. Joran ugly-stick (light); multiplier (abu ambassador 350?); test-line 25lb; mata udang no 17! Memang payah nak dipercayai, tetapi rezeki... macam-macam cara datangnya. Sayangnya ikan tu tak sedap... Hehe... macam toman je... Ikan yang paling pelik namanya ialah kenerap yang boleh didapati di Taman negara. Ayahanda saya kata ikan gatal - kena raba. Hehe.. Digulai asam (asam perah?) stail Pahang pun sedap! Apabila scanner saya dah diperbaiki akan saya letakkan gambar-gambar episod memancing bersama Ayahanda dan Bonda saya. Insya-Allah. Sayang sekali kesemua 6 album gambar semasa di India (Taj Mahal, Tasik Daal...ah nostalgia pulak apabila teringatkannya), Indonesia (Tangkuban Perahu, Bali), Manila, Kuwait (zoo sebelum perang!), Bangkok (tragedi rumah hantu hehe...), Berlin (Charlie Point!), Paris (de Gaulle Center), Amsterdam (Keukenhorf, Leidsplein, Den Haag) dan London (Rose Garden), dah hilang. Sedih betul. Entah ke mana hilangnya. Kalau tidak tentu saya scan gambar-gambar tu semua. Mungkin ada orang dalam gambar-gambar itu yang sepatutnya sudah lama saya lupakan kot? Hehe.. Misteri kehilangan album. Album Gambar Memancing di sini ye...hehe... (dipaparkan mulai 27 Mac 1998.) |
Apo Laie Jack? | Ontahlah...
Laaa... kata orang Johor Jack? Memang saya orang Johor. Berasal dari Batu Pahat dan pernah tinggal di JB serta Kota Tinggi. Ayahanda dan Bonda (keluarga angkat) saya tinggal di Rantau, NS. Jikalau ada apa-apa yang perlu saya jelaskan, hantar email sahajalah. |
|